Saturday, June 2, 2012

Lempeng Kelapa dan Rendang Ayam Kampung

Selamat berhujung minggu semua...Eh, tetiba muncul pulak aku hari2 cuti nikan.. Harini aku dah berada di kampung sbb sepupu aku kawen. Nnti aku update ye..

Hujung2 minggu ni memang syok sarapan kat rumah. Ni menu last week, lempeng kelapa yang dah lama aku idamkan. Kebetulan mak aku nak dtg jadi aku suruhlah mak bawa kelapa parut. Lepas jugak hajat aku nak makan lempeng kelapa. Pastu cicah pulak dgn rendang ayam kampung yang mak aku bawa. Ayam tu ayam bapak aku bela so selalu gaklah bapak aku sembelih ayam kampung ni.. Sedapnya.

Set lempeng kelapa dgn rendang ayam..Maveles.

Lempeng kelapa ni sgtlah mudah nak membuatnya. Tepung gandum + air + kelapa + garam. Gaulkan. Jangan cair sgt ye. Memang lembut je. 3 keping aku makan sorang..yum yum!

Rendang ayam kampung mak...Sedapppppnyeeeee...

p/s:kompom penat harini..

Friday, June 1, 2012

Balik kampung...

Insyaallah petang ni aku nak balik kampung.. Esok sepupu aku yang paling rapat nak kawen jadi aku mesti berada kat kampung. Ekceli majlis kawennya esok tp nikahnya malam ni. Harap sgtlah jalan tak jam ptg ni so sempatlah aku sampai kampung before Isya'.

Harini aku balik dgn Kasyah, mak aku dan anak sedara aku. Suami aku tak balik sbb die ada kelas. So terpaksalah aku merelakan diri utk drive walaupun aku dah makin malas nak drive jauh2 ni. Pesanan suami aku adalah kalau tayar gegar sila alert sbb die baru je buat balancing tayar yang power punye. Cina tu kata bawa 180km/j pun tak gegar. So aku tanya suami aku, "abang nak soh sayang bawa 180 ke?" "Eh, taklah. Mana tau kalo sayang bawa 140 ke 150 ke dah gegar kenalah alert."

So kesimpulannya suami aku soh aku bawak 140 or 150km/j.. hahahaha..

p/s: Doakan perjalanan aku selamat pergi dan balik...daaaaa

Nasi Mendy

Salam Jumaat khas buat semua pembaca blog suka hati..ececeeh..ngadanya aku hari ni. Mcmlah popular siap nak kata semua padahal yang baca aku jugak..hahaha.. pagi2 dah letak gambo makanan. Kejam tak? Tak kejamkan sbb semuapun dah kenyang breakfast dah.

Nasi mendy aka mandi ni aku makan last week lepas gaji masuk. Dah lama dah tak makan nasi mendy ni. Last kitorang makan pun masa bulan pose. Ni dah nak pose balik baru dapat makan lagi.

Aku punye menu nasi mendy with beef sheesh kebab. Sedap giler weh kebab ni. Lembut jek dagingnya. Rempah dipun well mixed. Memang teringat2lah lepas makan. Even laki akupun kata sedap sgt.

Ini nasi beriani ayam. Sedap gak. Senang citer kami mmg suka makan nasi arab kat sini. Memnuhi citarasa. Harga pun ok. Aku punya nasi mendy RM15.00 and nasi beriani tu RM13.oo. Cume yang kami perasan nasi die dah makin sikit sbb dulu kalo makan mmg aku tak habis and laki akupun akan kenyang sekenyang kenyangnya. Tapi kali ni die tak puas makan and akupun boleh habiskan makan nasi tu (tapi senak gaklah perut).

Kat mana restoren ni? Kat kawasan depan umah je. Restoren MR. Kabab & Baryani Jalan Diplomatik. Cer lah try.

p/s:Terasa nak makan....ikan gurame bakar..Mana nak cari ni?

Thursday, May 31, 2012

Roti Jala

Aku rasa tabiat malas update blog aku makin menjadi2lah. Citer bulan lepas punyapun kemain payah nak habis. Roti jala ni aku buat hujung bulan 4. Skrg ni dah ujung bulan 5. Takke makan bulan nak citer?hahaha. Tak kisahlah janji citer ye dak..

Kebetulan ada lebih kuah kari masak malam sblmnya, maka akupun godeklah tepung nak buat roti jalan.

Resepinya senang bangat. Tepung gandum, serbuk kunyit, garam dan sebiji telur aku blend sekali. Pastu aku tapis untuk dapatkan bancuhan tepung yang halus dan tidak berketul. Bahan2 tu ikut sukalah ye nak byk mana. Ejaslah sendiri. Takkan secawan tepung ko bantai dgn sesenduk serbuk kunyit pulak. Pengor noo!

Aduilah, sedapnya. This time aku buat guna botol acuan dari Jepun tu. Alah yang muncung 3 tu. Senang sikit dan tak tumpah menitik2 kat dapur.

Sape nak????

Gi buat sendiri..hehehe...

p/s:hati ni meronta2 nak cuti esok tp sabar sbb cuti tak byk and raya ni nak cuti lagi..huhuhu

Surprise Birthday Celebration

Ingat tak gambar kek semalam? Hah meh sini aku nak nak citer. Kek tu sebenarnya kek besday 2 orang opismate aku. Kami plan buat surprise kat diorang. Actually bukan kami plan tapi bos yang plan. Kelakarlah pulak bile ingat sbb bos department aku tu dah tua tp boleh pulak die fikir nak buat seprais2 ni. Siap beli pop pop (akutaktahunamanya) dgn mainan bunyik2 tu. Gelak2 aku tau tgk bos main mainan tu. Since ini plan senyap2, so kami punya persiapan pun ala kadar je. Cume ada kek saja and 2 orang besday girl tu keluar pergi lunch. Dptlah kitorang get ready sblm diorang balik. Sblm ni kalo besday mmg bos belikan kek tp taklah buat secara seprais. Kali ni jek bos nak seprais pulak..haha

Kek yang dibeli oleh bos. Sedap kek ni.

Bendaalah meletop yang keluar kertas2 tu dgn mainan bunyik bising..hahaha Boas siap beli topi soh kitorang pakai..

My direct bos. Nilah bos aku. Meaning aku ni die punya assistant. Bos yang plan seprais ni bos kepada bos aku merangkap bos kat department aku. Hah paham tak?

Seprais!!!!! Terkejut beruk budak berdua tu..haha

Siqin and Jane... Besday diorang bukan pada hari yang sama tapi bulan yang sama.. Mei.

Hah yang kiri tulah bos besar aku.. Die yg plan seprais ni.. Tgk beria die nyanyi happy besday siap pakai topi dgn goncang2 mainan bunyik tu.

Birthday Girls.

Potong kek cepat. Kami lapar ni!

Us! Tak de sorang lagi iaitu Kitsuka-san. Die cuti masa ni.

Nilah orang2 opis aku. Kat department aku ni, aku sorang jek melayu tapi momantai, semuapun okay kat sini.

p/s:surprise besday ni 2 minggu lepas..hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...