Monday, September 14, 2009

Kuih raya 2009

Hujung minggu lepas aku balik kampung semata2 nak buat biskut raya...dah jadi satu kemestian utk aku buat biskut raya sendiri.kalo xbuat kuih raya rase mcm xlengkap lak raye aku tahun ni...lagipun buat kuih sendiri lebih puas sbb boleh buat bape byk yg kite suke..aku buat 2 adunan utk setiap kuih raye ni.satu adunan utk rumah mak aku.satu lg utk rumah aku kat KL.Jom tengok biskut ape yg aku buat tahun ni


ini biskut makmur...aceli biskut ni mak aku yg buat sbb aku sibuk memasak juadah berbuka semalam...memandangkan semalam last nak buke kat kg makenye aku masak beria sikit..ade ketam masak lemak,paprik seafood, sayur campur, udang goreng tepung dan cendawan goreng.ade juga ayam golek yg abah beli kat bazar ramadan selain kuih2 sampingan..eh melalut citer mknn lak..

resepi biskut makmur (sumber majalah seri dewi & keluarga 2001)

3 cawan tepung gandum
sebiji kuning telur
minyak sapi

inti
1 cawan kacang tanah(digoreng dan tumbuk)
gula halus
sedikit minyak

cara2
1.campurkan tepung, telur dan minyak sapi...gaul sampai sebati dan sampai adunan boleh di kepal.
2.bentuk adunan ikut suke (bulat or bujur).masukkan inti dan bentukkan.
3.sedia dibakar ikut suhu oven korang.kalo oen aku 160c lebih kurang 15-20 min.
4.initi tu campur jek dan gaul.minyak tu just utk kacang tu melekat dan xberterabur.


ini pulak biskut cornflakes bubble rice bermadu(resepi sendiri).asalnya resepi cornflakes jek tp sbb aku ternampak bubble rice kat kedai bakery terus aku beli dan aku campur sekali dlm resepi ni..hehehe


Biskut cornflakes bermadu

300gm cornflakes
1 cawan madu
2 sudu gula(ikut suke.xletak pun xpe)
ceri potong
50gm mentega

cara2
1.cairkan mentega dalam kuali..kemudian masukkan madu dan gula..tunggu sehingga pekat.
2. masukkan cornflakes,bubble rice dan ceri.kacau sebati dan kemudian angkat.masukkan kedalm mangkuk kertas hingga habis..siap dah..senang sgt..xyah risau sbb biskut ni xkan lemau.aku dah buat lebih 10 thn..mmg kekal rangup.


yang ni lak biskut mentega.biskut ni aku dah simpan 2 tahun baru tahun ni dan nak buat.


Biskut mentega (resepi asal kak hanieliza)
135gm mentega
60gm gula kastor
150gm tepung gandum
30gm tepung jagung

cara2
1. Pukul butter dan gula sehinga sebati.
2. Masukkan tepung gandum dan jagung yg telah diayakkan sedikit demi sedikit.
3. Masukkan adunan dalam piping bag rosette [ataupun pam daisy/bunga cina] dn pamkan dalam paper-cup.
4. Bakar pada suhu 170'C selama 18 -20 minit.
5. Sejukkan dan simpankan dalam bekas kedap udara


ini lak biskut cornflakes.resepi aku jumpe dlm myresepi tp aku lupe name tuan punye resepi.sory yekk..terima kasih atas resepi yg sgt sedap ni...hubby yg xbape kuih raye pun sgt suke dgn kuih ni.biskut ni dah jd biskut wajib aku tiap tahun..aku terpaksa buat 2 kali sbb yg first dah kena baham dgn anak sedara aku..

biskut cornflakes
250gm mentega
1/2 cawan gula
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
cornflakes(aku guna separuh kotak yg besar)
hiasan(ikut suke)
cara2.
1.kacau mentega dan gula hingga sebati
2.masukkan tepung.bile dah sebati masukkan pula cornflakes
3.sudukan ke dlm paper cup.hias ikut suke
4.bakar pade suhu 160c 15-20 min


yang ni lak mesti korang tau,,biskut org lame.biskut dahlia.aku suke biskut ni sbb die rapuh jek dan cair di mulut.resepi aku amik dari blog kak liza.mmg xmengecewakan.tp disebabkan buat biskut ni tangan aku lebam dan sengal2..kalo korang dah buat korang taula kenape...tp aku xserik nak buat lg sbb rasenye sedap..


biskut dahlia
225 gm butter
110 gm gula ising
1 biji kuning telur
1/2 s/k esen vanilla
70 gm tepung jagung
120 gm tepung kastad
170 gm tepung rose/tepunng gandum
ceri merah sebagai hiasan
Cara
1. Gaulkan butter dan gula ising sebati
2. Masukkan telur dan esen vanilla. kacau rata
3. Ayakkan semua tepung dan masukkan dalam bancuhan butter sedikit demi sedikit
4. Gunakan acuan dahlia dan pamkan dalam loyang
5. Letakkan ceri merah ditengah adunan yg dipamkan
6. Bakar dalam oven suhu 170'c selama 15 - 18 minit.


ini snowy heart cookies tp sbb aku dah ubah bentuknye jadi bintang make aku namakannye snowy star cookies.acu heart aku xmenarikla..xpe next year aku cari acu heart yg menarik lak. resepi asal daripada maklang azie.terima kasih ye maklang. rase kuih ni mcm biskut suji tp sbb susu tu die manis la..


snowy star cookies

500gm tepung kanji (aka tepung ubi kayu)
600 – 800 gm tepung gandum (sampai boleh dicanai)
16 oz ghee (1 tin ghee yg kecik) -448gm
12 oz gula aising (1 oz = 28 gm) – 336gm
1 sudu teh soda bikarbonat
Susu tepung-aku gune susu omega..manis susunye

Cara
1. Ayak tepung kanji, tepung gandum dan soda bikarbonat. Ketepikan.
2. Pukul ghee dan gula halus hingga sebati.

3. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit dan gaulkan hingga tepung hingga sebati. Kalau adunan masih tak boleh dicanai dan terap, tambahkan tepung gandum sikit-sikit dan uli hinggalah adunan boleh dicanai.
4. Canai alas plastik, terap dan bakar dengan api sederhana 5(ikut oven aku mcm biskut2 yg di atas)
5. Bila dah masak sira dengan susu . Biskut ni bila dah masak jadi putih, tak yah bakar sampai kekuningan.

4 comments:

farinas's family said...

banyak nyer ko wat kuih raya... rajin dah skrg ko msk2 ek... he he he... ko raya kat mana tahun ni?

AnneRaini said...

aku mmg dah lame rajin msk..ko jek xtau..hehehe..aku raye pemanis taun ni...tu yg xsabar nak raye ni!

AnneRaini said...

ma..kalo ko dah dah ade blog leh la aku letak link ko...

farinas's family said...

aku ader blog. alamtnyer www.miorhasnurmuhaimin.blogspot.com. ko letak la, aku pn nak letak link ko ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...