Monday, March 8, 2010

Kerang berapi



kerang berapi ni aku dah masak last week tp baru hari ni dan nak masuk dlm blog...ni first time aku masak mcm ni sbb selalu masak sambal ataupun rebus jek tp kali ni saje aku nk buat perubahan..hasilnye mmg sedap and tak sia-sia mencuba..terima kasih pada kak madiha sbb sudi kongsi resepi ni..resepinye aku copipes jek..harap kak madiha xmarah..

Kerang Berapi


BAHAN-BAHANNYA
1 kilo kerang
5 ulas bawang merah>diblend
4 ulas bawang putih>diblend
1 labu bawang besar>diblend
7 tangkai cili kering >direndam dgn air panas sehingga lembut dan diblend
3 tangkai cili merah>diblend
8 biji cili api >diblend
3 batang serai (kasi lebih pun boleh)>dimayang/diracik halus
3 helai daun kunyit>diracik halus
1 biji telur >dipukul hingga hancur
1 1/2 sudu tepung jagung>untuk pekatkan kuah (aku xletak)
sedikit sos tiram pedas/biasa
sedikit air
garam secukup rasa
gula secukup rasa.
minyak untuk menggoreng.

Cara membuatnya:
1. Tumiskan bahan yang diblend hingga wangi.
2. Masukkan hirisan serai. Kacau rata dan biarkan seketika hingga separuh garing
3. Masukkan hirisan daun kunyit. Kacau lagi
4. Masukkan telur dan kacau hingga telur masak
5. Masukkan sedikit air - anggaran cukup untuk kuah dan garam. Kacau
6. Masukkan sos tiram, sedikit gula. Kacau lagi
7. Masukkan tepung jagung dan kacau
8. Akhirnya masukkan kerang. Kacau hingga kerang masak.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...