Tuesday, June 1, 2010

27 hari lagi...

tengok kat widget sebelah tu tinggal 27 hari jek lagi..neves siot.skrg ni macam2 yang aku rasa..teruja ade, takut ade, xsabar ade, gembira ade, sedih ade..senang cerita semualah ade. sekarang ni aku dok dengar lagu raya jek tiap2 hari sbb nak hati gembira..lagipun manalah tau lepas ni dah xdapat dengar lagi lagu raya lagi(jgn kate aku emosi tp mati itu pasti). masa balik kampung hari tu pun aku sempat buat brownies kukus lapis cheese..soryla aku xamik gambar..kalau nak tau brownies kukus lapis cheese tu rupa die camne boleh tgk kat blog maklang azie. selain buat brownies tu aku juga buat biskut raya. aku buat biskut irish. sekali lagi sory sbb aku xamik gambar..maless la pulak.

saje jek aku buat semua tu sbb nak merasa.takut lepas ni kempunan xdpt makan. durian pun aku makan.bapa aku belikan.walaupun durian tu mahal tapi bak kate bapa aku "takpelah nak bagi cucu abah makan"..heheh terima kasih abah!

sekarang ni aku dah xmasak dah.just beli jek sbb perut dah besar dan menyukarkan pergerakan aku.xpelah lagipun xsampai sebulan jek lg aku akan melahirkan anak pertama aku ni. aku mmg harap sgt xde yang complicated berlaku tapi kite xtau ape yang menanti kite selepas ini.doakan aku ye!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...