Thursday, August 26, 2010

Apam Senyum

Dah lama tak share resepi kat sini. Lagipun memang dah lama tak memasak. Kalau masak pun masak biasa-biasa jek. Lepas berpantang aritu, aku ada buat apam senyum untuk diberi kepada rumah mak akak iparku yang buat kenduri Yasin. Apam aku ni tak semuanya senyum tapi ada jugakla yang peramah dan tersenyum..hehehe. Resepi aku dapat daripada Rokayah dari Myresepi.Mintak halal tuan punya resepi sebab kongsi resepi kat sini.



Bahan-bahan
3 biji telur
1 1/4 cawan gula
1 sudu ovallete
1 cawan air aiskrim soda
3 cawan tepung gandum

Cara penyediaannya
1. Pukul telur, gula dan ovallete hingga kembang dan gebu.
2. Masukkan air aiskrim soda dan pukul lagi.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4. Tuang adunan dalam paper cup dan kukus hingga masak.


Amboi, menggoda tak?Pagi-pagi dah kongsi makanan..Sory ek pada yang puasa tu..Petang ni boleh buat. Lepas tu makanla sampai kembung..kihkihkih

3 comments:

Intan Inn said...

kak sedaplah kueh nie fav aku nie..hehhee..erm rindulah nak makan puteri ayu ko...nanti kim salam mak eh...

AnneRaini said...

Rindu nak makan puteri ayu??Akupun dah lame xmakan kuih puteri ayu buat sendiri..akupun rindu gak..ekekeke

Intan Inn said...

erm best tue kalau ko buat nanti ajak aku dtg makan sekali..hehehhe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...