Monday, August 30, 2010

Biskut raya 2010

Salam...Hari ni mood sedih sebab teringatkan anak..rindunye kat die...rindu kat senyuman die. Okaylah malas nak letak entry emosi pagi-pagi ni. Kali ni aku nak kongsi biskut raya yang aku buat untuk raya kali ni.. Plan awal adalah tidak membuat biskut raya tapi last-last terpaksa buat gak... Aceli aku buat sikit-sikit jek just nak rasa..Kalau ade lagi sampai raya bolehla hidangkan kat tetamu kalau tak beli kuih la jawabnye..tapi sebab mak cik aku mintak buat biskut terpaksalah buat.. ini pun ade lagi 3 jenis aku kena buat tapi ujung minggu ni la baru buat gamaknye..

Ini namanye biskut nestum warna-warni. dapat resepi daripada majalah Keluarga..Nak resepi ke? Alamak resepi aku lupala.. majalah lak ade kat rumah mak..Insyaallah nanti aku kongsikan ye..


Yang ini pulak biskut kelapa delima..resepi biskut ni aku amik dari Cik Mat Gebu. Mintak halal copy paste resepi letak kat sini ye..


Biskut Kepala Delima
Bahan
225 g tepung jagung (cornstarch)"Brown & Polson"*
150 g tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
95 g gula aising
75 g kelapa kering, kisar halus
25 g serbuk badam
1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60g sebiji)
1/2 camca teh esev vanilla
200 g mentega (atau secukupnya)

BAHAN HIASAN :-)
Kuning telur, untuk disapu
Hirisan ceri untuk hiasan
Kelapa kering, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
1. Serbuk badam dan kelapa yang dikisar halus tadi digaul bersama2 tepung yang telah diayak. Ketepikan.
2. Dalam mixing bowl, masukkan telur, gula aising dan esen vanilla, pukul hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Peringkat ini adunan akan menjadi seakan2 serbuk roti.
3. Perlahankan speed, dan masukkan mentega sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi hingga adunan bertukar menjadi doh yang lembut dan boleh dicanai. Keluarkan doh dari mixer, bulat2kan dan tutup dengan tuala lembap.
4. Bahagikan doh tadi kepala 3 bahagian. Ambil satu bahagian dan canai diantara dua helai plastik menggunakan torak (alat penggelek) setebal 1/2 cm, terap ikut acuan kegemaran dan alihkan ke dulang pembakar. Buat hingga siap.
5. Sapu kuning telur, hias ceri potong dan tabur sedikit kelapa kering. Bakar pada suhu 175C selamat 15 - 20 minit, bergantung pada jenis oven masing2. Angkat dan alihkan biskut atas jaringan. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....

Yang ini pulak biskut Badam Rangup juga dari Cik Mat gebu...Sekali lagi mintak halal nak letak resepi kat sini...


Biskut Badam Rangup
BAHAN-BAHANNYA :-)
150 g mentega
100 g gula aising
1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji)
1/2 camca teh esen vanilla
100 g tepung gandum*
100 g tepung kastard*
75 g tepung jagung (cornstarch)*(*disatukan dan diayak)
50 g serbuk badam
50 g tepung gandum (extra)
1 kuning telur-hiasan
Badam cincang secukupnya-hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Terus memukul hingga gebu.
2. Sementara itu gaul serbuk badam bersama tepung yang telah diayak, kemudian masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega, gunakan speed perlahan. Jika adunan kelihatan terlalu lembik, masukkan sedikit lagi tepung (50 g, extra), hingga adunan tidak melekit. (Biar kan sekejap adunan...)
3. Ambil 1/3 doh tadi dan canai 1/2 cm tebal, terap dengan acuan kegemaran dan susun atas dulang pembakar, sapu kuning telur dan tabur badam cincang, tekan sedikit supaya badam melekat. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...

Yang ini biskut favourite aku sebab tetiap tahun memang buat.. biskut cornflakes.. resepi dah ade aku letak sebelum ni..boleh ambil kat sini ye


Ini namanya biskut Arab atau Crystal ball..resepi aku amik dari kak hanieliza.. Terima kasih.. Halalkan kongsi resepi kat sini ye..


Biskut Arab aka Crystal Ball
Bahan
250gm tepung gandum
125gm minyak sapi
125gm gula
Pewarna

Cara-cara membuatnya
1. Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
2. Bahagikan adunan kepada 3 warna dan masukkan warna yg berlainan saperti merah, kuning dan hijau.
3. Bentukkan adunan saperi bebola dan cantumkan 3 warna saperti dalam gambar.
4. Masukkan dalam paper-cup dan bakar dalam 180'C selama 20-25 minit.
5. Bila dah sejuk taburkan gula halus.
6. Simpan dalam balang kedap udara.

Insyaallah kalau berkesempatan aku akan kongsi lagi 3 resepi minggu depan sebelum cuti raya... tungguuuu

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...