Thursday, August 19, 2010

Manusia Akhir Zaman

Seriously, hati aku makin sakit, makin pedih, makin kecewa dengan kejadian buang bayi yang nampak macam tiada kesudahan. setiap hari especially dlm bulan ramadan ni ade je kes baru yang dilaporkan. sedihnye aku dengan manusia-manusia yang kosong hati dan jiwanya... marahnye aku pada mereka yang tidak tahu membezakan anak dengan sampah. sayunya hati aku melihat bayi yang sungguh indah ciptaan-Nya itu dibuang macam bangkai...

Memang aku emosi pagi-pagi ni...bukak je paper, itu je storynye.sana sini orang buang bayi macam dah jadi trend lak.dah la tu sekarang ni kita berada dalam bulan yang paling mulia.bulan yang menjanjikan seribu satu nikmat dan pahala.kenapa jadi macam ni? seolah-olah macam kalau korang beranak and baby tu korang jaga, x rock la jadinye.. x moden la jawabnye. kalau buang bayi tu cool sgt je..ish benci betul aku dengan manusia-manusia macam ni..ooppss layak ke kite panggil mereka ni manusia lagi???atau mungkin mereka tu dah menjalani satu revolusi yang menjadikan minda mereka serendah dan setaraf dengan binatang..or mungkin lebih hina lagi daripada binatang? sehinggakan mereka tu tidak layak lagi utk same2 tinggal di bumi Allah ini kerana terlalu hina. Harap maklum bahawa di bumi ini hanya untuk mereka yang layak sahaja ye...

kadang-kadang aku hairan, tidak sayangkah mereka pada kurniaan tuhan yang paling indah tu?tidak tersentuhkah hati mereka memandang wajah comel yang tentunya menjanjikan seribu kebahagiaan itu? tidak tercuitkah mereka dengan tubuh kecil yang tentunya lahir dari badan kita sendiri? tidakkah mereka rasa semua itu? mana hilangnye hati dan perasaan mereka? Nauzubillah kalau itu terjadi pada aku..

Dulu aku mmg xfaham perasaan seorang ibu tapi kini aku mengerti perasaan semulajadi yang lahir seiring lahirnya anak ke dunia. terlalu indah untuk digambarkan perasaan itu. Seorang bayi comel akhirnye berada dalam dakapan kite. indahkan perasaan itu. Sebagai manusia yang normal pastinya akan sayang pada anak yang lahir itu. Ye, aku memang sayang sangat pada anakku. dan aku mungkin boleh jadi sasau kalau aku kehilangan anakku itu (minta dijauhkan).Jadi aku harap selepas ini fikirla dulu sebelum membuang bayi yang tidak berdosa itu. renunglah mukanya kerana di situ tersembunyi kenikmatan yang pasti.jangan letakkan diri anda lebih rendah dari haiwan.

Ya Allah, harapanku semoga tiada lagi manusia yang sanggup membuang bayi sendiri. Aku terlalu sedih perkara ini terjadi!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...