Wednesday, September 15, 2010

Almari Dapur

Oleh kerana nak pindah rumah yang lebih kecik, makanya aku terpaksa jual almari dapur yang aku sayang ni..Memang kalau ikutkan hati aku tak nak jual sebab almari ni cantik lagi. Dalam keadaan yang sangat baik tapi kalau aku tak jual kat mana pulak aku nak letak...Rumah baru tu dah siap kabinet dah..Dapur rumah tu memang tak leh nak letak pape (kecuali peti ais sbb die sediakan ruang utk peti ais) sampaikan rak pinggan aku pun tak boleh nak letak kat dapur. Terpaksa letak kat luar tempat sidai kain. So sama ada aku rela ataupun tak, almari ni aku kena jual gak. Dah tentulah tak boleh nak letak sebelah ruang tamu..tak sesuai...

Semalam suamiku dah pun letak iklan dalam mudah...Takut gak takde orang nak beli sebelum pindah ni..Tapi pagi tadi suamiku kata dah ada orang email tanya pasal almari tu. Alhamdulillah...So sekarang suami sedang deal dengan die pasal bile die boleh ambil almari tu kalau betul die berminat..




Almari ni satu set dengan kabinet dapur tu...So memang ngamla tu.. Aku jual harga RM300 untuk kedua-duanya..Tapi tak disediakan pengangkutan..Kena bawa lori sendiri.. Kalau nak nego harga pun boleh lagi...Takde masalah.. Cuba anda tengok almari ni...Cantikkan?? Memang dalam keadaan yang sangat baik..Tapi anda abaikanlah barang yang ade kat almari tu...Memang bersepah sebab sekarang ni dalam proses mengemas nak pindah.. Rumah pun dah macam tongkang pecah...Hopefully dapatla jual almari ni...Tapi aku sangat sayang kamu wahai ALMARI DAPURKU!!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...