Thursday, September 9, 2010

Giveaway cuti-cuti Malaysia


Hari ni rajin lak aku nak join GA dari Cik Bihah ni. Bukannye apa sebab hadiah yang Cik Bihah bagi tu menarik lak..hehehe. Lagipun syarat-syarat nak join GA ni senang banget. Just share percutian yang paling aku suke...So inilah story mory the mory aku..

Bulan madu ku yang pertama...Kenapa aku suka percutian ni? Of course la sebab ni honeymoon kami. Tiga hari lepas kahwin terus kami berdesup pegi Cameron Highland. Walaupun dalam Malaysia jek tapi best (ehem..ehem..tolong jangan fikir yang bukan-bukan ye ahaks!). Mase ni suke sangat sebab boleh jalan-jalan sambil peluk pinggang sesuka hati tanpa segan silu..ekekeke gediksnye aku. Lagipun masa ni aku masih kurus lagi dan nampak cantik dalam gambar. (puji diri sendiri..kalau nak muntah silakan..hahaha) .

Kami pergi 3 hari 2 malam. Stay kat Heritage hotel pada harga yang sangat reasonable (pergi time low season memangla murah). Gambar ni dekat Rose Garden...Nasib baik tak boleh petik. Kalau tak aku dah togelkan dah bunga kat sini.

Yang ni posing ala-ala nak menari hindustan...Konon sukala diapit oleh bunga-bungaan..Tak sesuaiiii

Mase ni kat atas Rose Garden. Penat gak nak mendaki ke atas ni.. Nasib baik cuaca sejuk-sejuk manja.. Kalau panas terik, memang aku tengok je la bukit tu.. Tapi inipun separuh jalan jek.. Penat wooo..

Aksi over dari aku...Kononnye sukela macam budak-budak dapat duit raya. Yahoooo!

Yang ni gambar ehem-ehem..Orang baru kawen memang lain macam sikit gediksnye...hikhikhik

Pergi ke Strawbery farm pula.walaupun kena bayar RM20 semata-mata nak petik strawbery sendiri. At least dapat gak merasa makan strawbery fresh.

Amacam..ade rasa macam nak rembat satu buah tu???

Lepas petik strawbery, pergi pula ke Bee farm. Masuk kat sini dengan perasaan berani-berani takut sebab lebah ada merata-rata. Buatnya kena sengat, tak ke haru muka bengkak-bengkak.

Ini pun gambar ehem-ehem...Malas nak cerita lebih-lebih lah..ahaks!

Pemandangan dari bilik hotel...cantikkan?

Jalan-jalan ke Ladang Teh. Bharat tea plantation bukan Boh ye...

Tadaaaa...Ini ladang aku yang punya..

itulah sahaja cerita percutian aku... Nak cerita lebih-lebih kang ada lak yang bernanah telinga..kihkihkih..

2 comments:

cikbihah_trendyshawl said...

yeeha baru sempat terjah GA sy..hehhe..
thankz sbb join cameron mmg best rindu bangat Bihah pegi rombongan gan coursemate rndu bangat zman blaja..hehehe..

but watever pon anda telah memnuhi semua syarat..well done..hehehe..;)

AnneRaini said...

terima kasih cik bihah...ade peluang menang ni..hihihih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...