Wednesday, September 1, 2010

Hunting for Baju Raya

Semalam memang berkobar-kobar nak pergi hunting baju raya kat Jalan Masjid India.. Lepas bangun sahur terus tak tido. Sempat basuh baju and kemas rumah.. Pukul 9.30 dah keluar rumah. Ye la takut jalan jam. Susah lak nak masuk ke Masjid India tu.. Since sampai kat sana masih awal dalam kul 10.30 so dapatla parking dekat Semua House. Itupun terpaksa masuk ikut jalan belakang sebab jalan utama nak masuk Masjid India tu dah kena tutup.

Sampai kat sana fuhhh ramainye umat manusia. Baru pukul 10.30 pagi. Jalan-jalan cari baju raya warna maroon tapi tak jumpe yang berkenan di hati..Kalau dah jumpa pulak takde saiz (susah betul bila saiz baju dah bertukar huruf ni).. Samela kes dengan baju melayu suami.. bila dah jumpe yang berkenan di hati dan di duit( ???) saiz lak takde. Last-last aku just beli kerongsang dengan shawl jek. Suami lak beli samping songket (baju takde tapi songket dah ade.kalau tak jumpe baju melayu, raya pakai songket jek boleh???)


Macam ni la penuhnye umat semalam.. Dapat tak gambarannya..Sebab tak amik gambar semalam so bersungguh aku lukis picture ni..hikhikhik... Kalau tak letak gambar macam tak best la pulak..Kepala orang tu warna-warni sebab ade yang pakai tudung and ade yang tak pakai tudung.(Ye la takkan orang lelaki nak pakai tudung lak)

Lepas 2 jam merambu-ramba kat Masjid India dengan hasil yang tidak memberangsangkan, so kami terus ke Midvalley untuk cari T-shirt suami lak. Kat Midvalley pun ramai sungguh rakyat Malaysia yang ada.Rakyat bukan Malaysia pun ada gak. Kami tak pusing-pusing pun dalam Midvalley tu sebab takut pening.Kami jalan jek (ekekeke..boleh ke macam ni??) Masuk Jusco and terus memulakan pencarian..Aku dapat beli baju anak sehelai dengan topi dia. Suami lak beli 2 helai t-shirt. lepas tu bila jalan-jalan kat area beg dan kasut, tak pasal-pasal aku beli bag baru..serius beg tu paksa aku beli die.. siap buat muka kesian yang macam kalau aku tak beli aku kena sumpah hilang gigi...hahahha..nak tengok gambar beg baru aku??? eh, tak boleh sebab tu beg raya maka hanya hari raya sahaja baru aku bleh reveal beg tu... (sebenarnye aku takut korang beli beg yang sama sebab nak tiru aku..ahaks perasan sungguh diriku ini).

Disebabkan masih tak pueh hati sebab tak jumpe baju raya aku, kami terus pi Tesco Ampang lak.. Sekali lagi ramainye people. Pelik aku.Apsal la diorg ni tak reti duduk rumah. Aku takpe sebab aku nak cari baju raya (eh, orang lain pun nak raya gak Puan Anne!) Cari punya cari punya cari, akhirnya aku beli baju kurung japanese cotton dengan harga RM1**. Fuh gigil nak keluarkan duit tapi sebab baju lain lagi mahal and hati ni tak berapa kuat kat baju tu maka aku amikla baju japanse cotton tu.. yang baju aku ni korang tak nak tengok ke camne? mane boleh kasi tengok dulu sebab nanti korang pergi kat tesco gak nak cari baju yang sama...(sekali lagi saya memang perasan)

Balik dari Tesco dah pukul 5.30. Kaki badan semua dah lenguh..Nak pijakpun dah tak sanggup.. Ibaratnye macam jalan atas kaca.Plan asal nak buka kat luar tapi badan ni dah rasa nak baring sangat. So terus pergi Pasar ramadan kat Tun Hussein Onn (Larat lagi tu jalan param :P) beli apa-apa yang diingini and terus balik. Sampai rumah memang lepak betul. Sebelum pukul 10 dah z.z.z.z.z.z.z.z.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...