Tuesday, September 7, 2010

Kuih Raya lagi

Edisi kedua kuih raya 2010. Sebelum ni aku dah janji nak share kuih raya yang aku buat last weekend so inilah dia.. bukan kuih yang pelik-pelik tapi kuih yang biasa jek.. Itupun sakit pinggang aku lepas buat kuih..sampai dah tak larat nak duduk. lepas buka terus siap-siap mandi segala and tido.Serius penat aku.Projek kuih start dari pukul 8.30 pagi lepas mandikan anak sampaila pukul 5 petang lepas tu terus sambung buat persiapan nak buka. Masa nak masak tu pun tertunduk-tunduk aku menahan sakit pinggang. Dah la aku kena gastrik sampai xleh bangun nasib baik mak tolong urut perut so lega sikit.Tak payah buka puasa and dapat aku teruskan projek kuih raya aku. hehehe

Kuih ni takkan anda tak kenal. Kuih yang dah lama wujud.. Biskut sarang semut. Nak resepi ke? Macam malas nak taip tapi takpelah aku share gak. Resepi aku dapat dari makcik aku. Tapi sebab aku tengok resepi kak hanieliza same dengan resepi makcik so aku bagi resepi kak liza jek sebab resepi kak liza guna gram..resepi makcik lak guna ouns.

Biskut Sarang Semut (sumber Kak liza)
250gm Mentega
100gm gula halus
350gm tepung gandum
100gm tepung jagung
sebiji kuning telur
1 sk esen vanila
coklat rice sebagai hiasan

Cara membuatnya
1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanila. Kemudian masukkan tepung yag sudah di ayak terlebih dahulu.gaul rata.
3. Dengan menggunakan alat yang sesuai, parut adunan untuk mendapatkan hasil seperti sarang semut.
4. Masukkan dalam papercup dan hias dengan coklat rice.
5. Bakar pada suhu 150C selama 15 minit.

Yang ni pula Biskut Suji.Resepi aku ambil dari Kak Fida (myresepi). Thanks kak fida sebab suji ni memang menjadi dan sedap sangat.saya nak kongsikan resepi kuih ni kat sini ye. Minta halal.


Biskut Suji
600-800gram tepung gandum (ayak)
500gm gula icing (ayak)
500gm minyak sapi
1/2 sk serbuk vanili
1 sk soda bikarbonat (ayak)
3 biji kuning telur
ceri sebagai hiasan

Cara membuatnya
1. Kacau minyak sapi dengan gula hingga sebati.
2. Masukkan kuning telur, serbuk vanili dan sida bikarbonat. Kacau lagi.
3. Masukkan tepung dan gaul hingga adunan boleh dibentuk menjadi bulat.
4. Hiaskan dengan ceri. Bakar pada suhu 150 C selama 15 minit. Senang cerita ikut oven sendiri.

Inilah kuih-kuih raya yang ditempah oleh makcik aku dan adiknya. taklah banyak. 12 balang jek. Tapi sebab masa yang sangat limited maka terpaksalah aku pulun siapkan dalam masa sehari. Lain kali kalau nak mintak tolong buatkan kuih bagitau awal-awal yek.. bolehlah aku arrange masa.


Sekian biskut raya untuk kali ini. Sebelum aku bungkus oven aku, Insyaallah (kalau rajin) aku nak buat Marble Cheese brownies. Kalau jadi aku post la kat sini. Kalau takde tu faham-faham sajelah labu!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...