Wednesday, September 8, 2010

Pindah Rumah...

Sebelum ni aku tak pernah pun mention dalam blog ni pasal nak pindah rumah. Padahal benda ni aku dah tahu hampir 2 bulan. Bukannye ape,hati ni berat jek rasa nak pindah tapi semalam memang dah confirm aku akan pindah rumah. Lepas ni dah tak duduk lagi kat Cheras tapi aku akan pindah ke Putrajaya pula.. Memang jauh dari tempat keje aku sekarang yang kat tengah-tengah KL ni.. Tapi nak buat macam mana, husband dah ajak pindah kenalah ikut.

Permohonan suami nak duduk kat kuarters dah pun diluluskan. Yang tak syoknye, dapat tingkat 11. Alahai..aku kalau rumah tinggi-tinggi ni memang tak berkenan. Seram jek rasa bile tengok bawah..Lagipun bila dah duduk tingkat atas, bapa aku confirm takkan datang rumah aku sebab die tak boleh naik lif. Kalau naik lif mesti die pening kepala dan rasa macam nak tumbang. Sedih aku tau bile tak dapat nak ajak ayah sendiri datang rumah kita. Nak bawa die jalan-jalan KL sekali-sekala. http://www.cute-smiley.com .

Semalam suami dah dapat kunci kuarters tu so malam tadi kami decide untuk pergi tengok rumah.. Erm boleh tahan jugaklah rumahnya. Siap ada kabinet dapur dan juga almari pakaian. Ruang basuh kain dan sidai kain pun dah disediakan. Rumah tu ada 3 bilik dan juga 1 stor. Ada 2 bilik air yang complete dengan cermin. Kalau rumah sendiri memang puas hati la. nasib baikla rumah tu menepati piawaian aku. Kalau tak mesti tak seronok aku nak duduk kat situ.

Walaubagaimanapun, aku tetap rasa bersalah bila fikirkan abah tak dapat datang nak jenguk anak kesayangan die ni(baca entry ni). Lagipun setiap tahun aku akan ajak abah (termasuk mak dan family abang-abang aku) datang rumah dan bawa mereka pusing-pusing KL. Nampaknya tahun ni kalau abang aku nak datang jalan-jalan KL terpaksalah abah tinggal seorang kat kampung..Huih terasa sungguh kebersalahannye (ade ke word ni??)

Aku sangat harap semoga abah sihat dan dapat naik lif tanpa rasa pening kepala. nanti abah boleh selalu-selalu datang rumah akak..Ok abah!

4 comments:

Muzai said...

xpela ann..sekali sekali boleh gak tdo hotel utk parents..mmg sedih kalo yg lain dapat berkumpul kecuali ayah or mak kite..

ezarn said...

kalo aku slalu2 datang bleh?haha

AnneRaini said...

muzai..memang aku sedih..tapi bapak aku cakap xpelah ko pindahlah..abah xkesah..huwarghh

AnneRaini said...

ezarn,,boleh jek nk dtg selalu...i like..heheheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...