Wednesday, September 8, 2010

Plan Raya

Tahun ni giliran kami beraya di kampung suami kat Kuala Terengganu (rumah atok suami bukan rumah mak mertua). Memandangkan raya tahun ni jatuh pada hari Jumaat so aku tak amik cuti yang panjang just 2 hari sahaja. Esok dan juga Jumaat minggu hadapan. Petang ni selepas balik kerja kami akan terus gerak balik rumah mak aku kat Segamat Johor untuk ambil anak. Khamis pagi (bukan sebelum subuh ye tapi sebelum tengahari) kami akan bergerak-gerak khas menuju ke Kuala Terengganu. Raya ketiga balik semula ke Segamat untuk hantar anak kat rumah mak dan aku dan suami balik semula ke KL sebab hari Isnin aku kerja..

Next week Rabu lepas kerja kami baru balik ke Segamat untuk beraya sebelah aku pula. Sampai hari Ahad then balik KL semula. Terpaksa buat macam ni sebab cuti aku tak banyak. Yela masa pregnant aritu tiap-tiap bulan aku cuti untuk pergi check up sebab ofis aku tak terima time's slip. Kalau cuti aku banyak lagi mungkin aku akan amik cuti seminggu straight. Erm takpelah..next year aku simpanlah cuti so that aku boleh pulun raya sakan.

Memandangkan esok aku cuti maka blog akupun cuti. No update sampai Ahad. Isnin kalau tak banyak kerja akan kukongsikan cerita-cerita raya kami di kampung.

Kepada semua pengunjung blog aku samaada yang memang mengikuti coretan aku ataupun yang terclick secara tak sengaja, aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Mohon maaf andai ada tersilap kata yang mungkin mengganggu emosi anda. Harapanku semoga hari raya ini kita sama-sama bergembira berjumpa sanak saudara.http://www.cute-smiley.com

Kepada yang memandu, pandulah dengan berhati-hatihttp://www.cute-smiley.com. Ops Sikap pun dah mula. Kalau laju sangat nanti tak pasal-pasal kena saman lak. Kalau setakat kena saman takpe jangan pula kepulangan kita ditangisi (ingatan untuk aku juga).

Pada yang sedang berdiet macam aku, makan tu beringat-ingatlah http://www.cute-smiley.com..janganlah pulak anda melantak macam esok takde lagi. Control sikit. Yang penting jamah (jamah sikit bukan 2 pinggan..heheh)

Salam sayang dari aku, suami dan anakku...http://www.cute-smiley.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...