Monday, September 13, 2010

Raya!Raya!Raya!

Raya! raya! raya!...Saya suka raya!..ahakshttp://www.cute-smiley.com..ntah apa-apalah intro entry raya aku ni.. Tahun ni macam yang aku inform sebelum ni, aku raya di Terengganu. Ini tahun kedua aku raya di sana. SO takdelah terkejut sangat macam first time dulu. Seronok???Erm..erm..erm..Okay kot sebab dapat raya kat MYDIN mall hahahah.

Kami gerak dari Segamat kul 11 pagi.. Gerak awal sebab tak nak sampai waktu malam.. Ye la bawa budak kecik umur 2 bulan takut gak kalau ape-ape kan.. kami sampai rumah Tok pukul 6 petang. Sementara nak tunggu waktu berbuka, aku mandikan Kasyah dulu. Mase sampai ni pun dah ade insiden yang sedikit mencalar emosi tapi malas nak layan emosi lebih-lebih aku buat dek jek. Nak rayalah katakan. Aku nak happy-happy bukan emosi-emosi. Malam raya tu pun aku tido awal kul 10 sebab dah ngantuk sgt. lagipun anak aku asik terkejut jek tido sebab bunyi mercun bertalu-talu. Nak aku tinggalkan, takut die menangis. Die kalau dah terkejut terus nak ngempeng (menyusu badan). So alang-alang tengok anak tidolah sekali.

pagi raya aku bangun awal sebab nak gosok baju. siap gosok baju, subuh lagi terus aku mandi. Mase orang pergi sembahyang raya, aku sibuk menyiapkan kasyah. Mandikan die dan pakaikan baju melayu.. excited betul tengok anak pakai sedondon ni. (anak aku pakai baju melayu pun ade yang komplen..huh). Lepas semua dah balik sembahyang raya, barulah sesi salam raya.. tapi takdelah duduk nangis-nangis tu. Just salam-salam sambil ucap selamat hari raya dan maaf. Menu raya kat sana dah tentulah nasi minyak dengan gulai daging dan ayam. Ade gak nasi impit dan rendang. Aku makan ala kadar jek sebab jaga badan...kalau aku melantak beria kang, badan yang macam tong air ni bertukar jadi tong dram pulak.. tidakkkk.





Sila abaikan kegemukan aku tu..(semua gambar pun gemuks..hahaha)

gambar memang tak banyak ambil sebab tak dan sangat. Anak sedara husband pun buat hal pagi tu so gambar sefamili memang xmenarik. Gambar yang ada ni pun yang telah diQC menepati piawaian..hehehe. Hari first tu jangan tanya aku pergi raya kat mana. Memang melepak layan tido jek..serius boring. Nak tengok tv, budak-budak sibuk nak tengok cartoon. So akupun merengek dengan suami ajak pusing-pusing kampung. itu je lah. hari kedua barulah pergi beraya. itupun 2 rumah jek. jadilah daripada tak ade kan. Balik dari beraya aku ajak suami pergi raya kat MYDIN. fuhh ramainye umat. aku tak plan pun nak beli pape tapi ternampak pulak bekas lauk dan juga pampers murah..akupun sambarla. kasyah lak memang behave sangat. Walaupun die dah poo poo tapi langsung tak mengamuk. Bagus anak mama.

Raya ketiga kami nak balik dah. sebelum balik tu pergi rumah makcik suami since semua orang ade kat situ. kami gerak balik kul 12.30 selepas singgah beli keropok lekor dan juga isi minyak. pukul 5.30 dah sampai segamat. Malam tadi kul 11 kami gerak pulak balik KL.

itulah cerita raya aku..korang nilailah sendiri best ke tak..ahaks. hari khamis ni turn raya rumah aku lak..Memang aku nak pulun raya sakan walaupun dah seminggu raya. Ade aku kesah! nak balik kampung abah, balik kampung mak, pergi rumah atok sedara kat tenang, keratong, labis. rumah kawan-kawan lagi...memang sakanlah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...