Friday, September 3, 2010

Tak sabar! Tak sabar! Tak sabar!

Tik tok tik tok bunyi jam berdetik.. Lambatnya masa berlalu. hati ni dah tak sabar dah nak balik kampung. Nak tengok muka anak yang dirindui selalu.. Kalau ikut jam kat ofis ni ada lagi sejam setengah sebelum aku boleh punch card. haduiii awatla jam ni rasa macam lambat sangat nak tukar nombor ni??? Kalau aku tenung jam tu memang sakit kepala la jawabnya.

So sebelum kepala aku pusing dok tenung jam tu baik hapdate blog tapi apa nak cerita ek? Erm..cerita pasal anak la ye. Sekarang ni anakku dah pandai ketawa bila diagah.. http://www.cute-smiley.com Seronok je tengok die senyum-senyum sengih-sengih..Tapi tak la ketawa beria-ia macam budak dah besar tu.. Lepas tu sekarang ni dah pandai berbual.. Bising mulut die pot pet pot pet (Jangan bayangkan anak aku membebel macam mak korang..hahaha). Kalau mood die baik, mesti die berbunyi macam tengah berborak. Suka sebab sweeeeett jek. Sebab die dah pandai gelak-gelak bunyi-bunyi, rindu tu makin menjadi-jadi. Setiap hari aku call mak tanya perkembangan die. lepas tu mesti suruh mak paksa anakku bercakap..ahaks. kalau dapat dengar suara die menangis pun dah suka dah.

Macam biasa petang ni aku akan balik ke segamathttp://www.cute-smiley.com. Selain jumpa anak, aku kena siapkan tempahan kuih raya makcik aku tu. nasib baik tak banyak. Akupun nak curi masa untuk pergi cari baju melayu suami dan juga baju kurung hitam aku. Cukupla 2 pasang baju tahun ni. Kalau ade extra bajet nak beli kasut raya. Mula-mula malas nak beli kasut tapi lepas bersalin kasut dah tak muat lak. Bukan sebab kaki bengkak tapi kaki dah panjang. kalau beli kasut baru pun okay kot since last year memang aku tak beli kasut.Pakai kasut recycle jek. (sebenarnya aku tersangatla banyak koleksi kasut-tapi tak banyak macam artis). Tapi koleksi kasut aku banyak yang tinggi dan menyakitkan kaki so nak beli selipar rendah jek..

Okaylah..dah tak reti dah nak mencarut lagi. Daaaahttp://www.cute-smiley.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...