Monday, September 27, 2010

Takut

Sejak membaca akhbar hujung minggu lepas, rasa takut makin membuak-buak dalam hati aku..Ye, memang aku takut tapi aku terpaksa. Minggu lepas sahaja ada 3 kes berlaku (yang aku baca). Kes apa? Kes bayi mati di pusat asuhan kanak-kanak. Satu di Seremban (kalau tak silap aku), satu di Putrajaya dan satu lagi di Johor Bahru...Puncanya simple je iaitu tersedak susu...Susu pun boleh buat bayi mati...Alahai...luruh hati aku sebaik mengetahui kes-kes yang berlaku...Aku jadi phobia tapi pada masa yang sama aku perlu hantar anak aku ke nursery..

Plannye, sebaik sahaja aku pindah rumah ke Putrajaya, aku akan terus bawa anak aku tinggal dengan aku dan pilihannya tentulah nursery yang jaga. Bukan aku tak percaya lagi dengan mak aku tapi aku tak tahan menanggung rindu pada dia.. Lagipun kos untuk aku berulang-alik ke kampung mencecah RM500 sebulan. Itupun hanya kos petrol dan tol sahaja...Belum masuk bab susu dan pampers dan juga sedikit duit untuk mak aku...kalau dikira memang aku tak makan sebulan sebab duit yang tinggal untuk bayar hutang dan isi minyak pergi kerja...

Tapi bila berlaku kejadian-kejadian seperti ini hati aku jadi tak tenang. Mak dengan Abah pun dah suarakan kebimbangan diorang. Tapi aku kena juga bawa anak aku tinggal dengan aku...Aku tak nak sampai satu tahap anak aku dah tak mahu dengan aku...Itu tak boleh berlaku.

Kebetulan pula, kawan sepejabat suami juga menerima nasib yang sama..Cuma anaknya masih hidup tapi disahkan ada darah beku dalam otaknye kerana terhantuk..huihhh...risaunya aku..Tapi apa pilihan yang aku ada.????

Mahu tak mahu aku perlu tawakal sahaja pada Allah..Aku berdoa moga-moga kejadian seumpama itu tidak berlaku terhadap anak aku mahupun anak orang lain..Tapi aku masih takut!

4 comments:

Fieza79 said...

btol la anne..takot mendengar nya...nk harap sape lg nk jaga anak kita dgn baik zaman skrg ni...

thomas said...

Keadaan ini terjadi sebab nursery terlampau ramai kanak2 dan pengasuh tidak terlatih.
Mungkin lebih baik kalau cari jiran tertangga yg anak2 dah besar yg ada kelapangan utk jaga.

AnneRaini said...

ofismate suami yg anaknye ade darah beku tu hantar kat orang bkn nursery...same jek..

haszuraidah ishak said...

tu la..nursery ke, pengasuh ke..kena pilih btol2 kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...