Thursday, September 30, 2010

Taska..

Semalam petang lepas kerja, kami telah pergi ke Taska Vonad untuk survey tempat dan berbincang tentang penghantaran anak kami ke taska.. Kami sampai pukul 5.30 dan nasib baik tuan punya taska pun sampai..So tak payahlah kami nak kena tunggu lama..

Kami di bawa mengelilingi taska tu and so far aku tengok ok. Taska ni tak sediakan buai sebab JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) tak benarkan. Bile aku borak-borak dengan pemilik taska tu, rupa-rupanya die adalah pesara daripada JKM. Nama die Hajah Salimah. Selain ada taska, Hajah Salimah ni juga menguruskan pusat latihan untuk pengasuh kanak-kanak. So semua pengasuh yang ada kat taska tu perlu training dulu kat training center die.. Pengasuh kat sini ada 8 orang...and setiap pengasuh jaga 5 orang budak...

Setelah berbincang dan berdiskusi, kami pun setuju nak hantar Kasyah kat sini. Semalam pun kami dah bayar duit pendaftaran dan segala macam yuran yang ada.. Hopefully Kasyah okay stay kat sini tapi aku risau gak sebab Kasyah memang jenis senang nak tejaga kalau terganggu..Dengar suara orang bercakap pun die boleh bangun.. Mintak-mintak pengasuh kat sini dapat jaga anak aku dengan baik. Lagipun bayaran kat sini agak mahal nak dibandingkan dengan taska lain. Tapi sebab nak taska yang ada lesen JKM so kami pilihlah taska ni.. Kalau nak tahu pasal pusat latihan asuhan kanak-kanak boleh klik sini

3 comments:

ibuarif said...

salam...

saya accidently terjumpa blog ni semasa mencari taska di putrajaya. setakat ni taska vonad ok ke?boleh kongsi pengalaman x?

emel:ismie7@gmail.com

lynn said...

saya baru berpindah di putrajaya dan dah byk juga TASKA disekitar Putrajaya ni saya survey utk baby saya dan ank usia 3 tahun...
dari apa yg saya survey bolehla saya rumuskan bahawa terdapat byk taska terutama TASKA di rumah teres corner lot yang kebanyakannya merupakan pengusaha TASKA "Part Time" dimana tanggungjawab diberikan hanya kepada pengasuhnya sahaja yang rata2nya kelihatan begitu muda utk menggalas tanggungjawab yang diberikan oleh ibu bapa..
Pengusaha Part Time ini pula dipercayai hanya mengunjungi TASKAnya hanya seminggu sekali dan jelas mereka ini hanya memikirkan soal keuntungan semata2 dan menjadi mangsanya ialah ibu bapa yang bekerja yang tidak mempunyai pilihan...
daripada berpuluh TASKA, hanya 2-3 sahaja yang betul TASKA dan berdaftar dengan JKM..
inilah nasib kita di Putrajaya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...