Friday, October 8, 2010

Aku jatuh cinta...


Oh, aku jatuh cinta..
Seriusly aku rasa terlalu inginkannya..
Otak jadi sasau kerana memikirkannya
Meroyan diriku kerana rindukan kehadirannya
Sungguh-sungguh aku jatuh cinta
terlalu jatuh cinta
Akan ku bawamu dalam dakapanku
Akan ku bawa kau kedalam hidupku
Sungguh aku mahu kamu wahai


Nokia N8 baru

Ape kena lah dengan aku ni??? Sejak terpandang news pasal Nokia N8 baru ni aku terus rasa nak beli sangat telefon ni.. Sebelum ni aku takdelah kesah sangat pasal telefon yang baru keluar... Iphone 4 pun tak berjaya menarik minat aku.. Tapi kali ni betul2 buat aku rasa nak tukar telefon aku sekarang jugak...Tak kira!!! (padahal bajet langsung tak ada). Telefon ni tak sampai lagi kat Malaysia dan dijangka sampai pertengahan bulan ni... So kalau angin gile aku dah dtg aku sambar gak tepon ni walaupun duit berada di paras beku (negatif le tu)... N8 tunggu kedatanganku sayang...Kitekan bersama jua...

p/s:aku tak main2 tau..Aku betul2 suka dengan telefon ni..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...