Thursday, October 28, 2010

Jalan-jalan weekend

Ini cerita last weekend..ceh sudah hari khamis baru nak cerita yang hari ahad punya..sungguh basi ceritaku ini..Tak kira nak cerita gak sebab ada gambar..tapi bukan gambar beria-ia..hehehe. hari sabtu, kami keluar pergi beli susu Kasyah. Nak pergi beli susu die pun kena pergi jauh.. Nasib baik memang murah kalau nak dibandingkan dengan hypermarket. Kami pergi beli kat Taman Equine Seri Kembangan.. Dah alang-alang sampai sini apalagi terus ke Jusco la.. Nasib baik tak ramai orang sebab orang dok sibuk pergi Giant yang baru bukak kat area situ gak. hari sabtu ni tak amik gambar so malas nak cerita lebih-lebih..hahah

Hari Ahad lak, aku ajak suami pergi beli barang dapur yang dah kontang kat Tesco... Tesco pilihan tentulah kajang sebab tu yang paling dekat. Keluar pukul 11 pagi...pilih-pilih barang, belek-belek barang, angkut-angkut barang, tengok-tengok jam dah pukul 2.. Patutlah dah lapar.. Decide nak pergi makan kat Jusco Mahkota Cheras kat rumah lama. Sebelum pergi makan singgah rumah tuan rumah lama untuk amik surat aku yang sampai kat rumah lama.. (berapa banyak rumah daaaa)

gambar sebelum gerak..

Kami makan Nasi Ayam Penyet kat Jusco.. Ni first time makan ayam penyet. Selama ni tak pernah makan pun. Dok dengar orang cerita jek. Well okaylah sedap gak sebab sambal die pedas. Tapi takde kuahlah.. Sup yang ada pun cuma sup daging/tulang yang mahal. Takkan nak amik.. suami ku dah cakap lepas ni taknak makan kat sini sebab tercekik..hahaha
Sebelum makanan sampai..tengoklah Kasyah tu asik nak main sembur-sembur jek.

Cubaan untuk melepaskan diri

Gambar makanan takde sebab bile makanan sampai kami terus ngap sebab dah lapar giler. Masa ni dah kul 3 lebih dah..Maunye tak kok krek kok krek perut kami..

Sebelum meneruskan perjalanan, stop jap bagi susu kat Kasyah. Dah mengamuk dah masa ni.. nak tido pun ye. tapi agaknye bising sangat susah nak lena.

Yeah, berjaya gak tido tapi sekejap jek.

Lepas gi Jusco kami singgah kat South city Plaza nak cari DVD. Memang suka cari DVD kat sini sebab banyak cerita and quality boleh tahan. sampai kat rumah dah pukul 5 lebih..adoi penatnye.. Plan nak gi beli barang dapur jek tapi melarat lak ke Jusco la, South city la.. Last-Last weekend rasa macam sekejap jek sebab tak lekat kat rumah.

3 Magic Words:

Fieza79 said...

raga menu ayam penyet mmg bt rasa tercekik...tp sedap gak...

geram tgk kasyah..membolat je dier..

nusha said...

comella kasyah..
rasanya nak picit2 pp dia~~

AiDa AzRyN said...

akak,kim salah kat kasyah~ :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...