Thursday, October 21, 2010

Kasyah kurang sihat

Hello semua...Semalam aku cuti so blog pun cuti.. Hari ni baru dapat online semula dan akan cuba untuk balas kunjungan rakan-rakan blogger. Semalam aku terpaksa cuti bukanlah sebab aku ni sakit sangat walaupun memang kurang sihat tapi sebab Kasyah. Malam semalam masa menyusukan Kasyah aku dapat rasa genggaman tangan die yang luar biasa panas. Bile aku sentuh dahi die aku rasa macam dedor sikit. Hati mulala tak senang.. ye la bila budak kecil umur 4 bulan ni demam susah kite dan efectnye lebih lagi... Suamiku terus ambil ubat demam yang memang ada and bagi pada Kasyah. Alhamdulillah pagi semalam badan die dah kurang panas. Tapi sebab hati pun tak senang and kebetulan nak check up Kasyah kat klinik so akupun decide untuk MC..(aku senang nak dapat mc sbb memang kurang sihat)

Oh ya, Kasyah bukan sahaja demam tapi juga batuk dan selsema. Batuk tu since hari ahad. Selesema pun sama.. klinik pun aku dah pergi dan ubat batuk pun hari-hari bagi. Tapi nampak gayanya batuk die tak kurang lg malah malam tadi batuk die bertambah teruk.. Aku yang dengar ni tak sampai hati tengok die terseksa batuk ngokol yang perit tu. Sayu hati aku ni bile die kerap batuk dan tak lena tido. Kawan-kawan ada tak petua nak hilangkan batuk pada baby??? memang harap sangat die boleh baik.. Sedih hati aku.

Gambar ni masa siap-siap nak pergi klinik semalam.



Sementara tunggu giliran kasyah tido dalam pangkuan mama.. Stroller tak bawa so tangan pun jadila..



main sembur air liur sementara mama dgn papa makan kat food court Alamanda.

Tido kepenatan..



dah bangun. Mari kite amik gambar die...Suka die bile papa dudukkan atas sofa..

Mama suka gambar ni sebab nampak seperti budak tak bersalah..heheheh

Timbangan semalam berat Kasyah hanya naik 200gram sahaja... Selalunya naik sekilo tapi sejak duduk dengan mama, minum susu pun kurang.. Rindu kat Atok dengan Tok mak ke???? Alahai anak aku...

3 comments:

Fieza79 said...

ishh comel dan bam bam anak anne...aloloo deman pulak si chubby ni..

AiDa AzRyN said...

ololo~ comeynye~ @.@

AnneRaini said...

susah hati bile si kecik ni demam..huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...