Wednesday, October 13, 2010

Kenduri Kahwin Sepupu

Hari ahad 10.10.10 memang ramai yang buat kenduri kahwin... Sepupu aku pun tak ketinggalan buat majlis kahwin... So hari ahad kami sekeluarga pergilah kenduri kahwin kat Kluang. Pergi awal sebab nak balik awal.. Ye lah aku nak balik KL lagi.. Takkan nak gerak tengah malam. Kami sampai kat majlis tu lebih kurang pukul 12.. Kebetulan sedara mara yang lain pun dah sampai so kamipun makan sekali.. Gambar tak ambil beria sebab sibuk makan.
Gambar Kasyah dengan Papa.. Masa ni baru lepas makan..

Gambar Kasyah dengan Mak lot.. Ini sepupu aku yang aku panggil kak lot.. Die ni cikgu dan masih single lagi.. Ade sape yang berkenan??Aku boleh rekomen..hhihiihihi

Masa ni semua tengah sibuk borak.. Akupun bergambar la sekejap..

Gambar lagi..

Sebab tak jumpe pengantin (yelah nak balik cepatkan) ambil je la gambar pelamin buat kenangan.. Ada gak bukti yang aku pergi majlis kahwin ni..

Ini sepupu-sepupu aku yang kecoh... Pantang nampak kamera nak interframe jek...Lebih-lebih lagi Kak Lot yang kami gelar minah interframe...hahaha

Sebelum gerak balik ambil gambar dulu.. Baju yang aku pakai ni kembangla.. Nampak macam aku ni gemuk sangat. huhuhu

On the way nak balik kami sempatla singgah kat Ayer Itam.. Tempat yang femes dengan jualan barang2 tembikar dan segala macam keperluan rumah.. Aku plan nak beli kerepek jek buat ngunyah-ngunyah masa tengok tv tapi end up beli macam-macam lak..Haduiii kopak aku sebab memang tengah kering... Gaji lambat lagi tapi barang-barang tu paksa aku beli die.. Tak beli kang kesian lak..(wah..alasan tak boleh pakai langsung)..

Aku sampai rumah mak pukul 5 ptg.. Terus kemas-kemas barang yang nak dibawa balik.. Penuhla bonet kereta sebab aku siap bawa segala macam sayur yang boleh petik kat belakang rumah.. Lepas makan lebih kurang pukul 8 malam kami pun gerak ke KL.. Sepatutnya boleh sampai pukul 11 malam tapi disebabkan kemalangan ngeri yang berlaku kat highway dekat dengan tol yang aku nak masuk tu, so aku cuma sampai pukul 12.40 malam.. Lama betul meredah jam anda masa aku sampai kat tempat kejadian, keadaan masih lagi sibuk dan aku nampakla bas yang remuk redam tu.. Tak sangka rupanya itu kemalangan maut yang memang ngeri.. Al-fatihah untuk yang telah pergi dan takziah untuk keluarga yang terlibat..

6 comments:

Intan Inn said...

erm ko dapat tgk eh kejadian tue..erm tol tuelah aku pun lalu setiap kali balik sgmt..erm syukurlah ko jauh dari kemalangan tue...cume terperangkap dalam jem

AnneRaini said...

kalau tak aku nak gerak ptg tapi sebab brg tak kemas lagi tu yg gerak malam..memang terukla tempat tu..takut!

Fieza79 said...

seb baek balek dr wedding dgn selamat nya...terok kan accident tu...ngeri

AnneRaini said...

the worst accident of the year.. Mintak-mintak janganla ada lagi kejadian yang macam ni..

Mata Hati said...

comelnya pelamin... nak buat mcm tu gak ah time bersanding esok2...huhu

AnneRaini said...

mata hati: nak kahwin dah ke?? bagusla..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...