Thursday, October 14, 2010

Nokia N8 dah dilancarkan kat Malaysia

HAHAHAHAHAHA...gelak suka hati dan penuh rasa gembira... Akhirnya telefon Nokia N8 telah sampai di Malaysia.. Pelancaran Nokia N8 telah berjalan semalam di Solaris Dutamas.. Berita yang paling menggembirakan aku adalah harganya yang sangat reasonable untuk sebuah telefon pintar yang canggih.. RM1690 sahaja...Aku sukeeee... Nak tahu apa yang best tentang Nokia N8?? Klik sini

Ni berita yang aku copy paste dari utusan online

N8 jadi produk terbaik Nokia

KUALA LUMPUR 13 Okt - Nokia meramalkan produk terbaharu telefon mudah alih pintar N8 bakal menjadi salah satu produk terbaik daripada segi jualan dan aplikasi yang ditawarkan.

Telefon mudah alih pintar yang menggabungkan teknologi kamera dan video berdefinisitinggi (HD), mampu memenuhi cita rasa pengguna yang sentiasa menginginkan kualiti video terbaik.

Pengurus Besar Nokia Singapura, Malaysia dan Brunei, Vlaska Berka berkata, Nokia N8 menawarkan reka bentuk dan aplikasi tercanggih selain dijual dengan harga berpatutan berbanding telefon pintar lain yang terdapat di pasaran.

"N8 akan dipasarkan kepada pengguna Sabtu depan, bakal menjadi antara produk terbaik keluaran Nokia dari aspek kualiti dan jualan," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Nokia N8 di sini hari ini.

Nokia N8 dilengkapi dengan kamera Carl Zeiss 12 megapiksel dan lensa terbesar yang biasanya digunakan untuk kamera digital atau kompak.

Melalui sistem operasi terbaharu Symbian 3 menjadikan Nokia N8 lebih pantas dalam aspek pengunaan aplikasi grafik dua dimensi (2D) dan tiga dimensi (3D).

Telefon mudah alih seberat 135 gram turut menyediakan aplikasi popular seperti laman sosial, GPS, web TV dan sambungan terus ke tv menggunakan teknologi HD.

Berka berkata, Nokia turut bekerjasama dengan Maxis bagi membangunkan aplikasi dan pakej yang lebih memenuhi kehendak serta sesuai dengan pengguna di negara ini.

"Kini pengguna boleh menonton rancangan seperti CNN, E! Entertaiment, TV3, 8TV dan beberapa rancangan tambahan lain di mana sahaja menerusi Nokia N8," ujarnya.

Pada masa yang sama, Nokia turut melancarkan tiga lagi model baharu iaitu Nokia C3, C7 dan X3 yang menawarkan reka bentuk yang lebih kecil dan menawan.

Nokia N8 dijual dengan harga RM1,690 manakala Nokia C3 (RM 520), C7 (RM1,490) dan X3 (RM610
).




p/s: aku dah order dan sekarang just nak tunggu call dari Nokia bile boleh collect tepon baru itu...hahaha gelak sombong sambil bangga diri siap kembang hidung kerana telah berjaya meng'order' Nokia N8..Sila jeles dengan aku..

3 comments:

Fieza79 said...

produk nokia lama pon tak terbeli...ini kan pulak yg ni...selalu daku ketinggalan ketapi huhuu

AnneRaini said...

selalupun sy tak kesah kak fieza...tp memandangkan dah lama tak tukar tepon terus berkenan kat telefon ni..

manggosteen said...

setuju ngan fieza79..
tak sempat nk kejar la gadjet skang ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...