Thursday, October 21, 2010

Nokia N8 review

Khas untuk mereka yang tertanya-tanya best ke telefon Nokia N8 baru tu? Dan juga yang masih terfikir dan ragu-ragu sama ada mahu membeli N8 ataupun tidak.... Di sini aku ingin berkongsi pengalaman aku menggunakan N8 ni.. Review pasal N8 ini adalah berdasarkan pengalaman aku sahaja jadi orang lain tak boleh argue dengan aku... Aku tak tanya orang lain tapi ini aku punya pendapat.. Harap maklum!


1. Nokia N8 ni ada 3 homescreen. Kalau telefon lain, home screen cuma ada satu jek tapi N8 ada 3 ye.. So anda boleh suka-suka hati nak tukar page yang mana. Dan anda juga boleh edit ketiga-tiga home screen ada sesuka hati juga. Kalau aku first page tu aku letak apps yang selalu digunakan macam contacts, messages, clock, camera, gambar dan lain-lain yang aku fikir perlu.. Second page lak aku letak mail, lagu, radio, compass, bluetooth yang kononnye tak berapa rajin aku nak guna. Page ketiga lak aku letak channel TV. Ada Tv3, 8tv, E! Entertainment, CNN dan National Geographic...

2. Kalau dah ada 3 homescreen makanya dah tentulah anda boleh letak wallpaper lain-lain.. Best sebab kalau ada 3 gambar anak yang menarik boleh letak tiga-tiga.. So takdelah homescreen tu page tu jek and gambar tu jek..Menarikkan?

3. Symbian^3 adalah OS terbaru yang dimuatkan dalam Nokia N8. Lebih laju dan lebih baik dari Symbian^1 untuk telefon sebelum ini... Kalau anda tak faham apa itu symbian, anda boleh pergi ke sini. OS terbaru ni menjadikan Nokia N8 adalah telefon yang sangat smooth tanpa ada sekatan.

4. Kamera 12 mega pixel dengan carl zeiss optics dan Xenon flash.. Lebih terang dan lebih cantik gambarnya setanding dengan kamera digital dan mempunyai auto focus. Gambar memang terbaik sebab boleh ambil semaximum 4000x3000 pixels.. cantik! Untuk menentukan sesebuah kamera itu bagus adalah berdasarkan sensor ratio..Maklumat ni aku amik dari http://www.nokiasymbianthemes.com/explore/nokia-n8-review-extensive-features-tech-specifications. Boleh baca sebab aku copy paste jek.Malas nak translate dan taip...

One of the most important factor that determines a camera’s performance is actually measured by its sensor ratio. The higher the result of the sensor ratio – the better the image quality. That means the lower the value in the divisor – the better the camera will perform. Most digital cameras comes with a sensor of 1/2.33. In terms of performance the lower the value in the denominator the better the sensor is, the less the image noise will be and the better a camera actually performs in real life. Badabing Badabang and the sensor ratio which Nokia N8 packs is a super impressive 1/1.83!! As of now the Nokia N8 is using the biggest sensor that has been ever put into a mobile! If this is right then the Nokia N8 will be able to take pictures almost as good as the pricey Nikon Coolpix P5000 which has a similar sensor ratio to Nokia N8 i.e. 1/1.8

5. Nokia N8 didatangkan dengan cabel HDMI. Maknanya anda boleh ambil video suka-suki anda dan tengok balik kat LCD TV yang ada HDMI. Memang terbaik! Semalam aku dah cuba amik video Kasyah. Lawa tu videonya. Lagi cantik daripada videocam aku..Langsung takde petak-petak...clear jek. Kalau dah ada HDMI tu maknanya boleh gak download movie ke dalam phone dan tengok kat TV.. Gambar memang serius cantik giler sama macam kalau anda pergi mana2 store yg jual LCD tv dan anda kagum dengan kualiti gambar tv tu...itu semua sebab HDMI tu la.

6.Dolby Digital Surround Sound yang memberi bunyi yang mantop bile anda sambung kat Tv. Gambar dah tahap melampau cantik takkan lah bunyi sendu betul tak??? So telefon N8 ni dah built-in Dolby Digital...Pasang kat Tv and ada lak home theater memang terbaik.

7. Application game macam komputer... Download mana2 game yang available kat ovi store sama ada free ataupun berbayar, pastu anda boleh main game setanding macam main kat komputer.. Kenapa aku kata setanding sebab game dalam N8 tu sama dengan game dalam komputer aku...hehehe. Yang bestnye boleh main game kereta macam bawa kereta betul.Sebagai contoh game Need 4 speed...Cuma perlu gerakkan telefon ke kiri kanan macam pegang stereng.. Bestkan.. Kualiti game? Terbaik beb!

8. Ada USB on-the-go. Boleh sambung pendrive bila-bila masa anda suka.. Kalau macam aku, aku boleh suka2 transfer gambar ke komputer ofis sebab guna pendrive. nak terus connect phone ke komputer ofis aku tak berani.. So katakan lah anda terjumpa artis kegemaran (kalau aku of cozla ziana zain) anda secara tiba-tiba, pastu anda pun bergambar sakan dengan die, anda boleh terus tranfer gambar ke pendrive dan terus ke kedai gmbar utk cuci gambar tu...hehehe..bestkan. bukannya ape takkan nak cuci gambar kat kedai gambar nak connect ke phone lak...tak sesuai..

9. Ovi Maps yang siap sedia ada dalam N8. aplikasi percuma sepanjang hayat... Tak perlu bayar kalau nak guna sebab gps ni guna satelit. fungsinya sama macam gps yang anda beli untuk pasang kat kereta... Sama macam gps kereta aku la maps N8 ni. Tapi yang membuat maps N8 ni lagi best sebab gambarnye boleh ditukar ke bentuk 3D view. Bestkan??? Boleh juga engok maps dalam bentuk satellite view..I like!

10. Aplikasi 11n wifi menyebabkan page downloading jadi lebih laju. Dengan flash support anda boleh tengok website the way they suppose to look. sama macam kalau tengok kat komputer.. Serius sebab aku dah cuba. Laju dan macam tengok kat komputer. Dah try bukak blog aku ni and keluar sebiji-biji sama tanpa ada hilang satu widget pun... syok!

11. Web TV di mana anda boleh tengok channel2 popular antarabangsa ataupun local channel guna N8 sahaja. Banyak channel yang memang sedia ada dalam N8 seperti CNN, National Geographic, E! dan juga TV3 serta 8tv...banyak lagi sebenarnya tapi malas nak taip.. Selain channel sedai ada, anda juga boleh download channel lain daripada ovi store..menarikkan?? Ini tak bermaksud anda boleh tgk live tv tapi boleh tengok catch up tv.. Sebagai contoh haritu suamiku tengok drama Asmara guna N8.. cepat jek download pastu kan gambar cantik tanpa petak-petak and boleh layan cerita tu tanpa gangguan..

12. Harganya yang murah jika nak dibandingkan dengan smart phone lain...tak caya? cuba anda survey sendiri.. Harga ni bukan harga pakej dengan mana-mana telco ye...Ini harga sebenar. Serius berbaloi.

Setakat ni je la review N8 daripada aku...So amacam tertarik tak??? hehe aku bukan ejen Nokia so sukahati hang la nak beli phone ape atau nak stick dgn phone lama...review nipun saje suka-suka daripada aku...jangan lak ada yang nak argue pasal apa yang aku tulis sbb ni base on pengalaman aku menggunakan telefon ni.. Sekian terima kasih.

p/s: akhirnya siap gak review ni... (gambar di atas adalah kualiti kamera murah jek so bergegar sikit..hehehe)

8 Magic Words:

FiZ said...

PERGHHH....tergoda jiwa dan raga saya tgk N8 ni...;)

AnneRaini said...

apalagi angkatla satu...hehehe

nusha said...

alahai,mampu tgk je,xmampu bli lg..huhu..

AnneRaini said...

nusha;jgn bgtau org lain tau..akak pun beli utang...ekekekek

nusha said...

ok2 kak..
shhhhhhhhh!!
heheh..

Mardhiah said...

uwaa....dah la dalam wish list ada 1 natang yg sangat mahall..

lepas tu minat ini plakkk... tolonggg.....

FiZ said...

tu la kak...tahap teringin tu belum sampai 90% lagi...blh sabar ni...ritu dah x sbr siap ckp dgn mak lagi...hbs kena mrh sket..hehe

Amirul Faiz Abd. Razak said...

Saya suka hanset N8 ini. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...