Monday, October 4, 2010

Selamat Tinggal Rumah Lama

Hari sabtu lepas aku telah selamat berpindah ke rumah baru...Segala perabot dan apa saja benda yang boleh bawa, aku dah pun bawa. Rumah lama pun aku dah bersihkan.. Penat wooo.. Ini pun penat tak hilang lagi..Kalau ikutkan hati nak jek aku sambung tido kat rumah.

Inilah gambar rumah lama aku kat Mahkota Cheras.. Sedih la pulak bile nak tinggalkan rumah ni..Tak sama betul perasaan aku masa nak pindah dari rumah kat seri kembangan sebelum ni..Happy jek. Agaknye sebab aku tak sedia nak pindah kot..Tapi nak buat cemana...

Muka poyo en.suami di saat-sat terakhir sebelum kami meninggalkan rumah ni.. Kat rumah ni lah aku mengharungi hari-hari semasa mengandung..Takkan ku lupakan memori kat sini..

Dan yang paling buat aku tak boleh lupa adalah pada Bobby.. Inilah gambar bobby tapi ini anjing jiran sebelah rumah aku. Mula-mula takut gak dengan bobby ni tapi sebenarnya bobby ni manja tau..Bobby ni buat aku berani duduk kat sini sebab di samping die protect rumah sebelah, die juga protect rumah aku..Die akan marah kalau ada orang yang die tak kenal lalu or dtg dekat dengan rumah..Lagipun bobby akan pandang setiap kali aku panggil die..Oh bobby I miss you.
Kalau tak kerana nak kena samak, aku dah pegang dah ko bobby..hihihi...

Selamat tinggal Mahkota Cheras...Selamat tinggal rumah la..Selamat tinggal Bobby

p.s:nanti aku cerita pasal aku pindah ye..

2 comments:

Fieza79 said...

sedih dlm gumbira ni...woo best pindah umah baru..!

AnneRaini said...

nasib baik rumah baru ni selesa and luas...kalau tak musti lg sedih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...