Tuesday, October 5, 2010

Tips menjadi pemandu berhemah aka prihatin kepada motosikal

Sejak dah menjadi pembonceng motosikal aku nak share sedikit tips kepada pemandu-pemandu di luar sana supaya lebih prihatin kepada penunggang motor. Ini tips daripada aku ye base on my experience as a driver and a rider.

1. Sila berada di lane yang betul - kalau anda nak ke kanan duduklah kat lane kanan..Kalau nak ke kiri, duduklah kat lane kiri. Janganlah pulak anda duduk kat lane paling kanan lepas tu tiba-tiba nak pergi lane kiri sebab destinasi anda kat situ. Ini sangat menyusahkan dan membahayakan motor tau.. Sebab kalau anda masuk tibe-tibe, motor terpaksa brake emergency. Kalau nasib tak baik, tak sempat brake terus berdentum.. Dah berlanggar dah.. Kesian kat motor sebab die la teruk.. Anda tak pape..Setakat kemek sikit jek...Aku memang selalu ingat kat motor dan aku suka stay pada satu lane saje iaitu lane yang aku nak tuju..Biar lambat asal semua orang selamat.

2. Bagi laluan motor antara lane - Ini lagi satu nak pesan.. Anda tak reti bawa kereta ke? Awat tak duduk betul-betul kat tengah lane? Ini tak sampai nak masuk ke lane sebelah...Lagi sekali kesian kat motor tak dapat lalu sebab sempit. Jalan kat Kl ni bukannya kecik..Lebar so kenapa mesti nak duduk atas line? Ingat tu, jaga jarak antara lane sebelah dan kereta sebelah. Tak pasal-pasal motor nak kena cilok masuk line lain sebab tak boleh lalu...

3. Jangan lalu di emergency lane - Emergency lane tak boleh di guna kecuali untuk emergency... Kalau sebab anda dah lambat pergi kerja itu bukan emergency tapi salah sendiri. kebanyakan motor akan lalu emergency lane sebab tak nak berhimpit dengan kereta tapi kalau ada kereta yang lalu emergency lane tu kan ke dah mengganggu perjalanan motor...Dah la potong que, lepas tu tiba-tiba nak masuk lane semula, dah kena brek mengejut si motor2 yang follow anda kat belakang.. So jangan lalu emergency lane.

4. Bagi signal kalau nak tukar lane - Janganlah anda suka-suka hati jek nak tukar lane tanpa tengok kiri kanan dan belakang... Banyak kejadian yang aku tengok, kereta tu suka-suka jek nak tukar lane walaupun ada motor lalu.. Kesian motor tu terpaksa mengelak daripada jatuh dan melanggar kereta..Kalau anda bagi signal, biasanya motor akan alert yang anda nak tukar lane..tapi walaupun dah bagi signal kenala tunggu betul-betul clear dulu barulah tukar lane.. Kalau tak nanti sia-sia jek kena sumpah seranah dengan motor sebab anda dah dok kat tengah line..mengganggu jalan tau.

Setakat ni tu jela yang dalam pemerhatian aku.. Selama aku menjadi pemandu ni, memang aku selalu prihatin pada motor sebab aku fikir suami aku pun bawa motor juga so aku tak nak orang buat macam tu kat suami aku. Aku sentiasa ingat untuk utamakan motor sebab kalau jadi pape, motor yang akan terima akibatnye.. Kalau tengok statistik kemalangan maut pun, motor jugak yang banyak hilang nyawa.. Tips yang aku bagi ni adalah untuk jalan jem. Tapi kalau tak jem pun jangan fikir sendiri jek, fikir juga orang lain.. Kalau kite tak buat orang, insyaallah orang tak buat kite.. sama-samalah kite menjadi pengguna jalan raya yang berhemah untuk keselamatan bersama...

p/s: serius aku takut naik motor time jalan jem...

4 comments:

Fieza79 said...

sentiasa mengikut peraturan di jln raya...tp sll gak buat halai balai..hehe

takot nk tunggang moto or membonceng di jln raya..fobia..!

nusha said...

alamak,mmg sesuai ngn entry br sy tu~~
huhuhu...

AnneRaini said...

k.fieza: mmg takut nak naik motor tp terpaksa gak naik..
Nusha: Kesian kan pada kite yg naik motor ni kalau kete buat sesuka hati die jek

Pencacai Alim said...

hakhakhak..blh praktis..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...