Thursday, November 4, 2010

Motor dan Basikal

Tibe2 jek letak tajuk dua pengangkutan yang jarang digunakan untuk mengangkut aku. Ape ke hal nye? Hehehe, sebenarnyekan tibe2 jek aku rasa macam rindu nak bawa motor dengan basikal. Tapi kalau nak compare antara 2 benda ni kan, aku paling rindu nak naik basikal. Serius beb. dah berkurun dah aku tak bawa basikal. Last aku bawa masa kurun ke 14 time Parameswara datang Melaka...Masa Francis Light datang Penang pun aku dah bawa basikal dah...Hehehe sory dah termengarut jap.


Aku dah tak ingat dah bila kali terakhir aku bawa basikal. Aku rasa macam dah lebih 15 tahun. Sejak aku pandai bawa motor iaitu masa umur aku 10 tahun, aku dah jarang-jarang bawa basikal. Ye la motor lagi best. Tak penat. hah, jelas menunjukkan kenapa aku gemuk sebab benda yang tak penat jek yang aku nak buat. Benda yang penat tak mau buat. Dasar pemalas betul aku ni..hihihih. Masa umur aku 11 tahun bapa aku belikan basikal. Sanggup bapa aku kayuh basikal tu daripada bandar ke pekan tempat bapa aku tinggalkan motor die sebab teksi tak mau bawa basikal tu. Jarak perjalanan lebih kurang 6 km. Lepas tu, bile dah sampai kat tempat motor, bapa aku bawa pulak basikal tu atas motor dengan jarak lagi 20km. jauh tu. Kesian bapa aku. Tapi yang buat pengorbanan bapa aku bawa basikal tu balik tak berbaloi bile aku guna basikal tu kejap jek sebab aku dah mula lenjan motor bapa aku. Huh, kejamnye aku... Bile dah besar ni baru aku rasa betapa besarnye pengorbanan bapa aku. Cerita lebih lanjut di sini

So bila dah makin berusia tapi aku masih kategori remaja lg ye, tibe2 hati ni teringin nak bawa basikal balik macam masa kanak-kanak dulu. Nak round2 satu Felda sambil nyanyi2 dengan kawan-kawan. Bilela aku berpeluang nak bawa basikal ek? Nak lenjan basikal anak sedara aku, basikal die kecik pulak. Aku ni dah masuk kategori kedabak besar. Aje bengkok gak rim basikal anak sedara aku kalau aku naik..hihihi.

Selain basikal aku dah lama tak bawa motor. Memangla sekarang aku pergi kerja naik motor tiap2 hari tapi aku jadi pembonceng jek. Seingat aku last aku bawa motor masa aku pergi cuti2 kat Pangkor. Masa tu aku bawala kejap tapi dekat jela sebab dah rasa lain macam bawa motor. Dah biasa dengan stereng, tibe2 pegang handle terasa lain pulak. Dulu, akulah champion bawa motor. Keliling Felda setiap petang dengan motor. Masa tu rasa bangga gile sebab muda-muda (11 tahun) dah pandai bawa motor. Kadang2 pergi sekolah agama pun aku bawa motor sendiri. Serius rasa cam best jek sbb budak lelaki lainpun tak pandai bawa motor cam aku..hahahah. Kalau dah ronda2 naik motor tu tak sahla kalau tak kena ngurat dengan mamat Felda. Tapi masa ni dah sekolah menengah la. Biasala mestila aku jual mahal. Bawa motor laju2 tinggalkan mamat2 yang sibuk nak ngurat tu. Kadang2 diorg kejar gak..hehehe. Bila ingat balik rasa cam kelakar jek.

Bile aku dah amik lesen kereta (umur 18) aku masih bawa motor sebab family aku mana ada kereta. Bile aku dah masuk U, barulah aku bergiat aktif dalam dunia pengkeretaan sebab bapa aku belikan kereta supaya senang aku nak gi kuliah. Yela aku duk dengan sepupu aku kat Pandan Indah tapi study kat UM kat Pantai baru sana, takkan nak naik bas lak. Berapa banyak bas dgn Lrt aku nak tukar agaknya. So since aku dah ada kereta, motor makin lama aku tinggalkan. Dan hari ni, aku dah rasa macam orang baru nak belajar bawa motor. Gigil jek rasa kalau nak bawa motor tu.

Menyesal gak kenapala aku tak amik lesen motor sekali dgn lesen kereta dulu. Ni mak akula tak kasi aku amik lesen motor. Alasannya aku ni perempuan so bahaya bawa motor. Huh, kalaula aku derhaka dulu, mesti aku dah ada lesen motor dan dah boleh bawa motor pergi keje. Kalau sekarang baru aku terhegeh2 nak amik lesen motor memang tak la sebab dah tak berapa cekap nak bawa dah. Kalau dulu tu senyum jek nak handle motor depan JPJ.

Walau apapun, aku tak kira aku nak gak bawa motor dengan basikal. Balik kampung ni aku nak lenjan motor abang aku bawa ronda2 felda. Nak ronda2 dgn motor suami kat Kl ni memang tak boleh sbb takde lesen. Kalau kat kampung tu takde hal punye... Cuma, tang basikal tu je, mana aku nak cari basikal? Takkan nak beli basikal semata-mata sebab nak bawa??

"Kak Long, Mak su pinjam basikal kal long eh? Kalau rim bengkok nanti mak su suruh atok ganti," Hehehehehe.

0 Magic Words:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...