Monday, November 15, 2010

Nasib baik tak eksiden

Mood ceria di pagi hari dah tercalar dek insiden hampir eksiden nak terlangar kereta saga putih bengap tak lulus ujian memandu..huh menggelegas dada aku ni..menggelegas tu perkataan standard bahasa melayu kan? Ade ke yang tak faham???

Sedang syok aku melayan lagu maria mariana dalam otak aku sambil menonggeng motosikal bersama suami ke tempat kerja, tiba-tiba ada satu kereta saga putih dari lane kanan terus masuk ke lane kiri tanpa bagi satu tanda isyarat pun..tanpa signal mahupun tanpa hint yang die nak masuk kiri. Tibe-tibe jek terus tukar lane sambil buat dek yang motor kami nak lalu dan akibatnye terpaksa suamiku brek sekuat hati, eh sekuat kaki dan tangan untuk mengelak daripada melanggar kereta saga budus aka tak sekolah aka lebih baik ko pergi mampus.

Memang Allah sayang kat aku lagi so nasib baik brek motor suamiku yang langsung tak makan last week dah kembali kenyang sebab dah makan. Dapatla brek walaupun sipi-sipi jek nak kena. Kalau ikutkan hati yang marah lagi cemas lagi hilang pertimbangan nak jek aku pecahkan cermin kereta saga putih itu dan menumbuk mata kiri die sebab tak nak tengok cermin sisi sebelum tukar lane. Tapi disebabkan aku ni masih kategori pemandu dan penonggeng yang berhemah aku hanya mampu memandang penuh harapan yang kereta itu akan jatuh gaung tak lama lagi..haha padan muka ko...

Ok..plan nak update cerita lain tapi mood geram lagi membahang buat aku update cerita lain lak...memang *&^%df&*5#@$*&hsyui (Sory aku mencarut)

2 Magic Words:

Fieza79 said...

hadoi..mmg geram kan Anne...

jom ilang kan marah tu join GA fieza...hehe

diriku said...

alhamdulillah kalau xde ape2..syukur..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...