Thursday, November 18, 2010

Raya Haji. Best ke?

Sape tak suke hari raya angkat tangan! Eh, bukan aku eh.. Aku tak angkat tangan tau sebab aku memang gile hari raya. Walaupun cuti sehari jek tapi aku tetap balik kampung gak. Sehari pun sehari lah.Yang penting dapat makan makanan raya dan menambahkan lagi lemak-lemak tepu dalam badan ni..(Ayat sedap hati padahal dah tension gilos dgn berat yang tak turun ni)

Actuallykan aku memang tak plan nak amik cuti tau tapi hari selasa aritu disebabkan Kasyah batuk tak berhenti buat hati ni jadi tak best lak nak hantar die pergi Taska. Lagipun kepala aku pun ting tong.. Korang jangan ingat aku mabuk-mabuk sampai tiong tong lak eh. Aku kena hujan balik keje ari isnin tu sampai kepala pening. Hujan tersangatla lebat. Aku yang dok kat belakang motor ni dah menggigil kesejukan ditambah dengan rasa sakit akibat kena hujan tu..So hari selasa aku ajak suami aku EL jek. dapatla balik kampung pagi selasa tu.

Biasalah kalau raya haji tak meriah mana pun. Menu kat rumah mak pun tak banyak. Cuma masak ketupat segera, ayam rendang, sambal kacang dengan lodeh jek. Walaupun masak tak banyak tapi bile dah bertukar-tukar juadah dengan jiran-jiran, hambek ko melantak sampai perut buncit. Aku memang makan gile-gile semalam. Abis semua lauk jiran aku rasa. Takde yang terkecuali. SO arini ni dah mula risau takut berat yang dah nampak macam nak turun ni nik balik..huwargh, malam ni aku nak pergi gym. Tak kire. (eleh selalunye tak jadi pergi pun).

Banyak ke lumbu yang menjadi korban kat tempat korang? Kat kampung aku boleh tahanla. Aku singgah gak tengok orang korban lembu tp sebab segan aku tak turun kereta pun. lepas tu pulak hujan lebat lagila tak dapat tengok. Tak kisahla yang penting ada gak daging korban aku bawa balik KL. Aku rembat tulang lembu dengan daging yang abang aku bawa sebab die tolong melapah lembu-lembu tu kat masjid. Ingat nak buat sup tulang. Huish bertambah lagilah kolestrol dalam badan aku ni.

Gambar?Memang tak amik. Malas la lagipun aku tak pakai baju raya beria pun. Pakai baju kurung buruk jek. Okayla. Sekian untuk masa ini. tibe-tibe maless pulak.

2 Magic Words:

Mr Lonely said...

nice blog.. have a view of my blog when free.. http://www.lonelyreload.blogspot.com .. do leave me some comment / guide if can.. if interested can follow my blog...

Intan Inn said...

erm raya haji pun tak dapat nak jumpa sesama kan..aku pun balik kejap jer..dah balik kl keje

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...