Wednesday, November 24, 2010

Tips Berhenti Merokok

Hallu hallu...harini aku nak kongsi sikit tips untuk berhenti merokok khas buat perokok2 yang macam ada kesedaran nak berhenti tapi tak berapa nak berjaya. Aku ni kan memnag sejak sekolah dulu cukup menyampah dengan orang yang merokok..Aku rasa muke orang yang merokok ni macam jahat jek.. Kalaula ada satu mamat ni yang memang hensem and aku dah ala-ala tersyok gitu tapi bile die merokok terus aku reject. hilang segala kehenseman die.. macam tu sekali ni aku tak suke perokok...

Mesti korang nak tahu suami aku merokok ke tak..Dulu die merokok gak tapi sekarang dah berhenti.. Aku harap die tak tipu aku la..Tapi kalau die tipu memang saje cari point nak kena tinggal dengan aku la tu..huh. Masa die ngurat aku, aku bagi syarat kalau nak aku terima kena berhenti merokok..Tak sangka die memang syok giler kat aku and lebih rela tinggalkan rokok asalkan aku tak tinggalkan die..hahaha...eh, eh, aku ni dah melalut dah..Kata nak kasi tips tapi tercerita pasal lain lak..

Tips sebenar yang dipanggil Tips 12M

1. Melengah-lengahkan - Tunggu 5 minit atau kata nantila...Setiap kali nak merokok jek cakapla nanti..postponela kata orang putih..

2. Menarik nafas panjang - Tarik nafas 3 kali secara perlahan-lahan.. Nafas pendek tak boleh ye..tapi kalau korang tak berhenti umur pendek la jawabnye..hahaha

3. Minum air - Terutama air masak..Air tak masak tak baik untuk kesihatan.. Elakkan minuman berkafein..aku tak suke coffee..

4. Menyibukkan diri - Buat sesuatu bagi mengalih perhatian dan fikiran kepada rokok.. Tapi jangan pulak jadi penyibuk hal orang lain..kang dapat pelempang lak..

5. Menjauhkan diri -Daripada orang yang merokok.Jangan pulak korang mintak sebatang..

6. Mengelakkan diri - Daripada suasana atau situasi yang boleh mendorong kepada rokok. Kalau dah nampak kawan2 nak merokok tak yah la join. Adoyai..

7. Mengunyah sesuatu - Seperti gula getah atau buah-buahan. Elakkan yang manis... Jangan pulak korang bantai makan tak berhenti..Kang dapat penyakit lain kang..

8. Membasuh tangan selalu - Kalau korang dah jadi perokok tegar mesti tangan bau rokok so basuhla tangan..kalau tak bau takla rasa nak merokok..

9. Mandi dengan kerap - Ni pun untuk buang segala bau rokok yang dah sebati tu la..

10. Meregangkan otot - Buat senaman bile rasa ngantuk..tak yah merokok.

11. Meditasi - Untuk menenangkan diri.. Sambil tu fikir untuk tidak merokok lagi...Nyanyi lagu kumpulan Meditasi pun boleh gak kot..hahaha

12. Memohon doa - Kalau semua korang dah buat berdoalah semoga apa yang korang hajatkan tercapai..Minta2 semoga semangat korang nak berhenti tu sentisa kuat bukan hangat2 tahi baru keluar...huh busuk..

Selamat Mencuba!

0 Magic Words:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...