Friday, December 17, 2010

Derma

Selalu ke korang menderma? Berapa banyak korang derma? Eh, aku ni bukan busy body tau. Tapi saje jek tiba2 teringat pasal orang-orang yang mintak derma ni..

Seriusly, aku jarang bagi derma kalau ade orang mintak kat aku.. Kalau pergi pasar malam mesti ada orang-orang duduk bersila sambil hulur tangan or gayung or bekas ape-ape jela untuk minta belas ehsan pada orang ramai untuk bagi duit kat diorang. Aku? selalunya aku tak bagi.. Sama juga kesnya kalau aku tengah makan kat mana2 gerai or kedai or warung and tibe2 ade orang datang selalunya orang buta dengan seorang yang cukup sifat untuk bawa die dan mintak derma. Jarang sekali aku bagi. tapi kalau kebetulan aku tgh pegang duit kecik2 aku bagi gak.

Aku bukan kedekut tau.. Bila aku tak bagi tu bukan sebab aku lokek tapi aku berhati-hati. Bukan semua peminta sedekah tu orang susah. Banyak yang amik kesempatan atas kebaikan rakyat malaysia ni. Aku memang tak setuju langsung kalau orang tu dlm kategori OKU pastu mintak derma.. Bukannya nak kata aku ni berlagak tapi aku rasa banyak lagi benda lain yang boleh diorang buat. contohnya kemahiran. Belajar tentang sesuatu kemahiran dan jual hasil barangan kraf tu. Aku akan beli kalau ada OKU jual kerepek sebab aku kesian dan nak membantu. Kalau diorang menjual kerepek tu nampak sebenarnya diorang berusaha. Samalah kalau ade OKU yang menyanyi di tepi jalan menghibur orang. Insyaallah aku akan bagi derma sebab ada usaha untuk mereka jual bakat mereka tu. Tapi kalau setakat duduk tepi jalan buat muka seposen tanpa lakukan apa2 memang aku takkan bagi. Lagipun banyak sindiket orang2 minta sedekah ni. Mereka tu lebih kaya daripada kita yang kerja betul2 ni. Kalau budak2 pulak yang mengemis lagila aku tak bagi. Kalau diorang lapar aku tak kisah untuk belanja diorang makan tapi kalau nak duit sory ye dik, akak tak nak bagi.

Pasal kes orang buta yang datang bile kite makan kat kedai tu pun aku nak komplen gak. Dah tentu2 ada orang yang bawak diorang tu yang cukup sifat, kenapa nak mintak derma? Yang sihat walafiat tu tak boleh bekerja ke? Tak boleh cari duit untuk bagi makan pasangan awak yang tak nampak tu? Kenapa nak eksploitasi kecacatan die untuk jadi peminta sedekah pulak? Kalau orang lain boleh usaha cari kerja, jual barang kenapa awak tak boleh? Dalam hidup ni, kita kena usaha barulah nampak hasilnya.

Oh ya, aku akan bagi derma kalau aku dah pasti tujuan dan kemana wang itu akan disalurkan.. Contohnya kalau pergi jom heboh aku dermalah untuk tabung bersamamu. Pesanan aku, kite boleh menderma tapi biarlah kena pada tempatnya. jangan bagi mereka ni hidup senang atas titik peluh orang lain..

3 Magic Words:

Boloque said...

derma amalan mulia...jom menderma biarpun seposen janji ikhlas

GEMPAR: (Gambar) Mak Chick Berbogel Naik Bas Di Singapura..wth!!!

LennMommaChubby said...

Akupun mcm u jugak Anne. Susah nak bagi derma.. Bukan kedekut tapi sentiasa berhati-hati. Bukan semua org yang minta derma tu betul-betul org yang tak mampu. (Kecuali badan-badan kebajikan)... Kalo org yang duk tepi jalan atau tepi kaki 5 kedai tu, aku buat mcm tak nampak saja... huhu

ainnoraini said...

kak ain pun selalu jugak berjumpe org minta derma ni..kadang2 serba salah dibuatnyekan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...