Friday, December 17, 2010

Education Fair = Weekend kena keje...

Pada sape2 yang tak tahu or pada yang dah tahu tapi buat-buat tak tahu, esok akan berlangsungnye Facon Education Fair di PWTC. Pameran start pukul 11pagi sampai 6ptg. Sejak aku bekerja kat sini, memang inilah aktiviti wajib bulan 12. Akan bekerja overtime sabtu or ahad. Tapi this year aku terpaksa kerja untuk kedua-dua hari. Sebelum2 ni aku kerja sabtu and my colleague kerja ahad tapi this year my colleague tu tak dapat kerja ahad sebab kena pergi kelas. Okay nevermind.. tapi bos pulak suruh dtg hari sabtu sebab die terpaksa "hilang" beberapa jam. So akulah kena cover. Kawan aku tu terpaksa ganti die buat presentation disebabkan kehilangan die tu.. Ceh tak pasal2 aku gak yang tercongok kat booth tu sorang2 melayan pertanyaan2 bertubi2 daripada pengunjung. haish..kena lagi...Ingatkan tahun ni rileks sikit sbb jaga booth hari ahad...tapi end up jadi kena jaga dua2 hari...

Meh aku citer apa yang ada kat fair ni.. Dah namanya pun education so of course segala maklumat tentang education akan korang dapat kat situ.. Yang baru habis SPM or STPM boleh tanya pasal degree. Yang dah tua2 bangka boleh tanya peluang sambung master or PhD. Banyak universiti luar negara dan dalam negara akan join fair ni. Kalau kat booth aku, boleh dapatkan maklumat tentang biasiswa yang ditawarkan oleh kerajaan Jepun untuk sape2 yang nak sambung belajar ke Jepun. Kite cerita pasal biasiswa sahaja ye. Bukan tanya universiti A tawar program apa ataupun macamana nak apply visa pergi Jepun.. Itu tak termasuk dalam skop kerja kitorang.

Kalau rasa nak jumpa aku bolehla datang esok ataupun ahad. Insyaallah memang aku ade kat sana. Cari aku kat booth Embassy of Japan. tapi aku rasa takyahla korang datang cari aku. Aku seganlah sebab aku ni memang kategori pemalu (aduih rasa macam nak lempang diri sendiri).
Inilah tag yang aku baru dapat tadi. Esok kenalah pakai kalau tak tak boleh masuk awal. Terpaksa tunggu sampai pameran bermula.Nak tahu camne rupa Education ni, klik sini

p/s: Kesian pulak dengan Kasyah. Hujung minggu nak manja2 dengan mama tapi mama kena kerja pulak.

2 Magic Words:

Adyani Iman Al-aydrus said...

salam...nk tnye facon fair 2013 ble?y 8n 9 dec ataupun 14n15dec tu?? Emm kalau bole nk tahu mcm mana nak apply biasiswa jepun untuk smbung master?ape syarat2 nye?

AnneRaini said...

14 n 15 dec.boleh dtg utk tnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...