Wednesday, December 15, 2010

Fesyen

Sape tak tau apa itu fesyen angkat tangan...Well ape je baju yang korang sarung kat badan tu dah kategori fesyenlah...tak kisahlah kalau korang cuma pakai sepasang baju kurung lusuh ia tetap di panggil fesyen. Betul tak kawan-kawan?

Aku bukan nak cerita pasal apa itu fesyen tapi saje nak kasi tau aku baru jek beli beberapa helai baju yang aku rasa amat cantik tapi belum tentu cantik kat badan gemuk aku ni..huhuhu. Korang rasa apa fesyen yang sesuai untuk korang? Kalau tengok pada artis2 Mesia ke artis2 luar ke, macam2 jenis fesyen diorang pakai. Yang pelik macam Lady Gaga tu pun ada... Kalau yang pakai tu orang luar yang memang takde adat aku rasa tak kesahlah tapi bile artis kita yang dah tentu orang Melayu and Islam tiru apa artis luar pakai itu dah tak kena dah.. Bukanlah aku nak kata aku ni baik ke pakai jubah dengan tudng labuh tapi aku rasa aku punya fesyen masih kategori normal and acceptable. Aku pakai seluar dan baju yang sesuai pada aku yang kalau orang nampak aku pun orang takkan senyum2 sinis pandang aku sambil bisik mengumpat aku..

Korang tengok tak gambar Siti Nordiana baru2 ni? Alah yang pakai baju takde lengan paras peha tu..Yang aku rasa ntah pape ntah. Kalau muka comel ditambah dengan kaki panjang putih melepak macam model tu takpelah jugak..Ini tak, kulit gelap pastu peha dah macam batang kayu pun ada hati nak tayang kat orang luar...Memalukan sungguh... Orang tengok bukan orang suka tapi orang kutuk adela... Yang buat aku lagi tak faham dengan mentaliti artis Mesia ni, kalau orang tegur mesti bagi jawapan bodoh yang menampakkan betapa kurangnya mental diorang tu.. Ade ke kata imej seksi tu sebab lagu genre baru.. Lagipun imej tu selesa..hotak ko selesa... sekse adela...

Bukan artis saja macam tu orang biasa pun ada yang tak sedar diri... Contohla kan orang gemuk yang nak berpesen.. Eh, aku tak kata orang gemuk tak boleh berpesen tapi biarlah sesuai dengan keadaan diri.. Lagipun banyak baju2 plus size yang ada dijual..semuanya cantik2... Ini tak, dah tau badan tu gemuk nak jugak pakai skirt pendek menampakkan peha menggerutu sebab selulit.. Lepas tu pakai baju seketat mungkin (nak nampak badan kurus agaknye) sampai tersembol segala lemak tepu yang ada.. ngko dah kenape? Tak malu jugak tu... perut dah macam orang mengandung 6 bulan masih ada hati nak pakai seluar low cut bawah perut..aduh..sungguh tak memberangsangkan ok. Aku tak fahamlah mana pergi sifat malu diorang ni..dah tersembunyi di bawah lemak2 tu ke? Orang gemuk ni cute tau tapi kalau fesyen tak sedar diri tu bukan cute tu namanya buang tebiat nak mampus...

Eh, panjang pulak aku membebel... Bukannya apa, kadang-kadang aku sedih dengan anak2 muda sekarang punya pakaian... Aku bukan alim nak suruh orang tutup aurat tapi aku nak mereka pakai apa yang sesuai dengan mereka... Simple itu cantik...
Inilah baju yang aku beli tadi..beli online jek..cantik tak? Tapi korang takyahlah bayangkan aku pakai baju ni akan jadi cantik macam model kat atas ni... dah tentu2lah si gemuk bontot besar ni akan kelihatan seperti mak orang juga...huhuhuh

p/s: nak sangat orang tgk aku dan kata "eh, betul ke dah ada anak sorang? Macam budak sekolah jek." tapi yang selalu aku dengar "gemuklah ko sekarang..."

2 Magic Words:

Fieza79 said...

wahh anne..cantek arr baju tu..beli online kat ne..kasi la link..nk jugakk..!

AnneRaini said...

memang cantik tp kalau sy pakai belum tentu cantik..hehehe.. sy beli kat sini http://www.luvclothez.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...