Friday, December 17, 2010

First time nak makan

Hari ahad ni genaplah usia Kasyah 6 bulan. Kalau dah masuk 6 bulan ni mestilah dok terfikir apelah aku nak bagi die makan ni... Lagipun aku nak masak2 bubur pastu nak suap2 die pun tak boleh sebab aku kena kerja ahad ni.. Haih, nak harap papa die buat semua tu memang mimpi di waktu maghribla jawabnya.

Actually kan last weekend aku ade cuba2 nak bagi die makan. dah siap2 dah beli beras baby tu. farley rusk pun aku beli. So hari sabtu cubalah bancuh beras tu dalam 2 sudu. aku try rasa ok gak sebab ada manis2 sikit. Dah siap2 letak Kasyah atas bantal tinggi akupun suakan sudu tu kat mulut die... Menangis2 die tak nak makan. menggeleng2 sambil tutup mulut sambil tangan die menepis sudu tu.. Kesian pulak aku tengok die. Reaksi die tu sama macam aku nak bagi ubat kat die. Aku rasa die mesti trauma dengan ubat and bile aku nak suapkan makanan pun die ingat aku nak bagi ubat. Alahai anak mama sampai trauma dah nak makan ubat. Since hari tu juga aku stop bagi ubat kat die walaupun die masih batuk lagi. Tak sampai hati tengok die nangis2 trauma bile aku cuba suap ape2. Bayangkanlah sejak lepas seminggu aku hantar taska die dah kena makan ubat hari2.. Kejap batuk, kejap selesema kejap fungus kejap demam.. boleh dikatakan takde hari yang die betul2 sihat. Bak kata doktor kat klinik An-Nur, "duduk taska ni setiap bulan anak awak boleh sakit". Ye aku mengaku apa doktor tu cakap memang betul.

Erm, dok terfikir2 nak masak apa untuk Kasyah ye? Mungkin buat permulaan ni aku just bekalkan beras baby tu je pada taska. Cuba nak tarik minat die untuk makan. Takut gak kalau aku dah beria buat bubur bagai tapi die takmo makan.. Kena slow2 bagi die feel yang aku bukan nak bagi die ubat tapi nak bagi makanan yang sedap. Next week Krismas baru aku masak beria2 untuk die dengan harapan masa tu die dah boleh terima makanan dan dah tak trauma lagi...

p/s: Papa kata nak Kasyah tembam macam dulu... Mama pulak nak Kasyah sihat macam dulu. Papa, kom kite pergi shopping beli barang untuk buat bubur Kasyah. Jangan lupa beli food termos sekali ye..

1 Magic Words:

ezarn said...

adam pon masa mula2 mkn g2...ko start dgn bagi puri buah pon xper.xsemestinya kena bg bubur.adam skang dah ok dah bila mkn.kalo x...sampai menjerit2 dier.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...