Tuesday, December 28, 2010

KLIA dan terjebak

Memandangkan mak aku datang hari ahad dengan anak sedara aku yang sulung so hari ahad plan nak ke KLIA. Bukan nak naik flight atau nak hantar sesapa nak flight. Saje jek jalan2 bawa my niece tgk kapal terbang. Mak aku naik bas pagi so dalam kul 10 lebih tu dah sampai dah. Lepas amik mak kat hentian serdang kami ke expo barang elektrik kat Mines Miecc tp seriously expo ni boring giler. Yang banyak cumalah induction cooker. Kami ingat kot2 adela banyak dvd player blu-ray ke tapi hampeh. Memang macam expo tak laku jek gayanya.

Lepas tu kami terus balik putrajaya sebab nak pergi ke warehouse sale Metrojaya pulak kat PICC. sebelum tu singgah makan tengahari sebab memasing dah lapar. Kat PICC tu pun agak mengecewakan aku tapi suamiku sukala sebab die dapat beli belt dengan seluar yang die nak dengan harga murah. Aku lak ingat nak cari barang baby macam baju tapi tak banyak pun. Last2 aku rembat bantal utk Kasyah dengan 4 helai romper. Jadilah. Untuk aku sendiri memang takde. Kat situ ade gak sale perfume tapi aku tak berminat sebab perfume tu semua tak berjenama..huh berlagak ni takmo perfume murah..hahahaha..bukan tak mo tapi kalau perfume ntah pape sampai RM 50 ke atas baik aku beli perfume Avon. lagi berbaloi.

Selesai memborong di PICC teruska perjalanan ke KLIA. Since dah dok kat Putrajaya ni, KLIA takla jauh mane. Lagi dekat daripada aku nak ke KL. Sampai kat sini aku dah terjebak dah. Tak pasal melayang duit aku dua ratus lebih. haduila.Ape yang aku terjebak???

Hah inilah yang aku terbeli kat sana. Plan nak gi tanya2 jek tapi last2 beli terus. Nasib baik dapat voucher so murahlah sikit. Aku kalau perfume memang beli yang original macam ni. Lagipun bau Flora by Gucci memang wangi. lembut jek wangi die tu. Tak dapat nak beli beg Gucci dapat beli perfume Gucci pun dah puas hati dah. hehehe

Inilah kedai tempat aku terjebak tu. Eraman nama kedai ni. Banyak gak perfume lain tapi sebab dah minat Gucci so aku sambar Gucci gak lah.

Aksi bapa melayan anaknya..

Mama gediks yang over...

My mom and my niece.

Kasyah dengan Tok mak

My niece berlatar belakangkan Mas aircraft

Cuba tengok gambar ni betul2. Mulut semua sepesen jek...

Aim nak naik Mas pulak lepas ni tapi mahal ko tambangnya...

Sukenya die..

Berianye ketawa...

suka bile dapat duduk...

Dah nak balik dah.. Posing dulu..

Kasyah dengan Kak Long...Sukela si Kasyah ni sebab ade ramai yang melayan die...

Balik daripada KLIA suamiku terus bersiap nak gi Bukit Jalil. Dah dapat masuk final Piala Suzuki, haruslah die pergi kan...

0 Magic Words:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...