Thursday, December 23, 2010

Ku ditinggalkan..

Aduh, tengok tajuk memang tak boleh blah. Macam orang kecewa bercinta je lagaknye. Padahal bukan ditinggalkan betul2 cuma suamiku kena outstation 2 hari ke Johor Bahru. Tapikan walaupun 2 hari terasa lah jugak sebab kena handle anak sorang2. Nak kena siapkan diri sendiri lagi mana nak layan si kecik tu yang sekarang makin 'behave' perangainye.. Pagi2 memang kelam kabut. Si Kasyah ni bile pukul 5 lebih jek mesti bangun. Bile dah bangun tu mulalah bising-bising kat kite soh bangun main dengan die. Kalau nampak aku berdiri mulalah merengek sambil merangkak pergi kat kaki kita buat muka kesian minta dukung. Kalau biar jek kang makin kuat lah suaranya.

Tengah terfikir malam ni nak makan ape. Kalau nak masak sendiri semapat ke? Kalau suamiku ada die yang jaga time aku masak. Kalau nak beli pulak nak beli kat mana. Aku memang malas giler nak kuar sorang2 heret si kecik tu. nak makan jek apa yang ade tapi ape pun takde. huhuhu.

erm..erm... boleh order delivery...dominos ke mcD????

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...