Wednesday, December 22, 2010

Makan

Hari semalam memang hari melantak mentekedarah tak hengat bagi aku. Apa taknya bos belanja wajibla aku ketuk die kaw kaw punya. Bukan selalu bos aku belanja. NI pun sebab dah berpenat lelah aku keje weekend lepas. Restaurant di pilih oleh kami iaitu aku dan ofismate aku la. Bos follow jek..First plan nak makan kat chilli's kat KLCC. So tepat jam 12.30 kami terus berdezup pergi KLCC. Sampai kat sana selepas naik escalator sampai 7 tingkat, restaurant chilli's penuh. Terpaksa beratur untuk dapatkan seat. Baiklah tukar plan since kami cuma ada sejam saja untuk lenjan makanan maka kami turun dengan langkahan laju ala2 peserta olimpik jalan kaki, terus ke San Francisco Steakhouse. Fuuhh, lega sebab masih ada seats untuk kami walaupun restaurant tu hampir penuh. ramai betul orang kat KLCC semalam. Cuti sekolha agaknya mak ayah bawa anak2 gi jenjalan.

Sempat ambil gambar kedai sahaja. tak dapat makan flame grilled steak yang diidamkan. Penuh sokmo.

Nasib baik ada SFS. dapat gak aku ketuk bos berpuluh hinggit untuk makan..hihihi

Inilah menu yang kami order. T-Bone Steak. Kami pilih ni sebab ini chef recommended. Lagipun harganya agak mahal. memang tujuan nak ketuk bos makan yang mahal2 jek. Aceli aku mintak well done tapi sebenarnye medium jek. well done kat tepi2 tu jek. tengah2nye masih merah lagi.. Aku makan jek sebab sedap dan tak pulak rasa hanyir. Oh ya, sayur tu kan sedap la..tak pahit dan takde rase yang pelik2 pun.. Apa nama sayur ni ek??? Set steak ni berharga RM55.90. Memang kalau nak bayar sendiri aku tak makan steak ni..hihihi

Lepas makan steak yang besar tu, aku terus kenyang giler sampaikan nak minum air pun tka sanggup. Bayangkan aku langsung tak minum air sampai malam sebab perut rasa penuh. Giler besau betul daging tu. Lepas ni bos dah janji nak bawa makan kat Italian restaurant pulak. Next year ye sbb next week dah nak cuti panjang.

Hari ini pulak, kami makan kat Kirishima restaurant. orang belanja lagi. Murah rezeki asik orang nak belanja jek. Dahla masa education fair pun ada orang belanja..Haha i like. Hari ni tak amik gambar sbb makanan sampai terus ngap. Aku makan sama menu dengan last time aku makan. Ingatkan aku pernah cerita aku gi makan kat restaurant makanan jepun. Cadangnye harini nak makan Unagi/belut tapi harga belut tu dah naik sepuluh ringgit. mahal ko..walaupun orang belanja segan lak aku nak makan yang lebih mahal dari si tukang belanja. So amik Saba Steak aja. Alhamdulillah Kenyang jugak...

0 Magic Words:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...