Thursday, May 27, 2010

Balik Kampong!

harini aku nak balik kampung rumah mak aku...mak mertua aku xde sbb balik terengganu so balik segamat kali ni balik umah mak aku jek..lagipun dah lame aku xbalik.dah lebih sebulan dah..rindu kat family especially anak2 sedara aku yg nakal tu..so sbb excited nak balik kampung (ini balik yg last sebelum deliver..lepas deliver baru aku balik lg) aku siap letak lagu balik kampung..heheh mcm over ek???? xkesahla yg penting enjoy!

Friday, May 21, 2010

Ada apa dengan kucing...

this morning i received an email about cat and pregnant lady...and surprisely cat and pregnant lady are not belong to each other...cat is adoreable but unfortunately cat can cause you something bad...read it!

Kucing Jejas Kehamilan

Membela kucing boleh memberikan kesan negatif kepada kandungan. Ia berkait dengan sejenis parasit iaitu protozoa Toxoplasma gondii yang membiak di dalam usus kucing dan didapati di dalam najisnya dan tanah.

Parasit ini menyebabkan sejenis jangkitan yang sering ditemui - toksoplasmosis yang tidak membahayakan orang dewasa tetapi boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius kepada bayi di alam kandungan.

Ibu yang mengandung boleh mendapat jangkitan apabila menyentuh najis kucing. Jangkitan ini boleh juga timbul akibat memakan masakan yang tidak dimasak dengan sempurna.

Wanita yang mula-mula mendapat jangkitan toksoplasmosis semasa mengandung mempunyai lebih kurang 40 peratus peluang memindahkan jangkitan tersebut kepada bayi di dalam kandungannya.

Apabila ibu dijangkiti dalam trimester (kehamilan berusia tiga bulan) pertama, sebanyak 15 peratus daripada bayi mereka turut dijangkiti berbanding 30 peratus semasa trimester kedua dan 60 peratus trimester ketiga.

Kesan akibat jangkitan adalah lebih teruk jika ia berlaku di peringkat awal mengandung. Adalah dianggarkan, satu dalam 10 daripada bayi yang dijangkiti mengalami toksoplasmosis yang teruk.
Mereka mendapat jangkitan mata yang boleh menyebabkan buta, pembengkakan hati dan limpa, penyakit kuning dan jangkitan paru- paru. Sebahagian mereka mengalami kehilangan deria pendengaran.

Janin yang mengalami jangkitan toksoplasmosis yang terlalu teruk boleh meninggal dunia semasa dalam kandungan atau ibu mengalami keguguran. Jika dilahirkan hidup, mereka akan menderita kecacatan otak seperti palsi serebral dan sawan.

Jika doktor mengesyaki yang ibu mempunyai jangkitan toksoplasmosis aktif, ujian darah boleh dilakukan untuk mengesan kehadiran antibodi yang mengesahkan jangkitan ini.

Jika ibu disahkan mendapat jangkitan, ujian lanjutan seperti amniosentesis dan ultrasound dilakukan untuk memastikan sama ada bayi dalam kandungan juga telah dijangkiti.

Ibu akan diberi ubat khusus jika bayi disyaki telah dijangkiti, agar gejala-gejala yang akan dialami oleh bayi apabila lahir dapat dikurangkan. Rawatan ini diteruskan ke atas bayi selepas dilahirkan.

Sebaliknya, jika bayi dalam kandungan belum dijangkiti, ibu akan diberi ubat antibiotik khusus supaya risiko jangkitan kepada bayi dapat dikurangkan sehingga 50 peratus.

Bayi-bayi yang baru dilahirkan oleh ibu-ibu yang mendapat jangkitan toksoplasmosis haruslah diuji agar bayi-bayi yang tidak mempunyai sebarang gejala semasa dilahirkan tidak akan tercicir daripada menerima rawatan khusus, jika mereka sebenarnya juga telah dijangkiti.

Ini kerana mereka mungkin dianggap sihat sehinggalah mereka mendapat jangkitan mata dan sebagainya setelah berusia beberapa bulan mahu pun beberapa tahun selepas dilahirkan.

Oleh kerana toksoplasmosis merupakan penyakit jangkitan yang boleh menjejaskan kesihatan bayi dengan serius, langkah-langkah pencegahan seperti berikut dapat mengurangkan insiden ia berlaku. Antaranya:

* Membasuh tangan sebelum mengendalikan makanan
* Mengelakkan pemakanan daging mentah atau tidak sempurna dimasak
* Membasuh dengan teliti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak perlu dimasak sebelum dimakan
* Menggunakan sarung tangan semasa berkebun atau semasa mengendalikan tanah dan akhir sekali elakkan daripada menyentuh najis kucing.

Sebaik-baiknya, elakkanlah daripada membela kucing semasa mengandung, tetapi jika ini amat sukar untuk dilakukan, hendaklah berhati-hati dan mempraktikkan langkah-langkah pencegahan seperti di atas agar risiko jangkitan berada pada tahap minimum.

so if you're pregnant please avoid cat.

Thursday, May 20, 2010

aku mengidam...

seriusly skrg ni aku mengidam sgt pada sesuatu iaitu....


Nikon DSLR D90 camera...

kalau boleh sebelum bersalin nak sgt beli camera ni tp harganya mak aiiihh, boleh demam setahun aku...huwargh...xkan nk beli yg D3000 lak..mmgla agak murah tp function xbest sgt and xsemua lense dpt masuk dlm D3000..aku nak DSLR camera ni..xde ke sesapa nak tolong aku belikan????betul2 mengidam ni :(

Wednesday, May 19, 2010

Cloth Diapers

Minggu lepas aku decide utk beli Cloth diaper and fortunately aku jumpe one blog yg jual CD ni dengan harga yang sgt reasonable..so lepas discuss dgn suami and die pun setuju, tanpa berlengah aku terus deal harga dgn pemilik blog and order. aku beli 6 keping CD dgn harga RM154 termasuk pos..berpatutan.aku order hari selasa and aku dapat parcel hari khamis..wah teruja betul bile dpt CD tu..balik rumah terus bukak and belek2 CD tu...so far aku puas hati dgn CD tu sbb xde yg koyak. gambar CD yg aku beli tu aku xamik tp aku letak gambar dari pemilik blog yg jual CD tu.


yang ni aku amik 2 warna merah dan purple..material kain yg ni lg best tau..tp yg kat bawah ni bukan xbest..tp kain die lain la...


yang ni aku amik semua patern..tapi yg paling cantik yg hello kitty tu..comel jek...

CD ni xsesuai sgt utk newborn baby so after 2 months barulah anakku dpt pakai CD ni (walaupun mama die dah xsabar nak pakaikan die CD) kalau you all rase nak gak cuba beli CD ni bolehla ke blog miela. insyaallah puas hati..kalau nak tau ape kebaikan CD ni bolehla search dlm internet...selain menjimatkan CD ni juga lebih mesra alam dan insyaallah anak xkena ruam lampin...

oklah..nnti kalau ade cerita lg psl CD ni aku story ye..daaa

Tuesday, May 18, 2010

Award!!!

first time aku dpt award sejak mula berblogging ni...thank to muzai sbb bagi aku award nih..hehehe suke :)



bile dah dapt award seperti biase kenala buat kerja rumah sikit sbb ade syarat-syarat penyertaan (chewah)

1. Put the logo on your blog.
telah pun diletakkan dengan bangganye...

2. Pass the award on to 12 bloggers.
12 org?ramainye..aku ni belum byk connection lg..tp aku pass pade
ezarn
fashya
kak meen

(tu je sbb yg lain2 muzai dah tag..hehehe)

3. Link to the nominees within your post.
ezarn
fashya
kak meen

4. Let them know they received this award by commenting on their blog.
wahai nama-nama yang telah diletakkan di atas, anda telah menerima anugerah ye..sila ambil..jgn malu2..

5. Share the love and the link to the person from whom you received this award.
Terima kasih sayang muzai...nnti kalo ade award lg pass la ye..:)

Monday, May 17, 2010

Kelas antenatal

hari sabtu yang lepas kami berpeluang utk mengikuti kelas antenatal yang dianjurkan oleh PPUM..first time masuk sane and kami sesat nak cari parking..bile jumpe parking rupanye kami parking jauh kat belakang sedangkan kelas diadakan kat bangunan trauma dan kecemasan kat depan tu..menapakla nak cari kelas tu..nasib baik jumpa..

ramai gak couples yg dtg..bayaran sbyk rm50..dapat goodies bag..dlm bag tu ade info tntg breastfeed,labour,makanan seimbang dan penjagaan ibu dan bayi selepas bersalin. Bersyukur sgt aku dpt join kelas ni sbb byk sgt good info yg aku dpt..bile dah masuk kelas ni barulah aku tau yg selama ini aku belum ready lg nak bersalin sbb byk yg aku xtau..selepas kelas and mendapat ilmu yg sepatutnye, aku tau aku bersedia utk bersalin (betul ke bersedia?)

aku sangat sarankan semua bakal ibu untuk join kelas antenatal sbb byk sgt maklumat2 penting yg akan kita dpt..dan sekarang aku yakin utk bagi full breastfeed utk anak aku nnti..cuma bile doktor tunjuk saat2 sebenar nak labour and ape yg doktor akan buat, aku jadi sgt takut...bile tgk gambar mcm mana baby tu keluar aku jadi ngeri sgt2.. xsangka seorang manusia akan keluar dari rahimku...wah xmau fikir..smpi skrg aku masih lg teringat2 saat melahirkan baby yg bagi aku mmg menakjubkan tp at the same time aku takut bile memikirkannye...potong?jahit?koyak?bleeding?luka?.. semuanya bermain2 dlm minda aku...

tibe2 aku rase nak mintak epidural mase bersalin nnti since doktor kate epidural tu selamat..and aku juga kalau boleh nak request supaya diorg bius sblm jahit aku nnti.. (cerita mcm ni pun dah buat aku seram sejuk)
lepas kelas tu aku dah yakin utk mandikan baby aku sendiri dibantu oleh suami..aku dah tau cara2 nak pegang baby dgn betul and aku dah tau ape nak buat dlm berpantang nnti.. aku juga dah tau cara2 yang betul utk breastfeed anak aku dlm pelbagai posisi.
Insyaallah segala ilmu yg aku dpt ni akan aku manfaatkan sebaik-baiknya.. dan semoga kekuatan utk menghadapi saat kelahiran akan dtg pada aku dan aku mmpu utk melakukannya.. wish me luck!

Wednesday, May 12, 2010

Tak tau nak letak tajuk ape...

Hehehe..(xpasal2 sengih). aku nak cerita sikit ape yang aku alami bile kandungan dah makin besar ni..setiap malam sekurang-kurangnye 2 kali aku bangun utk buang air..wah sgt terseksa sbb badan dah berat and bile rase nak buang air tu lgsg xleh nak thn..pedih betul mencucuk tuutt aku. kalaula boleh buang jek atas katil kan best (tibe2 rase mcm nak pki pampers)..bukannye ape badan aku ni dah makin besar..segala-galanya besar..so bile nak bangun tu mmg azab sikit...skrg ni naik tangga pegi bilik pun dah rase mengah mcm baru lepas jogging.kalau masak pun penat...yela kena berdiri..kalau dok atas kerusi xsmpi lak aku nak potong sayur ke menggoreng ke...kalau nak duduk kat bawah lak, bile nak bangun tu mmg payah sgt..terbatas pergerakanku..

aku xpernah membayangkan badan aku akan jadi seberat ini (mmg berat sgt)..muka dah chubby (dagu dah ade 2 la..huhuhuu)...punggung tu mcm nak meletop je gayanye..kaki toksah ceritala..dari peha smpi ke tapak kaki..semuanya besar..kdg2 bile tgk bdn sendiri rase ngeri lak...aku terfikir mcm ni la agaknye org gemuk membawa badan..terseksa...bukan senang kite nak heret badan yg berat ni...and aku tekad aku xnak terus-terusan mcm ni...

sekarang ni pun rase xsabar nak deliver sbb sgt2 nak cuti..sudah bosan dgn urusan office yg sgt ntahapeape...hoefully anakku akan lahir seperti yang dijangka..kalo nak awal pun jgnla smpi 3 minggu awal..2-3hari okala kot..and kalau nak jd baby overdue pun jgnla smpi 2 minggu ye sayang..2-3 hari jek cukup..hehehe

sekarang ni baby sgt aktif..menendang,mengeras,berenang, summersault bagai..xlarat perut dgn karenah anakku ini...kdg2 tu rase sakit bile perut ni tegang jek..tp itula yg seronoknye..suami pun teruja bile baby bergerak..doa ku moga semuanya berjalan lancar...sekarang ni aku boleh dikatakn dah bersedia nak bersalin (tapi takut-takut berani je ni). dua orang kawan aku dah pun selamat melahirkan so akupun semangat nk follow diorg....so korang doakanla aku ye

Monday, May 10, 2010

Satu hari yang emosi...

pernah tak anda rasa xsedap hati dan rasa sedih sgt?tibe2 rasa mcm nak menangis walaupun anda xtau sebab musababnye...


erm..itulah yang aku rasa semalam..semuanya bermula selepas aku balik dari tugas aku sbg penjaga periksa tghari smlm.aceli aku dah mula rasa xsedap hati since hari jumaat tp aku buat dek je sbb aku sedapkan hati sendiri bhwa xde pape yang berlaku...dan alhamdulillah mmg xde pape berlaku..then hari smlm lepas balik kerja aku melepak tgk tv dan akhirnye tertido..bile aku bgn tido rase xsedap hati tu makin menjadi-jadi tp aku still buat mcm xde pape...


ptg tu suamiku pergi jogging dan aku tinggal sorang2 kat rumah sambil layan badminton.bile dok sorang perasaan xbest tu makin menjadi2 sampai aku rase nak nangis sgt. Then aku call mak aku untuk ucap selamat hari ibu...bile dah ckp dgn mak, aku masih lg rase xbest and sedih sgt. tp again aku buat xreti je..bile suamiku balik dari joging and die tanya nak masak ape, air mata aku dah mula bergenang. suamiku perasan and tny kenapa aku sedih?aku ckpla aku xsedap hati and rase sedih sgt tp seriusly aku lgsg xtau knp aku sedih sgt2. suamiku peluk aku smbil usap bahu utk tenangkan aku..die pun konfius knp aku sedih..aku lagila konfius. Lepas dah menangis beria-ria pun aku masih lg xmmpu nak hilangkan rase sedih aku sbb hati masih rase xsedap..it feels like something bad going to happen (hopefully it was just my feeling). lepas maghrib suami ajak aku pergi jusco utk mkn malam and tgk brg2 baby sbb suami tahu mmg aku suka sgt survey brg baby walaupun xbeli pape. akupun setuju dgn hrpn mmg aku akan happy.


sampai kat jusco kami decide utk mkn KFC.sementara tunggu suami beli KFC, aku start to feel sad again..nasib baikla dpt cover sbb ramai org dlm KFC tu...makan KFC pun xberapa selera. dpt habis seketul je ayam...lepas mkn kami terus ke brgn baby..mmg hati aku terhibur sikit tp setakat tu je..bile balik kesedihan tu dtg semula...but aku mmpu utk thn diri drpd menangis. and aku decide utk terus tido...


harini ini aku masih lg rase xbest...dan aku juga masih tak tahu knpa aku sedih..kenapa hati aku rase xbest sgt..persoalan ini terus bermain dlm kepala aku...skrg ni aku sgt2 tiada mood utk bekerja kerana aku rase berserabut sgt...ya Allah kenapa aku rasa macam ni????

Friday, May 7, 2010

Selamat Hari Ibu


Glitterfy.com - Glitter Graphics


sperti yang anda sedia maklum, kita akan menyambut hari ibu pada hari ahad 9hb mei ni. Saje nak tanya..apa yang anda buat utk ibu anda?bagi aku, aku sendiri xpenah sambut hari ibu ni sbb mmg xdidedahkan pun...yela mak aku org kampung, bukannye expose sgt psl benda2 ni...tp bile aku dah besar dan mula tau pasal hari ibu, ape yang aku buat adlh call mak aku pada hari itu utk ucapkan selamat hari ibu..itu jek..hadiah2 mmg xde...just tanda ingatan utk mak aku.lagipun time hari ibu biasanya aku xde kat kampung...so telefon jela yg dpt menjadi pengganti diri...chewah.

since aku sendiri akan jadi ibu xlama lg, aku rase aku patut ajar suami aku cara2 nk smbut hari ibu dgn anak aku nnti..nak harapkan anak aku mestila xleh kan sbb die kecik lg so papa die la yg kena ajar...hehehe

hari ibu tahun ni aku terpaksa bekerja...so mmg xde smbutan..okla..mood nak merepek hari ni xbape ade...just nak ucapkan selamat hari ibu terutamanya pada mak aku dan juga mak mertua aku..xlupa juga untuk semua ibu-ibu kat malaysia ni....semoga hari ibu akan jadi hari yang ceria...

Thursday, May 6, 2010

Dulu dan Sekarang


Ha tengokla gambar aku sebelum dan selepas mengandung...sungguh ketara sekali perbezaannye...kalo macam ni la bentuk bdn aku,nmpk gayanye aku kena kerja keras lepas bersalin nnti...aku nekad xmau mkn nasi lg...nak mkn buah dgn sayur jek..tp boleh kenyang ke?dahla aku plan nak breast feed anak aku nnti..huwarghh..tp aku xnakla gemuks cam sekarang..setakat ni berat aku dah naik hampir 20kg..tp aku baru 8 bulan..ade lg 2 bulan sblm aku bersalin..
mcmna nak buat supaya aku cepat kurus and xgemuk lg...?????

Wednesday, May 5, 2010

mata bergerak...

tgk tajuk tu jgn lak korang igt mate tu bergerak pegi tempat lain..tp maksud aku mata tu mengedip-ngedip(betul ke word yg aku guna nih)...orang selalu kata kalau mata mengedip tu maknenye kite akan menangis or akan jadi sesuatu yang xbest...bagi aku aku mmg percaya benda ni..tp aku percaya kalau mata kanan maknanye nak ketawa or happy la..tp kalo mata kiri mmg nangis or unhappy...

sejak hari isnin mata aku ni dah mula mengedip dah..mata kiri lak tu...haih ati dah xtenang dibuatnye..kebetulan lak suamiku nak pergi outstation ke batu pahat..lagila hati xtenang..dok terpikir napela mata aku ni...and sgt berharap xde pape berlaku pada suami aku tu...

alkisahnye...bukan sesuatu berlaku kat suami tp sesuatu berlaku kat aku..mmg hawau betul..kete aku kena langgar hari semalam..lepas kete kena langgar terus mata behenti mengedip..mmg betulla...malas aku nk citer mcm mana perlanggaran berlaku..yg penting aku selamat..kete pun selamat..cume kena kat sportrim jek sikit..pastu ade sikit jek calar kat bumper..mmg kalo org xtgk betul2 xkan perasan...sbb calar tu sgt kecik...and sportrim tu just calar sikit..xbengkok pun..alhamdulillah..

just nak bg nasihat kat pemandu2 kategori veteren..kalo rase mata dah xbape nk nampak and kederat pun dah kurang, xyahla sibuk nak drive..kan dah menyusahkn org...xpasal2 aku dah meyumpah2 org tua semalam..nasib baik apek yg kena sumpah..xla rase bersalah sgt..hehehe

so aku nak sarankan kat korg kalo mata korang mengedip itu mmg satu isyarat akan berlaku sesuatu sama ade besar atau kecik..mungkin korg menangis sbb sakit perut jek or ade saudara jauh yg meninggal..tp terpulangla sama ade nak percay atau x...sbb aku sendiri xde penjelasan saintifik pasal ni...

Monday, May 3, 2010

Tips berpantang selepas bersalin

saje aku nak berkongsi di sini tips2 selepas bersalin..aku sendiir tak pasti sama ada aku akan follow semua yg di beri kat bawah ni tp insyaallah kalau larat mmg aku ikut semuanya supaya badan kembali seperti sedia kala... selamat membaca..

7 Tips Penjagaan Badan selepas bersalin agar anda kelihatan
ramping dan sihat.

******************************************************************

1.Bertungku

Jangan sekali-kali kita ambil mudah dengan amalan ini. Bertungku
mengecutkan batu merian supaya lemak yang berkumpul di bahagian
perut dapat dipecahkan .

Bertungku juga memecahkan darah yang membeku di dalam perut.Di
dalam islam sendiri pun amalan ini amat di galakkan kerana ia menjauhkan
perasaan murung atau tekanan jiwa.

Cara bertungku amat mudah. Batu sungai di panaskan dalam 15 minit.
Selepas itu ambil batu sungai tersebut dan letakkan ia di atas
lapisan daun mengkudu( keliling batu di tutupi daun).Balut batu
yang berlapik daun mengkudu tadi dengan lapisan kain.

Tuam di sekeliling peranakan, pinggul, buah dada dan seluruh
badan. Badan akan terasa hangat dan segar.

2.Berurut

Berurut melancarkan darah dan melegakan sendi-sendi yang sakit
semasa melahirkan bayi. Semasa proses kelahiran, kita terpaksa
meneran supaya bayi mudah keluar.

Meneran memerlukan kita untuk menolak bayi keluar dan semasa itu
kita menggunakan seluruh tenaga yang kita ada. Oleh itu selepas
bersalin badan akan terasa begitu lemah dan perlu di pulihkan
semula.

Semasa berurut badan akan terasa hangat dan bertenaga semula.
Pakailah stokin dan baju panas kerana badan cepat berasa sejuk
dan kelihatan sembap dan bengkak terutama sekali di bahagian
kaki.

3.Berbengkung atau berbarut

Berbengkung bertujuan untuk memejalkan semula otot-otot badan,
perut dan pinggul. Ia juga mengempiskan semula perut yang
menggeleber dan mengetatkan peranakan agar tidak jatuh.

Anda perlu berbarut untuk mendapatkan kembali tubuh yang lansing
kerana fizikal badan berubah semasa mengandung . Otot menjadi
kendur dan perlu di tegangkan semula agar tubuh menjadi kemas
dan lansing semula.

Berbarutlah selepas mandi pagi dan setelah di urut. Ulangi semula
pada sebelah petang selepas mandi hinggalah pagi keesokkannya.

4 Berpilis

Oleh kerana badan kita banyak kehilangan darah, kita mudah terasa
pening dan mudah terkena penyakit meroyan.

Anda boleh buat sendiri bahan berpilis .Caranya, ambil kayu manis
dan tumbuk sehingga halus. Campurkan dengan sedikit air dan di sapu
di dahi.Mudah bukan?

Kayu manis tadi boleh anda sediakan sebelum anda bersalin
kerana anda tak boleh menumbuk atau menggunakan lesung batu semasa
di dalam pantang.Di khuatiri peranakan boleh turun kerana
menggunakan tenaga dan hentakan lesung / gegaran pada badan.

5.Mandi air rebusan daun.

Air rebusan daun mengembalikan semula kesegaran urat saraf.Anda
boleh gunakan daun herba seperi sintok, daun mengkudu, serai wangi
dan daun pandan.

Anda juga boleh gunakan pek uncang cucian untuk membasuh luka
di faraj untuk di buat air mandian jika sukar untuk mendapatkan
daun - daun tersebut.

6.Minum ubat periuk

Ubat periuk atau pun air akar kayu amat baik untuk kesihatan.
Ia melancarkan perjalanan darah, menambah tenaga dan menambah
khasiat pemakanan .

Ubat periuk juga menyenangkan pembuangan air besar dan mengeluarkan
angin di dalam badan.Ia juga menambah seri muka agar muka tidak
kelihatan pucat.Sekarang telah ada ubat periuk dalam bentuk uncang
dan anda hanya perlu masak air panas dan tuangkan ke dalam uncang
seperti minum air teh.

7.Tidur dan rehat secukupnya.

Untuk mengelakkan rasa pening anda perlu dapat rehat yang
secukupnyalah. Bila bayi anda tidur anda ambillah kesempatan itu untuk berehat
atau melelapkan mata.

Ini kerana kadangkala tidur anda terganggu di waktu malam kerana
bayi yang menyusu atau bayi anda meragam.Sebolehnya dapatkanlah seorang
pembantu atau minta pasangan anda untuk membantu anda dalam tempoh
minggu pertama.

Jika anda mahu lakukan sesuatu kerana rimas rumah anda bersepah,
biarkan saja kerana rehat anda adalah lebih penting.

Tidur dan rehat yang cukup dapat mengurangkan tekanan perasaan dan
rasa terbeban dengan tanggung jawab yang semakin bertambah.

32 weeks



harini usia kandunganku masuk ke minggu 32.maknenya aku sekarang ni mengandung 8 bulan..terasa mcm cepat jek mase berlalu..mula2 aku letak entry psl pregnancy, aku baru jek 4 minggu..skrg ni lg 8 bulan aku akan melahirkan anak pertamaku..insyaallah..

selepas kawan baikku selamat melahirkna bayi lelaki yg comel, akupun harap aku akan berjaya melalui proses kelahiran ini..takut mmgla takut..dari cerita-cerita yg aku dgr rase mcm xsanggup nak melaluinye tp aku nekad..kalo org lain boleh maknenye akupun boleh...hopefully semuanya akan dipermudahkan Allah...amin..

segala barang utk aku dan baby dah pun aku siap packing..just nak blik kampung amik barut yg mak aku buat jek..yg lain2 sume dah beres..tinggal nak masuk dlm kete and vroommm..terus ke hospital (bile hari dan masanye tibe)..weekend ni kami nak survey set bersalin pulak..kalo ade yg berkenan terus jek beli..

Tido sorang...

huwargh..mlm ni kena tido sorang...suamiku terpaksa ke batu pahat atas urusan kerja..nasib sebaik satu mlm jek..kalo bermalam-malam aku ikut..hehehe..sejak dah dok same ni mmg xsyok betul kalo kena tinggal sorang2.rase xbest jek..lgi2 sbb dok umah double storey..lg la rase takut..mase dok kat apartment dulu aku xla rase takut sgt..rileks jek..

disebabkan suami kena pergi hari ni make aku mintak McDonald sbgi ganti rugi sbb kena tinggal sorg2...hehehe best x?so ptg ni balik keje je dah ade big mac dgn spicy chicken mcdeluxe atas meje..urm yum yum..

to my husband..hati2 memandu...jgn bw laju sgt sbb kete tu xbape mengancam kondisinye..jgn lupa bawa balik nasi beriani gam batu pahat ye..:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...