Monday, August 30, 2010

Biskut raya 2010

Salam...Hari ni mood sedih sebab teringatkan anak..rindunye kat die...rindu kat senyuman die. Okaylah malas nak letak entry emosi pagi-pagi ni. Kali ni aku nak kongsi biskut raya yang aku buat untuk raya kali ni.. Plan awal adalah tidak membuat biskut raya tapi last-last terpaksa buat gak... Aceli aku buat sikit-sikit jek just nak rasa..Kalau ade lagi sampai raya bolehla hidangkan kat tetamu kalau tak beli kuih la jawabnye..tapi sebab mak cik aku mintak buat biskut terpaksalah buat.. ini pun ade lagi 3 jenis aku kena buat tapi ujung minggu ni la baru buat gamaknye..

Ini namanye biskut nestum warna-warni. dapat resepi daripada majalah Keluarga..Nak resepi ke? Alamak resepi aku lupala.. majalah lak ade kat rumah mak..Insyaallah nanti aku kongsikan ye..


Yang ini pulak biskut kelapa delima..resepi biskut ni aku amik dari Cik Mat Gebu. Mintak halal copy paste resepi letak kat sini ye..


Biskut Kepala Delima
Bahan
225 g tepung jagung (cornstarch)"Brown & Polson"*
150 g tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
95 g gula aising
75 g kelapa kering, kisar halus
25 g serbuk badam
1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60g sebiji)
1/2 camca teh esev vanilla
200 g mentega (atau secukupnya)

BAHAN HIASAN :-)
Kuning telur, untuk disapu
Hirisan ceri untuk hiasan
Kelapa kering, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
1. Serbuk badam dan kelapa yang dikisar halus tadi digaul bersama2 tepung yang telah diayak. Ketepikan.
2. Dalam mixing bowl, masukkan telur, gula aising dan esen vanilla, pukul hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Peringkat ini adunan akan menjadi seakan2 serbuk roti.
3. Perlahankan speed, dan masukkan mentega sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi hingga adunan bertukar menjadi doh yang lembut dan boleh dicanai. Keluarkan doh dari mixer, bulat2kan dan tutup dengan tuala lembap.
4. Bahagikan doh tadi kepala 3 bahagian. Ambil satu bahagian dan canai diantara dua helai plastik menggunakan torak (alat penggelek) setebal 1/2 cm, terap ikut acuan kegemaran dan alihkan ke dulang pembakar. Buat hingga siap.
5. Sapu kuning telur, hias ceri potong dan tabur sedikit kelapa kering. Bakar pada suhu 175C selamat 15 - 20 minit, bergantung pada jenis oven masing2. Angkat dan alihkan biskut atas jaringan. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....

Yang ini pulak biskut Badam Rangup juga dari Cik Mat gebu...Sekali lagi mintak halal nak letak resepi kat sini...


Biskut Badam Rangup
BAHAN-BAHANNYA :-)
150 g mentega
100 g gula aising
1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji)
1/2 camca teh esen vanilla
100 g tepung gandum*
100 g tepung kastard*
75 g tepung jagung (cornstarch)*(*disatukan dan diayak)
50 g serbuk badam
50 g tepung gandum (extra)
1 kuning telur-hiasan
Badam cincang secukupnya-hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Terus memukul hingga gebu.
2. Sementara itu gaul serbuk badam bersama tepung yang telah diayak, kemudian masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega, gunakan speed perlahan. Jika adunan kelihatan terlalu lembik, masukkan sedikit lagi tepung (50 g, extra), hingga adunan tidak melekit. (Biar kan sekejap adunan...)
3. Ambil 1/3 doh tadi dan canai 1/2 cm tebal, terap dengan acuan kegemaran dan susun atas dulang pembakar, sapu kuning telur dan tabur badam cincang, tekan sedikit supaya badam melekat. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...

Yang ini biskut favourite aku sebab tetiap tahun memang buat.. biskut cornflakes.. resepi dah ade aku letak sebelum ni..boleh ambil kat sini ye


Ini namanya biskut Arab atau Crystal ball..resepi aku amik dari kak hanieliza.. Terima kasih.. Halalkan kongsi resepi kat sini ye..


Biskut Arab aka Crystal Ball
Bahan
250gm tepung gandum
125gm minyak sapi
125gm gula
Pewarna

Cara-cara membuatnya
1. Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
2. Bahagikan adunan kepada 3 warna dan masukkan warna yg berlainan saperti merah, kuning dan hijau.
3. Bentukkan adunan saperi bebola dan cantumkan 3 warna saperti dalam gambar.
4. Masukkan dalam paper-cup dan bakar dalam 180'C selama 20-25 minit.
5. Bila dah sejuk taburkan gula halus.
6. Simpan dalam balang kedap udara.

Insyaallah kalau berkesempatan aku akan kongsi lagi 3 resepi minggu depan sebelum cuti raya... tungguuuu

Friday, August 27, 2010

Buka Puasa di Restoren Nelayan

Semalam bersamaan dengan 16 ramadhan, suamiku membawa kami berbuka puasa di luar..Lokasinya adalah di Restoren Nelayan Titiwangsa.. Kami tak la pergi satu family jek tapi sekali dengan ofismate suami. Harga buffet kat sini tak lah mahal sangat. Cuma RM35 jek untuk dewasa.. Menu utamanya adalah Steamboat selain ada masakan melayu, cina, kuih-muih termasuk roti jala dan juga satay.. Untuk harga RM35 ni memang puas hati la makan steamboat die.. Ade udang galah dengan ketam. Puasla makan sampai nak termuntah sebab kenyang.. Lagipun kalau dah ambil kena habiskan sebab setiap makanan yang dibazirkan akan di charge RM 16 untuk 100 gram. Sape2 yang amik banyak sampai tak hengat dunia tu kenalah makan sampai meletup perut... ekeke. Nasib baiklah kami amik secara berhemah..itupun kenyang yang amat. Tapi dekat hanya air mineral dengan lai chi kang saje yang ade.. So memang kena beli air lain.. Air lain tu tak termasuk dalam pakej buffet tu..


Inilah steamboatnye.. Kuah die memang sedap. Marvellous.(Jaga-jaga air liur korang dah meleleh tu..hihihi)


Ini antara menu yang kami makan semalam...Ade lagi sebenarnye tapi sbb busy makan so xkesah nak amik gambar.


Anak ku semalam mmg pandai..bile time nak berbuka dah tak nak dok dalam stroller..Sebelum tu okay jek.. Terpaksalah Tok Mak pegang die..Notti tau!


Lambat lagi nak azan ni..Sempat kalau amik gambar dulu..ekekeke.(Sila abaikan saya yang gemuk tu ye!)


Angkat daripada stroller terus diam..Tengokla muka die..baik jek. baik ada makna tu..kihkihkih


Tengah melantak ketam..(Sekali lagi sila abaikan kegemukanku iteww)


Ehem..ehem..malas nak cakap lebih-lebih..hahaha


Abang aku yang dah kekenyangan..Masa ni offer ape jek kat die semua die tolak...


Inilah Ofis mate suami yang ade semalam..


Sebelum balik kite posing dulu...(Eh.nampak kurus la pulak..Pandai abang aku amik angle..:P)


mama chubby..nampak lebar jek


Anak dah tido kite pun balikla.. sebelum naik kereta amik gambar dulu..
Kami balik pukul 9 malam. Anak aku pun dah tido dah masa ni.. akupun dah ngantuk.. Sampai jek rumah terus siap2 untuk tido.. tapi malam tadi anak aku tido resah sikit.. asik nak susu jek..sampai sakit pinggang aku.. Last2 aku tak bangun pun sahur sbb terlalu ngantuk.. mak aku bagi air dengan kurma and aku makan sambil tido( eh, boleh ke?) hahaha. Esok kami nak balik segamat sebab nak hantar mak dengan anak. Next week entry aku mesti entry emosi sebab anak kat kampung.. daaaa

Thursday, August 26, 2010

Amazing Video

Terjumpa video ni masa jenguk fb kawan-kawan..wah kagumnye.Speechless aku dibuatnye.. So layan je la..



kalau korang dah tengok video ni bagila komen eh...best kan???

Anniversay

Ini memang entry yang sangat basi..kalau makanan dah kategori boleh muntah darah..ekekek. Tapi tetap nak masukkan dalam blog gak..(kesimpulannye blog suka hati aku so...)



8 Ogos 2010 genaplah usia perkahwinan aku 2 tahun..rasa macam baru jek semalam kahwin.. (bestnye kalau dapat kawen lagi..bukan dengan orang lain tapi dengan suamiku gak la). Alhamdulillah masuk tahun kedua ni dah pun dikurniakan dengan seorang NORAINI (boleh tak guna nak gantikan dengan cahaya mataku???). Sambutan memang takde tapi adela beli kek kecik yang sangat simple. Sebenarnye beli kek tu sebab aku tak dapat makan kek masa besday aku aritu...Kan tengah berpantang so suami dah janji lepas abis pantang die nak belikan kek.. Kebetulan lak memang anniversary kami so kek tu pun tulisla 'Happy 2nd year'.


betul tak aku kate kek ni simple jek???Just nak rasa jek kek ni bukan aku nak melantak kek..kang plan nak nampak kurus sikit time raya jadi gemuk sikit lak.. huhuhu.

Harapan aku semoga perkahwinan aku ini terus kekal hingga ke akhirnya.. Insyaallah.. Gaduh-gaduh suami isteri tu memang ade tapi janganlah biar sampai jadi nanah.. Luka-luka sikit tu takpe lagi.. terus tampal handiplast.. lame-lame nanti baiklah.. kalau nasib baik kesan luka pun takde..

Aku juga harap, kehidupan kami akan jadi lebih baik. Dapat beli rumah sendiri. Dapat didik anak dengan baik and Insyaallah, dapat tambah lagi bilangan ahli keluarga.(Lambat lagi kot..tunggu aku kurus dulu).

To my beloved Husband, all I can is "thanks for everything"

Apam Senyum

Dah lama tak share resepi kat sini. Lagipun memang dah lama tak memasak. Kalau masak pun masak biasa-biasa jek. Lepas berpantang aritu, aku ada buat apam senyum untuk diberi kepada rumah mak akak iparku yang buat kenduri Yasin. Apam aku ni tak semuanya senyum tapi ada jugakla yang peramah dan tersenyum..hehehe. Resepi aku dapat daripada Rokayah dari Myresepi.Mintak halal tuan punya resepi sebab kongsi resepi kat sini.



Bahan-bahan
3 biji telur
1 1/4 cawan gula
1 sudu ovallete
1 cawan air aiskrim soda
3 cawan tepung gandum

Cara penyediaannya
1. Pukul telur, gula dan ovallete hingga kembang dan gebu.
2. Masukkan air aiskrim soda dan pukul lagi.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4. Tuang adunan dalam paper cup dan kukus hingga masak.


Amboi, menggoda tak?Pagi-pagi dah kongsi makanan..Sory ek pada yang puasa tu..Petang ni boleh buat. Lepas tu makanla sampai kembung..kihkihkih

Shopping baju raya

Petang semalam lepas balik kerja terus keluar pergi Jusco (nasib baik Jusco sekentut je jaraknye). Pergi sebab nak beli baju raya untuk Kasyah. Nak keluar malam tak sesuai sebab die kecil lagi. So petang semalam bawa die test-test baju raya. Bukan beli banyak pun. Beli 3 pasang jek sebab ingat lepas ni nak pergi tengok tempat lain lak.. Lagipun Jusco kat area rumah tu tak banyak pilihan.


Inilah 3 pasang baju yang aku beli..jenama baby kiko dengan Jbaby.Since sekarang tgh sale so dptla diskaun utk overall baby kiko tu..kalau tak rasanye xberbaloi nak beli..

Dah alang-alang membeli baju husband decide utk terus beli stroller.Actually kami plan nak beli hujung tahun since anak stay kat kampung dgn mak tapi sebab minggu ni anak ade kat sini and semalam masa shopping die tido, so terus beli stroller. Kasyah sekarang dah lebih 5 kg so xlarat nak dukung die lame-lame. Lagipun petang ni kami nak pergi buka puasa kat luar..Nanti karang sape pulak dukung die time orang nak buka puasa.


Beli jenama Sweet Cherry jek..Harga tak terlalu mahal sgt. Tak sampai pun RM300.. Material die pun okay and boleh guna lama. Mase tengok yang display takde lak kelambu tapi bila bawa balik ade kelambu kat dalam kotak...Bagus!






Ini pulak gambar Kasyah pagi tadi sebelum aku pegi keje. Die memang selalu bangun pagi time sahur tapi selalunye die tido balik...Harini die tak tido sebab die poopoo... Ini muka baru lepas cebok..sebab tu nampak baik jek...Bagus anak mama..:)

Wednesday, August 25, 2010

Hotel Mania



sejak drama Hotel Mania ni disiarkan kat TV baru sekali aku terlepas tengok..itupun mase aku baru-baru bersalin aritu. So since episod pertama memang aku suke mengikuti cerita ni.. Bukannye ape ceritanye ringan jek and banyak lagu2 KRU yang lame2 boleh didengar semula..terimbas kenangan zaman sekolah dulu.

Malam tadi aku dah beria dah nak tengok Hotel Mania episod akhir..sedang syok tgk tv, anak aku nak menyusu pulak..so akupun sambil baring bagila susu kat die. alih-alih aku tengok jam dah pukul 11 malam..Eh, mane lak cerita Hotel Mania ni? Rancangan tergendala ke? Takkan sampai kul 11? Hehehe..yang sebenarnye aku dah tertido dengan anak aku..sambil die menyusu tu terus die tido..rupanye dengan aku aku sekali tido..seriusly aku xperasan pun bile masanya aku tido...huwargh xdpt tgk Hotel Mania..Tension betul.. Nasib baik ade TV3 online.tp tadi line xbape elok..so cerita tu stuck lak...hah sekali lagi xdapat nak tgk...kesian kat aku..

Xpe esok aku cuba lagi.Kali ni mesti dapat..sape yang nak tengok boleh klik sini

Tempahan Kuih Raya

Semalam lepas balik dari keje mak aku bagitau yang pak ngah aku call. Die nak minta aku buatkan 4 jenis kuih raya. kuih tu ikut suka aku nak buat kuih raya ape. Erm...aku dah ade anak ni payah sikit nak buat sbb anak aku tu kerap menyusu badan.. tapi last weekend aku dah buat dah 4 jenis biskut raya...Tak plan pun nak buat kuih tp sebab last year tak dapat buat kuih tu so tahun ni aku buat kuih yang aku teringin nak rasa jek...Resepi dengan gambar nanti aku kongsi dalam entry lain ye.

So sekarang berbelah bahagi nak terima ke tak tempahan daripada pakcik aku tu..tak terima kang rase xbest lak sbb setiap kali nak buat baju mmg aku tempah dengan mak ngah. Tengoklah ujung minggu ni kalo aku berkesempatan nak buat, aku buatla ape jenis kuih pun... kiranya inilah titik permulaan aku nak bisnes kecil-kecilan ni...aku pun ade plan nak terima tempahan brownies cheese cuma takut xsempat jek nak buat...Mula-mula ni terima tempahan daripada sedara-mara je la dulu...Okayla sebenarnye mood aku dah tercalar sejak awal pagi lg..tapi sebab malas nak bergaduh dan sakit hati, aku cerita pasal kuih raya je..

Tuesday, August 24, 2010

Jaundis

Hah, hari ni terajin nak buat entry pasal anak kena jaundis aritu. Sebelum bersalin mmg aku dah plan dah nak kasi anak susu ibu banyak2 sebab nak elakkan jaundis since nurse masa kelas antenatal tu kate kalau bayi dapat susu ibu yang cukup akan dpt elak kuning. so rasanye mmg aku kerap bai anak susu. tapi kalau nak kena tu kena jugak..

lepas bersalin hari sabtu, aku balik ke segamat hari selasa. Masa on the way balik dalam kereta tu aku dah perasan yang muka anak aku kuning sikit.mulut die pun kuning. tapi nak sedapkan ati aku just biar je la since kuning die tak la menyerlah sangat. sampai jek rumah mak, terasa lak badan anak aku tu panas sikit..since tak nak amik risiko, kami terus pi klinik. doktor kat klinik tu ckp anak aku okay and tak demam pun. kuning pun sikit jek. so xperlu risau..okla bila doktor cakap mcm tu.

hari rabu pagi ade nurse dtg ke rumah.seriusly nurse tu sgtla annoying. mmg bengkek jek aku tgk muke die.lgsg xcek aku. buat kerja pun ala kadar jek. die kate anak aku ade kuning sikit so die soh kami pergi klinik kesihatan besar sikit utk cek kuning. Aceli pagi tu, my mother in law pun dah suruh pergi sbb die kate anak aku kuning.(mak mertua ku adalah seorang sister di hospital segamat). so kul 2 tu kami pergi cek kuning and sgtla terkejut sbb kuning anak tinggi giler. 23 bacaan die mase tu..bacaan yang ok adalah 5-7 saje. selalunye kalau tinggi pun xla lebih 19. hati suami dah risau sbb bile kuning tinggi sgt boleh efek otak. kami terus pergi wad emergency hospital segamat and doktor kate anak aku kena kuning yang tinggi sbb benjol kat kepala die kesan vacum masa lahir.

Lepas doktor cek, mak mertuaku terus bawa anak aku pegi wad icu kanak2 and di situlah bermulanya penderitaan anak aku (saje jek guna perkataan penderitaan tu..macam dramatik sikit..hahaha). anak aku kena masuk air, diletakkan di bawah lampu fototerapi atas dan bawah dan dibiarkan tanpa tilam dlm kotak baby tu..kesiannye..bile die bergerak-gerak boleh dgr bunyi kaki, tangan or kepala berlaga dgn kotak tu..sayu sgt. tp xleh nak buat ape..terpaksa..since anak aku diletakkan dlm icu, aku terpksa stay kat wad lain. and every 2 hours aku kena berulang ke wad anak utk bagi susu.


Sangat sayu bila tgk gambar ni...mama harap kasyah tak akan jadi macam ni lagi..




Inilah rupa die mase lampu di pasangkan...xsampai hati aku nak biarkan die macam tu... habis kulit die mengelupas...

walaupun aku baru lepas pantang tp aku gagahkan diri utk menapak ke wad anak just utk bagi susu. mase tu setiap kali tgk anak mesti sebak sbb kesian tgk keadaan die yg xberbaju dan tidak bertilam.lagipun aku kena berhati-hati dengan drip yang dipasang pada tangan anak...(sampai sekarang kesan drip tu ade lagi). ade lebih 7 kesan cucuk pade setiap tgn anak..sedih tau..kite yang besar ni bile kena cucuk pun terasa sakitnye inikan pula budak baru berapa hari.lepas dah penuh kat tgn diorg letak kat kaki lak..haduiii..Emosi aku betul2 terganggu waktu tu..sepupu aku bagi petua utk turunkan kuning dgn bagi air sengkuang cina..berusahalah suami pergi cari dan perah sengkuang cina utk dptkan airnye.. alhamdulillah lepas bagi air tu kuning anak turun kepada 15...mase tu dah happy dah...and lepas kuning die turun kpd 15 barulah die diberikan tilam.

2 malam terpksa tido seorang kat wad, malam ketiga aku dipindahkan ke wad kanak2 and kami dpt tido same2..bahagianya. selepas 3 malam tido kat sepital, kami dibenarkan pulang tapi doktor ckp kuning anak aku takkan hilang selagi benjol kat kepala die tak hilang. so rasenye dalam masa sebulan barulah kuning anak aku hilang...masa dlm pantang ni aku terpaksa berulang ke klinik (jarak klinik tu 25km) utk cek kuning anak.since suami dah mula bekerja, aku sendiri yang drive kereta ke klinik...itulah namanye pengorbanan kan...

sekarang ni anak aku dalam keadaan yang baik..berat pun dah lebih 5kg..dah pandai ketawa..suke tgk muka die bile ketawa.hopefully lepas ni keadaan die akan terus baik..Insyaallah..

Friday, August 20, 2010

Hari gembira!

Aceli nak post pasal anak kena jaundis tapi xde feel lak..

Hari gembira???Sebab hari ni hari jumaat.Hari last keje.Esok cuti so ptg ni balik kampung jumpa anak..wahhh happy!Dah terlalu rindu dah dgn anak walaupun baru 3 mlm xjumpe..

Mood hari ni : Happy!!!

Thursday, August 19, 2010

Kerana die seorang MUSLIM

Skip dulu cerita pasal anak ye...Pagi tadi aku cek email dan aku dapat satu email yang membuat aku terfikir betapa dunia sekarang ini tidak adil... just scroll down and you will know what i mean.


Double standards of the modern world!

Rasulullah (sallAllahu alayhi wasalam) bersabda:
Islam bermula sebagai sesuatu yang asing
dan akan kembali menjadi asing sebagaimana permulaannya,
jadi berilah khabar gembira kepada orang asing itu!”

(Sahih Muslim, #145)









Kasyah Afham Fahimi

saje nak kongsi gambar anak kat sini..inilah permata hatiku...


Amboi sukenye die..


hikhikhik


tembam tak saya?


tengok ape tu?


mama amik gambar saya la..

Manusia Akhir Zaman

Seriously, hati aku makin sakit, makin pedih, makin kecewa dengan kejadian buang bayi yang nampak macam tiada kesudahan. setiap hari especially dlm bulan ramadan ni ade je kes baru yang dilaporkan. sedihnye aku dengan manusia-manusia yang kosong hati dan jiwanya... marahnye aku pada mereka yang tidak tahu membezakan anak dengan sampah. sayunya hati aku melihat bayi yang sungguh indah ciptaan-Nya itu dibuang macam bangkai...

Memang aku emosi pagi-pagi ni...bukak je paper, itu je storynye.sana sini orang buang bayi macam dah jadi trend lak.dah la tu sekarang ni kita berada dalam bulan yang paling mulia.bulan yang menjanjikan seribu satu nikmat dan pahala.kenapa jadi macam ni? seolah-olah macam kalau korang beranak and baby tu korang jaga, x rock la jadinye.. x moden la jawabnye. kalau buang bayi tu cool sgt je..ish benci betul aku dengan manusia-manusia macam ni..ooppss layak ke kite panggil mereka ni manusia lagi???atau mungkin mereka tu dah menjalani satu revolusi yang menjadikan minda mereka serendah dan setaraf dengan binatang..or mungkin lebih hina lagi daripada binatang? sehinggakan mereka tu tidak layak lagi utk same2 tinggal di bumi Allah ini kerana terlalu hina. Harap maklum bahawa di bumi ini hanya untuk mereka yang layak sahaja ye...

kadang-kadang aku hairan, tidak sayangkah mereka pada kurniaan tuhan yang paling indah tu?tidak tersentuhkah hati mereka memandang wajah comel yang tentunya menjanjikan seribu kebahagiaan itu? tidak tercuitkah mereka dengan tubuh kecil yang tentunya lahir dari badan kita sendiri? tidakkah mereka rasa semua itu? mana hilangnye hati dan perasaan mereka? Nauzubillah kalau itu terjadi pada aku..

Dulu aku mmg xfaham perasaan seorang ibu tapi kini aku mengerti perasaan semulajadi yang lahir seiring lahirnya anak ke dunia. terlalu indah untuk digambarkan perasaan itu. Seorang bayi comel akhirnye berada dalam dakapan kite. indahkan perasaan itu. Sebagai manusia yang normal pastinya akan sayang pada anak yang lahir itu. Ye, aku memang sayang sangat pada anakku. dan aku mungkin boleh jadi sasau kalau aku kehilangan anakku itu (minta dijauhkan).Jadi aku harap selepas ini fikirla dulu sebelum membuang bayi yang tidak berdosa itu. renunglah mukanya kerana di situ tersembunyi kenikmatan yang pasti.jangan letakkan diri anda lebih rendah dari haiwan.

Ya Allah, harapanku semoga tiada lagi manusia yang sanggup membuang bayi sendiri. Aku terlalu sedih perkara ini terjadi!

Wednesday, August 18, 2010

Saat-saat kelahiran..

meh la aku cerita saat-saat melahirkan anak aku..kang kalo di tangguh-tangguh banyak lak yang terbengkalai...Ingat tak sebelum ni aku cerita aku dah start rase sakit macam senggugut..well itulah rupanya tanda awal aku nak bersalin.. malam sabtu tu dalam kul 2 pagi aku terjaga dari tido sbb rasa sakit nak buang air..lepas bunag air tiba2 aku nampak ade setompok darah bersama lendir keluar..aku dah start panik sbb macam tak percaya seawal tu..aku terus kejut suami tapi die kate esok pagi je la kite pergi..akupun ok jek sbb sakitnye xla terlalu sakit...tapi kalo dtg contraction tu xsenang baring gak aku..last2 suami ajak tgk bola since dah xboleh tido..


sempat lagi pose sebelum gerak pegi sepital

pukul 5 pagi kami terus ke hospital serdang..bile doktor cek, baru bukak 1 cm and die suruh balik dulu..sebelum balik tu sempat lagi pegi ofis suami amik surat GL..sampai rumah pukul 9 pagi contraction aku dah makin kuat.sampai nak mengalir air mata.mak aku pun dah start risau..aku lak nak sarapan pun dah xlalu.tunggu suami aku habis makan, kul 10 kami dah sampai semula ke hospital..doktor cek baru bukak 2 cm.tapi aku dah rase sakit yang kuat and contraction pun dah makin kerap.dtg lak doktor lain cek dah bukak 3 cm..lepas tu terus die pecahkan air ketuban and terus buka 4cm..bile dah bukak 4 cm tu apalagi labour room daa..

aku masuk labour room dalam kul 11.50.cek lagi dah 5cm..sakitnye mase tu toksah cakapla..mmg terbaik..rase macam nak tarik segala apa yang boleh ditarik..sakit gila (kalo ingat sakit contraction tu rase macam serik..hehehe).datang lak misi cek dah bukak 8cm and tibe2 doktor and misi masuk beramai-ramai (tak kire ade berapa org) terus suruh aku push kalau sakit..aku lak macam terpinga-pinga sbb xpercaya dah nak bersalin. tiga kali aku meneran still xberjaya..terus doktor tu ckp nak kena vacum. suami aku yang meneman aku mase tu terpaksa keluar and atas bantuan vacum..pooop, alhamdulillah aku selamat melahirkan seorang baby boy..lega...dalam surat beranak anak aku bersalin jam 12.48 tghari...

selesai proses bersalin and anak aku di bawa lari nurse (untuk dibersihkan) bermulalah sesi jahit-menjahit..seriusly, xla sesakit mane sbb aku rase contraction tu lagi sakit..bile doktor tu tgh jahit aku, aku pun borak-borakla dengan die.lame gakla die jahit aku.sejam ade rasenye.lepas jahit, nurse bagi aku minum air milo...ahh lega sbb aku mmg dah lapar.mase tu air milo tawar pun jadi sedap..hihihi

malam tu aku terpaksa stay hospital.mencabar betul malam pertama dengan anak tanpa bantuan sesiapa..nasib baik anak aku xbyk hal..just menangis nak susu jek.seriusly pengalaman pertama menyusukan anak memang amazing...seronok tgk muka anak beria-ia hisap susu ibu.wonderful.


selepas dilahirkan


sehari kemudian

itulah serba sedikit cerita mase aku melahirkan anak aku yang pertama.nak cerita details kang xmuat lak blog aku ni..alhamdulillah semuanya selamat..kalau rajin aku cerita lak pengalaman mase anak aku jaundis nnti..daaa

Kembali Bekerja..

Assalamualaikum...

dah lame xupdate blog..rindu nak update sbb byk sgt benda yg nak diceritakan but I don't even know where to start.Officially today aku start keje...erm..xbyk yang perlu dibuat since scholarship dah hampir smpi peringkat akhir..feeling?? not in the mood..sbb anak xde di sisi..sekarang ni anak kat kampung di bawah jagaan mak aku...sedih sangat sbb terpaksa tinggalkan anak..but life must go on..(ceh..tapi dlm hati menangis)

ape benda yang aku nak mulakan ek???saat nak bersalin?selepas bersalin?anak masuk sepital?perkembangan anak?cerita berpantang?.haih banyak benda nak kongsi...tapi skrg ni mood tu macam xberapa marila...sbb terlalu ingat kat anak..tengokla kalau petang karang mood rajin datang ke...

meh aku cerita perjalanan aku balik dari segamat semalam..fuhh memang syahdu..sebeum gerak aku dah menagis beria-ia sbb sedih..mak aku pun tumpang sekali...tapi anak aku rilek je..ye la xfaham lagi..so sepanjang jalan mmg aku sedih sangat..kejap2 menagis..kejap2 menangis.bile dah sampai KL lagila teruk aku menagis..suami belanja makan KFC mase berbuka kononnye nak hiburkan hati tapi aku tetap sebak sbb dah seminggu buka puasa dengan anak..huhuhu...malam tadi pun aku xleh tido..asik terjaga sbb dah 2 bulan ni tido aku xlena sbb anak menangis nak susu.tapi malam tadi aku terjaga macam selalu...bezanya anak xde kat sebelah..wah syahdunye...

sekarang ni kat ofis masih lagi sedih..bile igt jek kat anak terus sebak tapi terpaksa la tahan sbb xkan nak melalak kat ofis pulak..tahan sampai rumahla jawabnye..hahaha..

okla..karang kalo ade mood aku update lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...