Thursday, September 30, 2010

Taska..

Semalam petang lepas kerja, kami telah pergi ke Taska Vonad untuk survey tempat dan berbincang tentang penghantaran anak kami ke taska.. Kami sampai pukul 5.30 dan nasib baik tuan punya taska pun sampai..So tak payahlah kami nak kena tunggu lama..

Kami di bawa mengelilingi taska tu and so far aku tengok ok. Taska ni tak sediakan buai sebab JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) tak benarkan. Bile aku borak-borak dengan pemilik taska tu, rupa-rupanya die adalah pesara daripada JKM. Nama die Hajah Salimah. Selain ada taska, Hajah Salimah ni juga menguruskan pusat latihan untuk pengasuh kanak-kanak. So semua pengasuh yang ada kat taska tu perlu training dulu kat training center die.. Pengasuh kat sini ada 8 orang...and setiap pengasuh jaga 5 orang budak...

Setelah berbincang dan berdiskusi, kami pun setuju nak hantar Kasyah kat sini. Semalam pun kami dah bayar duit pendaftaran dan segala macam yuran yang ada.. Hopefully Kasyah okay stay kat sini tapi aku risau gak sebab Kasyah memang jenis senang nak tejaga kalau terganggu..Dengar suara orang bercakap pun die boleh bangun.. Mintak-mintak pengasuh kat sini dapat jaga anak aku dengan baik. Lagipun bayaran kat sini agak mahal nak dibandingkan dengan taska lain. Tapi sebab nak taska yang ada lesen JKM so kami pilihlah taska ni.. Kalau nak tahu pasal pusat latihan asuhan kanak-kanak boleh klik sini

Wednesday, September 29, 2010

Lunch di Kirishima Restaurant

Lunch hari ni special sikit sebab kami dak-dak ofis pakat2 pergi makan kat Kirishima Japanese Restaurant... Memang kat sinilah port officer2 pergi makan sebab dekat je dengan ofis... Kami lak makan kat sini 3 bulan sekali bolehlah sebab harga makanannye tak murah macam makan nasi berlauk..(of course la kan). Aku memang suka makan Japanese food kat sini sebab sedap...Kalau nak rasa bolehlah ke Kirishima restaurant yang terletak kat Duo Residency, sebelah Singapore Embasssy kat Jalan Tun Razak. Berbaloi..

Ni menu ofismate aku.. Saba Steak and Tempura Set... Dalam set ni ada salad, chawan mushi, pickles, nasi, mackerel yang dimasak kicap (serius sedap), tempura (udang dan sayur2) dan miso sup.

Yang ni lak menu aku Ten Zaru Soba.. Mee soba yang dihidangkan dengan kuah kicap tapi dihidangkan sejuk.. Kat bawah mee tu adalah ais ye..And ada juga tempura...Aku malas nak order set sebab banyak sangat..nanti terlebih kenyang..yang ni pun dah senak perut..hehehe

posing dulu sebab makanan belum sampai.

gambar ni sebenarnye mengadap cermin tau...kreatif tak???

comelnye aku...(hahahah, ayat tak boleh blah)

Kat sebelah restaurant Jepun ni ada restaurant Delicious..Makanan kat sini lebih kurang jek harganya dengan Kirishima..tapi memang tersangatlah deliciousnye..nanti kalau ade duit lebih (jarang ada lebih) bolehlah makan kat delicious pulak..

Tiba-tiba hilang????

Misteri tak tajuk???

Bukan nak cerita pasal benda hilang ke atau orang hilang tapi pasal webpage hilang... Seriusly aku nak mintak maaf sangat kalau ada blog yang aku tak dapat buat kunjungan balas.. Bukan tak nak pergi blog anda tapi macam ada sekatan... Kalau aku klik akan keluar satu mini page yang kate ada error dan lepas tu pooff terus hilang... Bukan blog yang error tu hilang tapi dengan blog aku dengan facebook aku email aku semuala hilang...

Disebabkan kejadian yang tak diingini ini berlaku (hihihi, ayat tak boleh blah) telah merencatkan aktiviti blog walking aku... Sungguh aku tak suka dengan perkembangan ini... Tapi aku perasan ini akan terjadi pada blog-blog yang berat nak loading dan ada macam2 widget pelik (sebenarnye canggih).. Kalau blog yang simple mesti takde masalah nak masuk... Aku tak taula kalau orang lain akan ada masalah sama macam aku ni... Tapi yang pastinye ofis aku ada pasang satu security system yang akupun tak pasti ape kebendanya tapi system ni selalu sekat sumthing yang die rasa tak meyakinkan.. Kadang-kadang website government pun tak leh bukak...Keluarlah tulisan Jepun yang aku tak tau maknanye tu..(aku cuma faham error jek sebab error tu die tulis English..hehehe)

So pada kawan-kawan yang datang blog aku, sorry sangat kalau aku tak jenguh anda balik.. Tapi walau macam manapun aku akan usahakan jugak untuk singgah blog anda.. Walaupun itu bermakna aku cuma boleh bukak one page pada satu masa tapi aku rela...Insyaallah aku balas kunjungan anda cuma lambat atau cepat jek...

p/s: Kat rumah takde komputer (dah jahanam sebenarnye) so cuma boleh bw bile time keje jek...

Tuesday, September 28, 2010

Pot Luck!

Lunch time semalam, aku dengan ofismate (lain department) telah berjaya buat pot luck aka makan suka-suka..Ni first time buat ni...Menu macam-macam ada (eh dah macam astro lak). Ada roti jala dengan kari daging, bihun goreng, sotong paprik dan daging masak merah, kek coklat, kek keju jepun dengan topping strawbery dan kuih raya..

Aku just bawa air dengan kuih raya jek sebab aku tak dapat nak masak-masak since dapur dah bungkus..So semalam memang puasla makan..kenyang!

Sambil susun makanan kena peace dulu..hehehe

sebelum makan..say cheeseee!

Amboi sukanya...mentang2 makanan banyak!

Dah abis makan kena posing lagi...

Menu semalam..alamak ade yang tak nampak la...

Manalah tahu kalau ada rezeki lepas ni boleh buat lagi..masa tu insyaallah aku bolehlah masak pape yang simple...

Saya suka!

Entry ni oleh Kasyah

Saya suka weekend sebab mama dengan papa balik..Mama dengan papa suka main dengan saya..Saya selalu ketawa bila mama dan papa agah saya..Jom tengok aksi saya..

mama selalu geram dengan saya sebab bile mama sua camera pada saya, saya akan berhenti senyum..hihihi

senyumlah sikit..nanti mama bisingla...

Papa janganlah geletek saya..saya geli..

Hahaha..hahaha..mama agah saya..Saya sukaaaaa

mama geletek saya eh?Kenapa saya ketawa beria-ia ni?

Sekian saja dari saya..

Monday, September 27, 2010

Majlis Cukur Jambul Kasyah

Hari sabtu yang lepas dah berlangsung majlis cukur jambul untuk Kasyah.. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. Menu hari tu nasi minyak, gulai daging, ayam masak merah, acar, popia dan dadih.. Semuanya disediakan oleh atok suami dari Terengganu. Majlis bermula jam 9 malam sekali dengan marhaban. Nasib baiklah Kasyah tak meragam masa tu... tapi setakat ni die memang jarang sangat meragam kecuali nak susu..

masa ni petang sebelum majlis. Adik ipar bersama kawannya dan juga sepupu sedang ikat bunga telur.. suami pula melayan Kasyah yang sibuk nak meniarap...

Yang ni masa cukur jambul...


Ini cikgu sekolah aku masa tingkatan 2 dan 3 dulu..Die ajar sejarah.Sampai sekarang die tak pernah lupa kat aku...Cikgu nilah yang paling banyak kena pau dengan aku...Asal nampak jek muka die kat sekolah, aku mintak duit (utk pelbagai benda)... Tapi cikgu tak pernah tak bagi duit kat aku..(Nakal betul aku dulu..hikhikhik).. Thanks Cikgu Nordin..Saya akan sentiasa ingat cikgu! (izan, jeles tak???)

Tengok tu sikit pun tak menguit..sangat behave...

Itu je lah..takde mood la nak story lebih-lebih.(malas sebenarnye)

Takut

Sejak membaca akhbar hujung minggu lepas, rasa takut makin membuak-buak dalam hati aku..Ye, memang aku takut tapi aku terpaksa. Minggu lepas sahaja ada 3 kes berlaku (yang aku baca). Kes apa? Kes bayi mati di pusat asuhan kanak-kanak. Satu di Seremban (kalau tak silap aku), satu di Putrajaya dan satu lagi di Johor Bahru...Puncanya simple je iaitu tersedak susu...Susu pun boleh buat bayi mati...Alahai...luruh hati aku sebaik mengetahui kes-kes yang berlaku...Aku jadi phobia tapi pada masa yang sama aku perlu hantar anak aku ke nursery..

Plannye, sebaik sahaja aku pindah rumah ke Putrajaya, aku akan terus bawa anak aku tinggal dengan aku dan pilihannya tentulah nursery yang jaga. Bukan aku tak percaya lagi dengan mak aku tapi aku tak tahan menanggung rindu pada dia.. Lagipun kos untuk aku berulang-alik ke kampung mencecah RM500 sebulan. Itupun hanya kos petrol dan tol sahaja...Belum masuk bab susu dan pampers dan juga sedikit duit untuk mak aku...kalau dikira memang aku tak makan sebulan sebab duit yang tinggal untuk bayar hutang dan isi minyak pergi kerja...

Tapi bila berlaku kejadian-kejadian seperti ini hati aku jadi tak tenang. Mak dengan Abah pun dah suarakan kebimbangan diorang. Tapi aku kena juga bawa anak aku tinggal dengan aku...Aku tak nak sampai satu tahap anak aku dah tak mahu dengan aku...Itu tak boleh berlaku.

Kebetulan pula, kawan sepejabat suami juga menerima nasib yang sama..Cuma anaknya masih hidup tapi disahkan ada darah beku dalam otaknye kerana terhantuk..huihhh...risaunya aku..Tapi apa pilihan yang aku ada.????

Mahu tak mahu aku perlu tawakal sahaja pada Allah..Aku berdoa moga-moga kejadian seumpama itu tidak berlaku terhadap anak aku mahupun anak orang lain..Tapi aku masih takut!

Saturday, September 25, 2010

Topsyturvymum First Lucky Draw

terajin nak join lucky draw ni...lucky draw oleh topsyturvymum...kalau berminat lek klik link kat bawah ni
TOPSYTURVYMUM FIRST LUCKY DRAW!
INI HADIAHNYERR..
TENG TENG TENG!
Click on above image to view full picture
16 Pc Dinner Set
Email to a Friend
Be the first to review this product

Product Information
4 Dinner Plates, 4 Bread &
Butter Plates, 4 Soup / Cereal Bowls,
4 Stoneware Mugs

Additional Information
Item Code 1065856
Weight 4,275g
Category Dinnerware
Pattern Geometric

Product Description
Corelle Dinnerware range is break, chip, scratch and stain resistant. Its made from a unique material called Vitrelle which compresses two layers of different glass compositions, so it's incredibly tough. It's microwave. Dishwasher and oven safe.

Syarat-syarat penyertaan:
1. Anda adalah seorang blogger. (InshaAllah lain kali aku buat lucky draw utk blogger dan reader pulak ye)
2. Beralamat/mempunyai alamat di Malaysia.(Bermakna yang berada di luar negara juga boleh menyertai kalau ada alamat di Malaysia.)
3. Penyertaan mesti dibuat di dalam bentuk entry secara STICKY POST(Tutorial utk sticky post klik SINI) di blog anda. Caranya, copy je la entry ni.(1 profile cuma layak masuk satu penyertaan sahaja.)
4. Setelah siap buat entry, sila hantar link penyertaan anda di ruangan komen entry ini. (Nanti aku masukkan link blog anda kat entry ni)
5. Tarikh tutupnya adalah bila-bila masa sahaja dalam minggu ni(Sebelum Isnin depan 04/10/2010). Aku akan buat entry kalau dah tutup. Bila dah tutup, maka boleh hilangkan sticky post tu.
6. Pemenang akan dipilih DI SINI.


TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI
TUAH ANDA SIAPA YANG TAHU

Friday, September 24, 2010

Jom Pergi Jepun!

Tahukah anda AirAsia sudah mengorak langkah lebih jauh dalam perkhidmatannya?..Destinasi terbaru AirAsia adalah JEPUN! Menarik kan? Sebelum ni kalau nak pergi Jepun, air ticket untuk one way adalah RM2000++ sekarang hanya RM99 sahaja.. Kena rebut peluang ni...



Akupun berminat gak nak pergi Jepun..Nama jek keje Embassy Japan tapi peluang nak pergi Jepun memang takde kecuali pergi guna duit sendiri..Tapi masalahnye, kos untuk jalan-jalan kat Jepun ni tersangatla mahal..Tahukah anda Tokyo telahpun disenaraikan sebagai bandar paling mahal di dunia??? Sekilo beras pun dah mencecah Rm30..belum benda lain lagi...Kalau setakat nak bayar tiket AirAsia tu memangla takde masalah...So punahlah impian aku nak pergi Jepun...Kecuali tiba-tiba aku dapat B.E bertimpa-timpa or boleh cash out nuffnang sampai beribu sebulan..(Mimpi di hari hujan la jawabnya)

Kalau anda nak rebut tawaran AirAsia ni bolehlah klik AirAsia ni...

Floor lamp

Tiba-tiba aku rasa minat lak nak beli lampu lantai@floor lamp. Gara-gara rumah baru tu apartment so aku rasa floor lamp sgt ideal untuk diletakkan di sudut ruang tamu. Belek-belek punya belek (dalam internet dan catalog IKEA) ada a few floor lamp yang aku rasa okay..Gambar aku curi dari website ini

Lampu ni macam menarik kan?Warna hitam memang menjadi pilihan aku since tema rumah aku merah hitam putih (tapi sofa warna coklat..tak kena langsung).. nampak moden tapi tak tahulah sesuai ke tak dengan cabinet tv kat rumah tu.

Sangat suka lampu ni...design yang menarik..moden kontemporari tapi tak terlalu studio style macam yang atas tu...menjadi pilihan aku yang paling aku suka setakat ni...i likeeee

Yang ni pun aku suka gak..And aku rasa design yang ni paling cocok dengan theme rumah aku...kalau dapat yang ni memang puas hati...:)

Lampu ni nampak macam rak kan?seolah-olah lmapu tu di susun atas rak..(ye jek aku ni...).Nampak macam pokok lampu pun ye juga..Kena dah kalau nak letak kat rumah..(semuanya kena..ekekeke)

Tapi semua lampu yang aku mention kat atas tu bukan buatan Malaysia..harga pun dalam dolar...kalau convert dalam ringgit Malaysia dah boleh beli set sofa moden dari courts..hehehe. Punahlah impian aku..So setelah dibelek-belek akhirnya lampu IKEA ni jek yang boleh dibeli...
Harga pun murah..Rm40 jek.Tapi nak kena berhati-hati la sebab material keliling tu kertas jek..Tapi kira oklah kan dengan harga tu aku dah dapat lampu yang boleh tahan moden ni..Kalau kertas die koyak aku boleh ganti dengan kain sifon yang jarang tu..hehehe..aku kan kreatif..Kalau tak kreatif takdelah aku jahit langsir sendiri..ahaks (jahit langsir bodoh2 pun banggo)..

Next week sebelum pindah kena paksa suami pergi IKEA untuk beli lampu ni..sebelum kehabisan stock..

Kasyah beraya

Saje nak letak lagi gambar Kasyah dengan mama masa raya aritu... Fokus pada Kasyah ye..abaikan mama die..hihihi

saya suka orang ambil gambar saya

mama ni overla

saya nak kamera tu...

malas la nak senyum..saya pandang je ye

Kacau la saya nak main air liur ni...hehehe

Petang ni seperti biasa aku akan balik kampung jenguk anak..Esok ada majlis cukur jambul untuk Kasyah. Buat kat rumah mak mertua aku.. Insyaallah next week aku share cerita pasal majlis ni. Itupun kalau ada gambar..Takut nanti tak dan nak amik gambar. Lagipun majlis ni majlis orang lelaki.Takkan aku tibe-tibe nak tercongok kat depan diorg amik gambar..Kalau majlis perempuan memang aku selamba jek..Enjoy je la gambar Kasyah tu..

Bila nak dapat B.E????

Sana sini bloggers dok sibuk pasal B.E ni...Buka blog orang ni, cerita dapat B.E.. Buka blog orang tu, dapat B.E.. Senang cerita dalam 10 blog yang aku jenguk, 8 akan dapat B.E...

Camne agaknye nak dapat B.E ni ek? Base pada apa? Jeles gak bile orang lain dah mula nampak hasil daripada blogging.. Aku jeles je ye tapi bukan dengki tau.. Itu rezeki masing-masing. Pada aku kalau aku tak dapat lagi tu maknanya belum rezeki aku.. Manalah tau lepas ni tiba-tiba jek blog aku ni berjaya (ceh berangan!) and aku pun akan dapat B.E

Tapi aku takdelah mengharap sangat. Kalau orang nak kasi, aku terima. Tapi kalau orang tak nak bagi takkan nak paksa..Betul tak?

Buat masa sekarang ni, aku bermimpi jela di siang hari yang hujan...

Mari Tonton Filem Magika

Malam tadi aku telah berjaya menonton filem Magika yang ditunggu-tunggu. Hah, mesti anda nak tau best ke tak filem ni kan???? Ini adalah review aku ye..Diulang review aku..Pada aku filem Magika ni enjoy...feel tengok filem ni happy jek..Sebabnye???

Yang pertama ada Ziana Zain (aku peminat mati keras die). Suka tengok lakonan Kak Ziana dalam filem ni..Annoying betul tapi best tau...

Yang kedua sebab ini filem muzikal so banyak lagu..terasa macam tengok teater muzikal P Ramlee dengan Gamat dulu..Lagu-lagu dalam filem ni catchy...seronok jek dengar..Aku paling suka lagu ala-ala rock yang dinyanyikan oleh Kak Ziana, Mawi, Diana dgn Fimie..layannn...Lagu 'Mana nak lari' pun best...

Yang ketiga watak-watak dalam filem ni kelakar dan pelik..Cuba korang bayangkan, Hang Tuah cakap utara..ada ka patut! Lepas tu, Puteri Gunung Ledang, hodoh dan gemuk.. tapi dialog Sabri Yunus memang kelakar..kihkihkih

Okaylah malas aku nak cerita lebih-lebih..Anda tengoklah sendiri..Kang kalau aku bagitau semua, takde feel pulak bila anda tengok filem ni nanti..Bagi aku filem Magika ni memang MAGIC...Kat sini ada trailer Magika..Kalau tak pernah tengok or tau pasal filem ni, boleh tengok trailer ni..Layannnn!


*ps: ini pendapat aku..Aku suka filem ni..Lain orang lain pandangan..tengok dulu baru tau!

Thursday, September 23, 2010

Japanese Tea Ceremony

Petang semalam, aku join satu upacara iaitu Japanese Tea Ceremony. Kalau anda tak tahu, orang Jepun ni memang kaya dengan budaya. Upacara minum teh ni juga merupakan salah satu art ataupun culture yang terkenal. Since bos yang suruh aku join and kebetulan akupun takde kerja, so akupun menyibukla kat situ..Ceremony ni kat ofis jek so memang takde hal lah kalau aku join.

Sebelum upacara dimulakan, emcee majlis menceritakan serba sedikit tentang sejarah tea ceremony ni. Asalnya teh ni di bawa dari China pada kurun ke-12, tapi hanya dimulakan as ceremony pad kurun ke14..Pada asalnya untuk samurai menenangkan diri..bla bla bla..erm panjangla nak cerita...google sendiri je la..hikhikhik. Tea ceremony memang banyak step and protokol. Setiap step tu ade reasonnye..Aku yang tengok pun confius..

Tukang buat teh tgk demo lo ni cara-cara buat tea mengikut adat..

Lepas teh siap, bagi tetamu minum..Nak minum pun ada cara..bukan hirup suka-suka..last hirup tu kena ada bunyi slurpp untuk menunjukkan appreciation..Kalau takde bunyi maknanye tak hormat tuan rumah and tak suka teh tu..

Selesai upacara, kami diberi peluang merasa Japanese tea ataupun dalam bahasa Jepun ochaa.Seriusly teh ni pahit tau..Sebelum minum tu kami diberi manisan supaya tekak tak terkejut minum air teh yang pahit..Maniskan mulut dulu..

Aku rasa dalam ramai-ramai aku sorang jek yang tak abiskan teh tu sebab pahit...dah la panas.aku hirup-hirup teh tu mcm tak habis-habis jek...sampai muka berkerut nak habiskan teh tu..hihihihi..Last-last emcee tu kata takpe kalau tak boleh abiskan..Die dah ckp macam tu akupun sengih sambil letak balik bowl tu...

Gambar kenangan dengan emcee tea ceremony..yang baju hitam tu ofismate aku..selekeh betul aku dlm gambar ni..maklumla dah nak balik...mekap sume dah hilang dah..hahaha

Sape nak hadiah free???

Setelah di tag oleh Nur Irwani, aku yang rajin-rajin malas ni pun join le contest/give away ni..Syarat-syarat peraturan mudah saja..boleh klik di sini


Hadiah adalah misteri..wah dah macam rancangan misteri nusantara dah... Tarikh tutup adalah pada 1 October 2010...

Okaylah syaratnye kena tag 3 orang maka aku nak tag
Intan/Nora
Nusha
Fizah

Manalah tahu ada rezeki aku menang give away ni..Insyaallah..amin

Nak Halau Orang Malaysia????

Ini lagi satu benda yang buat aku menyampah...Apalagi kalau bukan isu kumpulan BENDERA koyak (aku tambah sendiri) yang terdiri daripada orang-orang yang tak habis sekolah. Sebelum raya lagi diorang ni tak abis-abis mengganggu Kedutaan Malaysia kat Indonesia sana.. Selama ni aku geram gak cuma aku biar jek..Nak gak aku mencarut dalam blog ni tapi takpe..biarlah diorang.. Cuma kali ni aku jadi tak boleh tahan.. Nak kena gak mencarut pasal diorang ni dalam blog..

Dalam paper harini melaporkan yang sekali lagi geng Ganyang Malaysia ni buat kacau kat Kedutaan Malaysia. Kononnya nak suruh Duta kita ke sana balik semula ke Malaysia.. Lepas tu diorang nak halau semua rakyat Malaysia yang ada kat sana balik ke sini.. Ceh, cakap tak guna otak tapi guna bontot. Korang ingat kitorang kat sini heran sangat agaknya dengan korang tu...Tapi yang pasti orang-orang korang tu memang jakun dengan orang sini, jakun dengan negara ni..Kitorang datang sana melancong..korang datang sini merempat mintak keje. itupun tak sedar diri lagi. Kitorang dah baik hati bagi korang keje kat sini patutnye korang bersyukurlah ade gak korang rezeki..Ini tak, korang nak buat pulak kitorang ni musuh. Cuba korang pulak bayangkan kalau kitorang kat sini halau pulak orang korang balik negara korang tu..Nak????Mkitorang rasa korang lak yang akan berperang sesama sendiri sebab memang berjuta rakyat korang tu yang lagi suka duduk kat sini daripada layan orang-orang gila tak waras macam korang.

Petikan utusan "Kami akan meminta mereka berbuat demikian (balik Malaysia) dengan cara baik kerana kami tidak sama seperti rakyat Malaysia yang merupakan penyeksa dan perogol."

Hoii, kalau sorang yang merogol takkan satu negara tu pun perogol??? BODOH! Abis tu kat negara korang tu takde kes rogol ke?? Kalau orang korang pun merogol jugak, maknanye rakyat korang ni keturunan perogol la ye?? Abis tu yang rakyat korang yang datang Malaysia merompak tu, camne lak? Tak ke korang semua juga adalah perampok??? Huih kalaulah kerana seorang maka satu negara tu pun sama maka rakyat Indonesia adalah perogol, perampok, pencuri, penculik, gila seks, penipu, pembunuh dan segala 'pe' yang ada...ini semua adalah berdasarkan kes-kes orang korang kat Malaysia...Hah..jangan pulak korang nak tuduh aku jahat lak..

Lain kali sebelum bertindak fikirlah dulu. Kot iye pun korang tu tak pandai, janganlah tunjuk...Tak pasal-pasal dah memalukan negara sendiri..Elok-elok orang nak datang melawat terus cancel..sape yang rugi? negara korang dengan korang-korang sekali ah! Kurang Pandai!!!

Kurang Pandai!!!!

Menyampah! Menyampah! Menyampahnye aku baca paper hari ni...ada 2 perkara yang buat aku meluat dan sakit hati dan geram sangat.

Yang pertama, pasal kes Syafia Humaira, kanak-kanak yang mati didera oleh kekasih ibunya sendiri..Ye, memang die dah pun dikenakan hukuman yang setimpal iaitu gantung sampai mati tapi yang buat aku rasa menyampah dan meluat adalah mak si Syafia tu..Memang dasar perempuan murahan...Dah la dok sibuk berpeluk sakan dengan tertuduh tu bila hukuman dijatuhkan lepas tu boleh pulak cakap die tak dapat menerima keputusan tu..Eiii, tolonglah! Taulah sekolah takat SPM jek tapi janganlah tunjuk yang awak tu b*%$h..

Ini kata-kata die yang aku petik dari utusan Malaysia

"Saya tidak pernah marah dengan Fazli kerana dia tidak bersalah dan tidak ada niat untuk membunuh Syafiah. Saya tetap sayangkan Fazli kerana dia seorang yang penyayang dan dia sayangkan Syafiah." Siti Nurhanim juga mempunyai seorang anak bersama tertuduh, Shakimie Iqbal.

See, nampak betapa jelas kekurangpaandaiannya...Benci aku..Betul-betul merendahkan martabat sendiri. Orang yang membunuh kerana nak pertahankan diri barulah tak bersalah.. Ini dah terang-terang la yang dibunuh tu budak kecik tak tau pape...Yang maknye tu pun macam dah takde lelaki lain. Orang tu dah terang-terang bunuh anak kau, kau boleh lagi nak sayang die...lainla kalau die tu memang gile..Ini dah kompem-kompem waras...Memang padanlah muka ko tu ke tali gantung. Aku rasa mak die pun patut kena tindakan sebab bersekedudukan...Bangga lagi nak bagitau orang die ada anak tak sah taraf dengan lelaki tu...aduhai..sedihnye aku dengan perempuan macam ni...

Kalau ikutkan macam-macam yang aku nak carutkan pasal perempuan kurang pandai ni..tapi malasla sebab die memang dah sah-sah bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh diikut...Pasal perkara kedua yang aku meyampah tu, aku sambung lain entry ye...

Wednesday, September 22, 2010

Aksi Si Manja

Saje nak letak gambar Kasyah...Buat pengubat rindu..Alahaii..Miss u la sayang!
Kenapa ni?Tak puas hati dengan mama ke?hihihi geram mama tengok Kasyah

Asal ade jek kamera depan mata mesti tamo senyum...

Apalah yang anak mama tengok tu...

senyum tapi pandang tempat lain..tak mau senyum dengan mama ke???

Magika


Pernah dengar tak pasal filem MAGIKA ni? Kalau tak pernah dengar rugila anda..tapi kalau pernah dengar, filem ni akan ditayangkan hari Khamis ni..wahhhh akhirnye setelah lama aku menunggu.. Memang tak sabar nak pergi tengok filem ni..Sebab utama aku nak menonton MAGIKA adalah kerana Ziana Zain yang aku minati. Tapi dari feed back yang aku dengar oelh mereka-mereka yang dah tengok filem ni, filem ni memang sangat best. Itu orang kata bukan aku kata.. So untuk memuaskan hati sendiri, esok malam aku akan pergi tengok gak citer ni..tak kire, tak kire..nak tengok gak!http://www.cute-smiley.com

Lepas dah tengok nanti aku story ye...tungguuuu

Sakit Kepala

Aduh, sakit kepala! Alamak, sakit kepala! Ingat tak iklan panadol ni dalam radio??? Semalam aku MC sebab sakit kepala. Balik kerja hari Isnin tu, kepala aku dah mula berdenyut-denyut sampaikan aku rasa nak berhenti kat tepi sebab tak tahan sakit kepala. Nasib baiklah aku masih boleh fokus dengan pemanduan aku..Kalau tak alamatnye...lu pikirlah sendiri!

So semalam akupun pergilah klinik nak mintak mc. Cek punya cek rupanya blood pressure aku rendah..80/50 jek..so doktor tu bagi aku ubat tambah darah. Dia kata since aku baru lepas bersalin and masih breast feed (ujung minggu jek sekarang) aku perlu makan vitamin sama macam aku pregnant. Sebab banyak nutrien yang diambil oleh anak aku..Ceh nutrien dah bagi kat anak tapi kurusnye tak jugak..hahaha.

Hari ni aku dah okay dah..Tak lah pening sangat..Just badan ni rasa macam tak bape best. Senang betul rasa krem...tapi aku akan terus berblogging sebab tak penat dan tak memerlukan tenaga...

Monday, September 20, 2010

2 kilossssss???????

Lunch time tadi aku memberanikan diri timbang berat kat medical room kat ofis ni...memang mengezutkan la resultnye...berat aku naik 2 kilo daripada last week...huhuhuhu sungguh drastik sekali kenaikannye iteww.agaknye kalau aku cuti seminggu macam orang lain mau bertan-tan berat aku naik..baru cuti 4 hari dah naik 2 kilo...arghhhh camne ni???takkan makan carrot macam bugs bunny lak
kalau cepat kurus takpe gak..dibuatnye berat aku duduk jek tingkat 11 tak nak turun lift pergi ground floor tak ke haru aku..suffer suffer..

hati: Hai la perut..cuba-cubala control nafsu-nafsi kat makanan berlemak lagi kaya kolestrol tu..
perut: bukan aku yang nak...dah tuan badan ni sumbat takkan nak biar jek...
hati: ko tahanla lapar sikit..makan ala kadar jek..
perut: eh, bukan ko ke yang tak dapat tahan tengok semua makanan tu??lepas tu ko antar isyarat kat otak suruh tuan badan makan...otak pun tak leh wat ape sebab ko dah paksa...
hati: eh, eh, ye ke aku yang nak??? (hati tersengih buat muka tak bersalah)

Raya lagi!

Tak habis lagi cerita raya..meh sini aku nak sambung cerita raya aku kat rumah mak aku lak...Balik kerja hari rabu tu kami terus gerak balik segamat.. Sampai rumah lebih kurang pukul 9 malam..Siap-siap mandi segala,tak lama tu aku terus tido..hehehe ngantuk beb!

Esoknye hari khamis barulah pergi beraya.. balik kampung abah kat labis tapi just pegi rumah pak long aku jek sebab rumah tok-tok sedara family aku dah pergi raya kedua aritu...So lepas rumah pak long kami terus ke Felda Tenang pula.. Raya rumah tok-tok sedara...Pakcik-makcik mak dengan abah. Tak banyak pun rumah..3 jek kat Tenang tu...Balik beraya, abah ajak singgah makan mee bandung kat Labis..layannn..Dah kenyang melantak apalagi balikla..Tapi aku tak balik terus...Singgah dulu kat bandar pergi cari kain langsir untuk rumah baru..Langsir rumah lama tak dapat digunakan sebab tingkap rumah baru tu semuanya tinggi mencecah lantai...nak tak nak terpaksa gak buat langsir baru...takpelah langsir lama pun tak pernah berganti....

Malam tu aku terus gunting kain tu and mulakan projek jahit langsir..sampai pukul 12 lebih baru stop..itupun baru dapat 1 tingkap...sakit pinggang lorr..

Hari Jumaat balik Kg. Kuala Paya kampung mak..pergi rumah mak long, cik hindun dan atok ayah..rumah yang lain tak pergi gak sebab mak dah pergi raya ketiga aritu.. so just pergi rumah mak sedara aku je la..Kami pergi pagi so tghari tu dah balik sebab suami nak pergi sembahyang Jumaat lak. Lepas semua (yang lelaki) balik dari Masjid, kami bersiap-siap pula nak raya di Keratong rumah adik abah dan makcik mak..Balik dari keratong pergi pula taman yayasan rumah sepupu aku...fuhh sakan aku beraya hari jumaat tu..Collection duit raya Kasyah pun mengancam...Malam tu sambung lagi jahit langsir...

Ini gambar sebelum gerak pergi raya...comel tak? Bukan Kasyah tapi aku..kihkihkih




yang ni gambar hari Jumaat..Pakai seluar jek.Malas dah nak pakai baju kurung...



hari Sabtu pun kami pergi beraya..kali ni kami beraya bertiga jek sebab mak tak ikut..Kami pergi raya rumah Atok suami, dan rumah kawan baik aku ezarn...Lepas raya rumah atok kami balik rumah mak mertua jap sebab janji nak pergi rumah ezarn tu petang...So sempatla lunch rumah mak dulu..dah pukul 4 baru kami gerak ke rumah kawan aku tu... Mak kawan aku tu masak laksa..memang sedap..bertambah aku makan (abisla diet aku). Malam tu pula, family suami datang beraya rumah mak aku...Disebabkan diorang tak roger awal-awal nak datang so aku just buat cekodok jek..pastu goreng keropok lekor..huih layannn makan cekodok cicah sambal sardin dengan teh panas...Masing-masing makan tak hengat..hihihihi..
Gambar Kasyah dengan papa sebelum nak pergi rumah tok yang..cute!

Hari Ahad sebelum balik aku menyudahkan projek langsir aku...Alhamdulillah dapat gak menghabiskan langsir tu..Complete sampai kat dapur pun ade langsir..hehehe. Petang tu sempat gak aku raya rumah pak nagah aku..tak jauh pun. dalam felda yang sama gak. Tapi terpkasa balik awal sebab Kasyah dah 'melepas'...Malam tadi kami gerak balik KL kul 11 malam..Nasib baik tak jam..Kul 1 dah sampai rumah..

Malam ni suami ajak pergi rumah putrajaya kemas baju..segala baju yang tak akan digunakan dalam masa 2 minggu ni akan disusun terus kat sana since rumah tu dah ade almari..Alamak aiii malasnya nak mengemas...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...