Friday, October 29, 2010

Tarikh keramat bencana 26 hb???

Ada tak baca Berita Harian hari ni? Dalam ruangan dunia ada cerita pasal gempa bumi dan tsunami kat Indonesia. Kesiankan. Tapi bukan tu focus aku. Aku nak focuskan tentang tarikh 26 haribulan.

Cuba anda tengok gambar kat atas tu. Senarai kejadian bencana yang berlaku pada 26 haribulan. Kalau anda perasan kebanyakan kejadian bencana berlaku tarikh yang sama. Kebetulan yang menghairankan kan?

Tapi betul ke 26hb hari bencana sebab tarikh lahir aku pun 26hb gak...Tapi aku bukan bencana. Lahirnye aku membawa seribu nikmat pada mak ayah aku... Tak caya tanya mak ayah aku. Tapi takut gak kalau 26hb juga jadi hari yang malang buat aku.. Nauzubillah!

Tak faham=keliru=confuse

Let me put it this way, a story.(Sory English aku tunggang langgang)

Oh, there is a new person (aku consider that person sebagai dia). Okay, i don't care with dia since my work is not related with dia. But we always bump into each other. My reaction? Just smile like always to anyone here. That person? Okay, die smile too . Until last two week everything seems normal to me. I mean between me and dia. We do have chat but only 'Hi' 'morning' and a couple of words. Meaning like aku tak kacau hidup ko, ko pun tak kacau aku.

But I feel something different last two week after one of my friend expressed her feeling about that person. More to complaint actually. Me? What i did was just listen since i don't have any problem with that person so i have no story plus i am not related with that person in any way. The myterious part (macam cerita hantu pulak) after that day,iaitu after my friend have a bit miss communicaton with dia, when i bumped into dia, dia wasn't looking at me or make me like i wasn't there. Okay, maybe dia really did not see me or dia in a bad mood. After that, it happened again. And again. For me, i really don't care. Like i said, we are not related at all.

But, today's incident makes me realize that something is not right. Something fishy going on here. And i wonder is it my fault? Aku buat salah dengan ko ke? Why? We were standing next to each other and dia looking at me in a glimpse and went away like i am kind of penyibuk here and dia sangat annoying with me. Okay. So obvious that you have problem with me maybe because I'm not as pandai as dia and berada jauh ke bawah dari dia punya standard of people who can get along with dia.Or it is because you have problem with one of my friend and you think you must act the same to me. Aku sedar dirilah yang aku tak belajar tinggi macam ko..But if you have problem with others or others don't like you, perlu ke nak tunjuk sakit hati ko kat semua orang? Aku takde kena mengena dengan ko ye. Ko buat macam ni pun ada aku kesah???

Is not like I feel damn geram but tak syokla. Rupanya gini gaya perangai anak orang so called kaya and belajar tinggi. It's shows that ko tu kaya harta tapi miskin budi bahasa.

Enough talking about you.

Kadang-kadang....

Kadang-kadang rasa macam happy sangat
Kadang-kadang rasa seronok
Kadang-kadang rasa bencinyer
Kadang-kadang rasa teruja
Kadang-kadang rasa sedih
Kadang-kadang rasa kecewa
Kadang-kadang rasa suka
Kadang-kadang rasa marah
Kadang-kadang rasa geram
Kadang-kadang rasa nak sangat
Kadang-kadang rasa menyampah
Kadang-kadang rasa bosan
Kadang-kadang rasa bodoh
Kadang-kadang rasa pandai
Kadang-kadang rasa entah apa-apa
Kadang-kadang tiada rasa
kesimpulannya kadang-kadang aku biol!

Thursday, October 28, 2010

Cemburu

cemburu dengan orang lain yang dapat kerja best dengan gaji yang best. Bukan aku tak bersyukur dengan gaji sekarang tapi seriusly gaji aku takat cukup-cukup jek. Bayar segala hutang piutang dah tinggal setoet.. Nak balik kampungpun terpaksa berhutang lagi dgn kad hijau/silver...hujung bulan bayar balik tapi lepas tu guna balik..sigh memang takkan habis hutang. Oh ye mesti korang cakap tipu sebab aku dpt beli telefon baru lagi canggih.. Tolong faham bahawa aku beli telefon itu secara hutang..diulangi HUTANG.. see? hutang lagi..

cemburu bila orang lain dapat beli apa sahaja yang diorang suke, sesuka hati.. Aku??? kena habiskan hutang dulu baru boleh beli walaupun dalam wishlist ada banyak benda yang aku nak sekarang. Sebagai contoh, aku berani beli telefon sebab dah habis bayar hutang tv. So untuk beli benda lain pula aku kena habiskan hutang telefon dulu. by the time aku habis byr hutang, benda yang aku nak tu dah outdated. kalau nak beli yang latest dah tentu hargapun lebih latest lagi. Mungkin masa tu kalau dah kumpul duit pun duit tu dah jadi tak cukup sebab harga yang meletops tu.*sigh*

cemburu bila orang ada rumah sendiri. Ye, semua orang nak rumah sendiri. Akupun nak tapi tak mampu sebab gaji kecik dan kalau applypun loan tak approve. mana mungkin aku bayar seribu sebulan kalau gaji yang tinggal cuma 500 sahaja selepas tolak hutang2 lain. so kena tunggu at least sepuluh tahun untuk aku habis bayar hutang kereta dan ptptn. Lepas tu mungkin baru boleh fikir pasal rumah..tapi masa tu aku dah tua so tak boleh loan lama-lama so kena bayar mahal bulan-bulan..again *sigh*

cemburu dengan orang yang boleh pergi cuti-cuti bila2 masa diorang suka. Last aku pergi bercuti adalah ke Langkawi. itupun sbb dpt flight murah. RM 15 jek sorang. Dan dapat free bilik satu malam.. Kalau harga standard mesti aku tak boleh pergi. Aku nak gak bercuti ke Australia or paling busuk pun Singapore. tapi kalau setakat pergi tanpa dapat berbelanja tak guna gak. *sigh* (nak pergi seberang laut china selatan pun tak lepas)

kesimpulannya aku cemburu

p/s:selagi aku kerja kat sini aku takkan ke mana-mana...takde istilah kerja bersunggh-sungguh sebab tahapnye sama sahaja. Aku kena usaha cara lain...Mr.Nuff bile nak bagi saya BE???

Gambar Kasyah lagi


Auntie-auntie, uncle-uncle, makcik-pakcik, kakak-abang janganlah muak tengok gambar saya ye. Saya ni bukannya gila glemer tapi mama saya yang suka sangat jadi paparazzi tak berbayar. So tengok jela gambar saya. Saya tahu saya comel, ahaks!...

saya suka dapat pelok Ms Teddy...Lembutnye die.. (Kasyah memang nampak teruja kalau tengok teddy bear ni..die mesti sengih2 senyum2 kat teddy ni sambil mulut die bercakap..Agaknye ajak si teddy ni berbual kot)

Tengok siapa lagi chomel??Tentulah saya...

Haahahahahahahah

Tangkap gambar ni sebab Kasyah tido sambil mulut die nyonyot-nyonyot...comel jek..

Versi Close-up

Baru lepas mandi...mama memang suka letak bedak sampai comot tp kejap jek dah hilanglah bedak tu..

Sila abaikan mama saya tu..Entry khas sayapun mama nak menyelit..hahahah

Alololo..sedapnye tido

Takmo bangun..ngantuks
Muka budak nak pergi Nursery...serius jek..

Jalan-jalan weekend

Ini cerita last weekend..ceh sudah hari khamis baru nak cerita yang hari ahad punya..sungguh basi ceritaku ini..Tak kira nak cerita gak sebab ada gambar..tapi bukan gambar beria-ia..hehehe. hari sabtu, kami keluar pergi beli susu Kasyah. Nak pergi beli susu die pun kena pergi jauh.. Nasib baik memang murah kalau nak dibandingkan dengan hypermarket. Kami pergi beli kat Taman Equine Seri Kembangan.. Dah alang-alang sampai sini apalagi terus ke Jusco la.. Nasib baik tak ramai orang sebab orang dok sibuk pergi Giant yang baru bukak kat area situ gak. hari sabtu ni tak amik gambar so malas nak cerita lebih-lebih..hahah

Hari Ahad lak, aku ajak suami pergi beli barang dapur yang dah kontang kat Tesco... Tesco pilihan tentulah kajang sebab tu yang paling dekat. Keluar pukul 11 pagi...pilih-pilih barang, belek-belek barang, angkut-angkut barang, tengok-tengok jam dah pukul 2.. Patutlah dah lapar.. Decide nak pergi makan kat Jusco Mahkota Cheras kat rumah lama. Sebelum pergi makan singgah rumah tuan rumah lama untuk amik surat aku yang sampai kat rumah lama.. (berapa banyak rumah daaaa)

gambar sebelum gerak..

Kami makan Nasi Ayam Penyet kat Jusco.. Ni first time makan ayam penyet. Selama ni tak pernah makan pun. Dok dengar orang cerita jek. Well okaylah sedap gak sebab sambal die pedas. Tapi takde kuahlah.. Sup yang ada pun cuma sup daging/tulang yang mahal. Takkan nak amik.. suami ku dah cakap lepas ni taknak makan kat sini sebab tercekik..hahaha
Sebelum makanan sampai..tengoklah Kasyah tu asik nak main sembur-sembur jek.

Cubaan untuk melepaskan diri

Gambar makanan takde sebab bile makanan sampai kami terus ngap sebab dah lapar giler. Masa ni dah kul 3 lebih dah..Maunye tak kok krek kok krek perut kami..

Sebelum meneruskan perjalanan, stop jap bagi susu kat Kasyah. Dah mengamuk dah masa ni.. nak tido pun ye. tapi agaknye bising sangat susah nak lena.

Yeah, berjaya gak tido tapi sekejap jek.

Lepas gi Jusco kami singgah kat South city Plaza nak cari DVD. Memang suka cari DVD kat sini sebab banyak cerita and quality boleh tahan. sampai kat rumah dah pukul 5 lebih..adoi penatnye.. Plan nak gi beli barang dapur jek tapi melarat lak ke Jusco la, South city la.. Last-Last weekend rasa macam sekejap jek sebab tak lekat kat rumah.

Wednesday, October 27, 2010

Siap akhirnye...

translation dah siap...
lega
gigih nak siapkan sbb badan yang tak berapa best ni
sekarang ni tunggu nak balik
thank god dapat bertahan sampai petang
nak balik rumah makan ubat
takmo demam
p/s: sangat nak balik sekarang!

Seram Sejuk

Sekarang aku rasa sejuk sangat
tibe2 sahaja badan ni seram sejuk
nak demam kah aku?
takkan asik nak mc jek
tapi aku dah mula rasa mata berair
bila berdiri kepala jadi pusing
nak demamkah aku?
aku tak mau demam sebab aku tak mau cuti
(baguskan aku?)
tapi kenapa tiba2 aku rasa macam ni???

Tuesday, October 26, 2010

Tinn..Tinn...Tinnnn

Just nak bagitau mood dah sedikit okay.. Semalam mood nak update blog dgn BW memang langsung takde.. Harini lak mood tu dah sedikit mari tapi kerja pulak melambak.. Ade translation yang perlu aku siapkan.. Translation ape?? Dah tentulah artikel bahasa melayu kena translate ke bahasa inggeris.. Bos-bos aku ni bukannya paham nak baca melayu.

So impian nak share gambar-gambar baru terpaksa di postpone dulu. translation yang aku buat ni boleh tahan banyaknye... Esok kot baru siap....

daaaaaaaa

Monday, October 25, 2010

Tiada mood

Kejadian pagi tadi buat aku hilang mood untuk berblogging..
Emosi ke aku?
*sigh*

Friday, October 22, 2010

Eiii...menyampahnye!!!!!

Tak suka! Tak suka! Benci! Benci! Menyampah! Memang tahap bodoh tak boleh diajar betul. pandai tak boleh diikut (masalahnye pandai ke???)

Kejadian ni berlaku semalam sebelum aku balik kerja... memang hangin aku lepas tu...Nasib baik balik rumah tengok muka anak terus hilang rasa geram tu.. tapi bila datang ofis tengok muka si B*$#h tu, hati yang tenang jadi sakit balik... Bila aku cerita kat ofismate aku semua dok pakat2 gelak dengan tahap kebodohan die yang melampau tu...

Sape yang aku maksudkan ni??? Tak lain tak bukan bos aku la. Memang terserlah kebodohan dan kekedekutan bos aku ni.. Kalau die kedekut duit die tu aku tak heran dah sebab memang dah tau sgt tahap berkirenye bos aku tu.. tapi yang die tolong kedekut sekali duit ofis ni apasal??? Padahal bukannya aku nak amik duit ofis or nak claim duit ofis...

Kisahnye begini..(ceh macam nak cerita hikayat seribu satu malam daa..) petang semalam sebelum aku balik bos jumpe aku..Pastu die cakapla dengan bahasa inggeris tunggang langgang tahap budak tadika sekolah luar bandar yang die tahu sekarang ni aku balik lambat sebab tunggu suami jemput. Die kata kalau aku nak stay kat ofis sampai kul 5 aku kena punch card dulu kul 4.30 sebab aku abis keje kul 4.30. What???? Apasal pulak nak kena punch card dulu baru stay lama sikit? Alasan die sebab die tak suruh aku OT. So punch card kena 4.30.. Aku ni terpinga-pinga sebab biar betul bos aku ni??? Takkanlah ko bodoh sangat sampai tak tau maksud OT tu camne. Pastu akupun tanya ni arahan Admin ke? Lepas tu die dengan blur-blur angguk tapi angguk macam ye tak ye jek.

Terus bengkek aku dengan die..Dah kerja kat Malaysia ni 4 tahun takkanlah tak tau OT tu camne. OT bukan base on ko punya punch card tp base on borang OT yang ko isi pastu ko mintak bos ko sign. tu baru OT sebab tanpa borang OT tu ko takkan dapat claim sampai bile-bile. Apa kena mengena OT dengan punch card sebab selama ni kalau aku Ot sampai kul 9 malam pun aku tak pernah punch card sbb aku akan isi borang OT. Yang selama ni sign approvekan OT pun bukan orang lain tapi ko gak..Takkan tak tahu. yang lagi bertambah bangangnye bini bos aku tu keje bhgn Admin jadi accountant. Die yang akan terima borang Ot tu untuk kire. sape takde borang OT tu gaji macam biasala...Huh sungguh BODOH sekali bos aku ni...

Takkanlah aku nak turun gi punch card pastu naik balik dok kat ofis..Kalau susah sgt aku lagi rela dok melangok kat lobi sambil main game dlm phone drpd tgk muka ko yg menyakitkan hati tu.. Memang dasar orang J*%$&n tak pergi sekolah. HIIIIIIII GERAMMMNYERR AKUUUUU!

Wah, kesian anak aku!

Malam tadi dengar Kasyah batuk bukan main teruk lg. Lgsg tak lena tidonye. Bile dah batuk yang macam susah nak berhenti tu mulalah die merengek. Agaknye sebab sakit dan tak selesa. Pukul 2 pagi tadi aku bangun bagi ubat kat die sebab rasa badan die panas balik. Hati ni dah mula tak tenang dah. Suamiku apatah lagi. So die terus cakap kat aku
"Esok sayang pergi kerja naik kereta. Abang bawa adik pergi klinik. Panas balik badan die ni."

Aku pun okay jek sebab hari rabu lepas aku dah cuti so takkan nak cuti lagi. Terpaksalah suamiku pula yang cuti untuk bawa Kasyah ke klinik.

Tadi dapat call daripada suamiku kata Kasyah kena amik darah.. Alahai kesiannya. Hopefully takde pape yang tak best. menurut suamiku Kasyah rileks jek mase kena cucuk. Sikitpun tak nangis..Kuat anak mama!

Sekarang ni suami tengah tunggu giliran nak jumpa doktor... memang harap die cume demam biasa jek...hati tak tenang kat ofis ni.

Thursday, October 21, 2010

Malas exercise lakukanlah sexercise

(Khas untuk pasangan berkahwin sahaja)

Hahaha..best tak tajuk? Tejumpa artikel ni dalam utusan Malaysia so aku nak kongsi kat sini. Bagi anda yang malas bersenam (exercise), ada cara praktikal yang boleh membakar lemak iaitu mengadakan hubungan seks. Kenapa nak bersusah payah bersenam sedangkan kita ada cara yang lebih menyeronokkan..hehehehe. Jangan tak percaya aktiviti intim ni boleh membantu perkembangan otak dan mengurangkan stress selain membuat badan lebih sihat dan cergas... Kalau anda kreatif dan boleh melakukan aksi pelbagai maka lebih banyaklah lemak yang terbakar.. (aku tau anda dah mula senyum-senyum sumbing..)

1- Membuka pakaian = 8 kalori

Membuka pakaian bukan aktiviti yang memerlukan banyak tenaga. Begitupun, seorang penyelidik dari Itali menganggarkan membuka pakaian pasangan boleh membakar 8 hingga 10 kalori. Cubalah kreatif sikit dengan membuka coli pasangan anda menggunakan mulut. Menurut pakar, cara itu boleh membakar sehingga 80 kalori..(ye lah jenuh tu nak membukanye). Bayangkan kalau anda membuka pakaian (luar dan dalam) sambil diselangi dengan godaan dan gurau senda. Wah! tentu kalori yang terbakar akan berkali ganda.

2- Berciuman = 68 kalori sejam
Cumbuan yang bersemangat dan penuh ghairah mampu membakar lemak sehingga 90 kalori sejam. Cuba pula bercumbu dengan pelbagai aksi- sambil terlentang, bersila dan meniarap. Dan lebih asyik dan sensasi. Cuba bercium sambil melakukan tekan tubi (psuh up). Tekan tubi selama 30 minit mampu membakar sehingga 171 kalori. (camne pulak nak push up sambil cium tu???)

3- Mengurut = 80 kalori sejam
Aktiviti memang disukai. Pijatan si isteri bukan sahaja membakar lemaknya sendiir tetapi juga membangkitkan ghairah suami. Lebih elok urutlah dengan perlahan kerana lebih banyak lemak yang akan terbakar. Begitu juga mengurut dengan cara anda berdiri membakar lebih banyak lemak.

4- Berhubungan badan = 144 kalori sejam
Yang ini memang semua orang tahu. Aktiviti yang mencapai tahap ini memerlukan gerakan demi gerakan dan banyaklah kalori akan terbakar. Hal kecil yang anda lakukan seperti lenguhan dan desahan pun membantu membakar sehingga 30 kalori. Bayangkan pula berapa banyak kalori yang bakal terbakar jika dilakukan posisi-posisi yang mencabar yang diajarkan oleh Kamasutra misalnya. Dan pastikan anda mencapai klimaks kerana lebih banyak kalori yang akan terbakar.

Oleh itu, segeralah bagitau isteri or suami yang malas nak bersenam tapi nak badan langsing untuk praktikkan sexercise. Sekurang-kurangnya ada usaha untuk bakar lemak.

p/s: boleh tak kalau aku buat kesimpulan kalau orang tu kurus maknanya die rajin seks????Kalau orang gemuk maknanya die malas nak tuttt...????HAHAHAHAHHA

Kasyah kurang sihat

Hello semua...Semalam aku cuti so blog pun cuti.. Hari ni baru dapat online semula dan akan cuba untuk balas kunjungan rakan-rakan blogger. Semalam aku terpaksa cuti bukanlah sebab aku ni sakit sangat walaupun memang kurang sihat tapi sebab Kasyah. Malam semalam masa menyusukan Kasyah aku dapat rasa genggaman tangan die yang luar biasa panas. Bile aku sentuh dahi die aku rasa macam dedor sikit. Hati mulala tak senang.. ye la bila budak kecil umur 4 bulan ni demam susah kite dan efectnye lebih lagi... Suamiku terus ambil ubat demam yang memang ada and bagi pada Kasyah. Alhamdulillah pagi semalam badan die dah kurang panas. Tapi sebab hati pun tak senang and kebetulan nak check up Kasyah kat klinik so akupun decide untuk MC..(aku senang nak dapat mc sbb memang kurang sihat)

Oh ya, Kasyah bukan sahaja demam tapi juga batuk dan selsema. Batuk tu since hari ahad. Selesema pun sama.. klinik pun aku dah pergi dan ubat batuk pun hari-hari bagi. Tapi nampak gayanya batuk die tak kurang lg malah malam tadi batuk die bertambah teruk.. Aku yang dengar ni tak sampai hati tengok die terseksa batuk ngokol yang perit tu. Sayu hati aku ni bile die kerap batuk dan tak lena tido. Kawan-kawan ada tak petua nak hilangkan batuk pada baby??? memang harap sangat die boleh baik.. Sedih hati aku.

Gambar ni masa siap-siap nak pergi klinik semalam.



Sementara tunggu giliran kasyah tido dalam pangkuan mama.. Stroller tak bawa so tangan pun jadila..



main sembur air liur sementara mama dgn papa makan kat food court Alamanda.

Tido kepenatan..



dah bangun. Mari kite amik gambar die...Suka die bile papa dudukkan atas sofa..

Mama suka gambar ni sebab nampak seperti budak tak bersalah..heheheh

Timbangan semalam berat Kasyah hanya naik 200gram sahaja... Selalunya naik sekilo tapi sejak duduk dengan mama, minum susu pun kurang.. Rindu kat Atok dengan Tok mak ke???? Alahai anak aku...

Nokia N8 review

Khas untuk mereka yang tertanya-tanya best ke telefon Nokia N8 baru tu? Dan juga yang masih terfikir dan ragu-ragu sama ada mahu membeli N8 ataupun tidak.... Di sini aku ingin berkongsi pengalaman aku menggunakan N8 ni.. Review pasal N8 ini adalah berdasarkan pengalaman aku sahaja jadi orang lain tak boleh argue dengan aku... Aku tak tanya orang lain tapi ini aku punya pendapat.. Harap maklum!


1. Nokia N8 ni ada 3 homescreen. Kalau telefon lain, home screen cuma ada satu jek tapi N8 ada 3 ye.. So anda boleh suka-suka hati nak tukar page yang mana. Dan anda juga boleh edit ketiga-tiga home screen ada sesuka hati juga. Kalau aku first page tu aku letak apps yang selalu digunakan macam contacts, messages, clock, camera, gambar dan lain-lain yang aku fikir perlu.. Second page lak aku letak mail, lagu, radio, compass, bluetooth yang kononnye tak berapa rajin aku nak guna. Page ketiga lak aku letak channel TV. Ada Tv3, 8tv, E! Entertainment, CNN dan National Geographic...

2. Kalau dah ada 3 homescreen makanya dah tentulah anda boleh letak wallpaper lain-lain.. Best sebab kalau ada 3 gambar anak yang menarik boleh letak tiga-tiga.. So takdelah homescreen tu page tu jek and gambar tu jek..Menarikkan?

3. Symbian^3 adalah OS terbaru yang dimuatkan dalam Nokia N8. Lebih laju dan lebih baik dari Symbian^1 untuk telefon sebelum ini... Kalau anda tak faham apa itu symbian, anda boleh pergi ke sini. OS terbaru ni menjadikan Nokia N8 adalah telefon yang sangat smooth tanpa ada sekatan.

4. Kamera 12 mega pixel dengan carl zeiss optics dan Xenon flash.. Lebih terang dan lebih cantik gambarnya setanding dengan kamera digital dan mempunyai auto focus. Gambar memang terbaik sebab boleh ambil semaximum 4000x3000 pixels.. cantik! Untuk menentukan sesebuah kamera itu bagus adalah berdasarkan sensor ratio..Maklumat ni aku amik dari http://www.nokiasymbianthemes.com/explore/nokia-n8-review-extensive-features-tech-specifications. Boleh baca sebab aku copy paste jek.Malas nak translate dan taip...

One of the most important factor that determines a camera’s performance is actually measured by its sensor ratio. The higher the result of the sensor ratio – the better the image quality. That means the lower the value in the divisor – the better the camera will perform. Most digital cameras comes with a sensor of 1/2.33. In terms of performance the lower the value in the denominator the better the sensor is, the less the image noise will be and the better a camera actually performs in real life. Badabing Badabang and the sensor ratio which Nokia N8 packs is a super impressive 1/1.83!! As of now the Nokia N8 is using the biggest sensor that has been ever put into a mobile! If this is right then the Nokia N8 will be able to take pictures almost as good as the pricey Nikon Coolpix P5000 which has a similar sensor ratio to Nokia N8 i.e. 1/1.8

5. Nokia N8 didatangkan dengan cabel HDMI. Maknanya anda boleh ambil video suka-suki anda dan tengok balik kat LCD TV yang ada HDMI. Memang terbaik! Semalam aku dah cuba amik video Kasyah. Lawa tu videonya. Lagi cantik daripada videocam aku..Langsung takde petak-petak...clear jek. Kalau dah ada HDMI tu maknanya boleh gak download movie ke dalam phone dan tengok kat TV.. Gambar memang serius cantik giler sama macam kalau anda pergi mana2 store yg jual LCD tv dan anda kagum dengan kualiti gambar tv tu...itu semua sebab HDMI tu la.

6.Dolby Digital Surround Sound yang memberi bunyi yang mantop bile anda sambung kat Tv. Gambar dah tahap melampau cantik takkan lah bunyi sendu betul tak??? So telefon N8 ni dah built-in Dolby Digital...Pasang kat Tv and ada lak home theater memang terbaik.

7. Application game macam komputer... Download mana2 game yang available kat ovi store sama ada free ataupun berbayar, pastu anda boleh main game setanding macam main kat komputer.. Kenapa aku kata setanding sebab game dalam N8 tu sama dengan game dalam komputer aku...hehehe. Yang bestnye boleh main game kereta macam bawa kereta betul.Sebagai contoh game Need 4 speed...Cuma perlu gerakkan telefon ke kiri kanan macam pegang stereng.. Bestkan.. Kualiti game? Terbaik beb!

8. Ada USB on-the-go. Boleh sambung pendrive bila-bila masa anda suka.. Kalau macam aku, aku boleh suka2 transfer gambar ke komputer ofis sebab guna pendrive. nak terus connect phone ke komputer ofis aku tak berani.. So katakan lah anda terjumpa artis kegemaran (kalau aku of cozla ziana zain) anda secara tiba-tiba, pastu anda pun bergambar sakan dengan die, anda boleh terus tranfer gambar ke pendrive dan terus ke kedai gmbar utk cuci gambar tu...hehehe..bestkan. bukannya ape takkan nak cuci gambar kat kedai gambar nak connect ke phone lak...tak sesuai..

9. Ovi Maps yang siap sedia ada dalam N8. aplikasi percuma sepanjang hayat... Tak perlu bayar kalau nak guna sebab gps ni guna satelit. fungsinya sama macam gps yang anda beli untuk pasang kat kereta... Sama macam gps kereta aku la maps N8 ni. Tapi yang membuat maps N8 ni lagi best sebab gambarnye boleh ditukar ke bentuk 3D view. Bestkan??? Boleh juga engok maps dalam bentuk satellite view..I like!

10. Aplikasi 11n wifi menyebabkan page downloading jadi lebih laju. Dengan flash support anda boleh tengok website the way they suppose to look. sama macam kalau tengok kat komputer.. Serius sebab aku dah cuba. Laju dan macam tengok kat komputer. Dah try bukak blog aku ni and keluar sebiji-biji sama tanpa ada hilang satu widget pun... syok!

11. Web TV di mana anda boleh tengok channel2 popular antarabangsa ataupun local channel guna N8 sahaja. Banyak channel yang memang sedia ada dalam N8 seperti CNN, National Geographic, E! dan juga TV3 serta 8tv...banyak lagi sebenarnya tapi malas nak taip.. Selain channel sedai ada, anda juga boleh download channel lain daripada ovi store..menarikkan?? Ini tak bermaksud anda boleh tgk live tv tapi boleh tengok catch up tv.. Sebagai contoh haritu suamiku tengok drama Asmara guna N8.. cepat jek download pastu kan gambar cantik tanpa petak-petak and boleh layan cerita tu tanpa gangguan..

12. Harganya yang murah jika nak dibandingkan dengan smart phone lain...tak caya? cuba anda survey sendiri.. Harga ni bukan harga pakej dengan mana-mana telco ye...Ini harga sebenar. Serius berbaloi.

Setakat ni je la review N8 daripada aku...So amacam tertarik tak??? hehe aku bukan ejen Nokia so sukahati hang la nak beli phone ape atau nak stick dgn phone lama...review nipun saje suka-suka daripada aku...jangan lak ada yang nak argue pasal apa yang aku tulis sbb ni base on pengalaman aku menggunakan telefon ni.. Sekian terima kasih.

p/s: akhirnya siap gak review ni... (gambar di atas adalah kualiti kamera murah jek so bergegar sikit..hehehe)

Tuesday, October 19, 2010

Tak sihat..

Plan nak buat review Nokia N8 terpaksa ditunda sebab pemilik blog tibe2 kurang sihat... Sekarang ni aku dah ada kat ofis tapi serius aku rasa nak balik sangat sebab kepala ni dah berat dan bile berdiri dah rasa macam nak tumbang. Malam tadi aku muntah-muntah sampai tak tau ape puncanya..(jgn ingat aku pregnant lak ye..baru lepas period). Mungkin perut masuk angin sebab semalam aku cuma makan secawan nesvita 3 in 1 saja. Bukan tak lapar dan bukan juga aku diet beria-ia tapi semalam perut sakit sangat sampai tak lalu nak makan.

Harini pun aku baru makan kuih sebab tak lalu nak makan. Kalau boleh nak balik pergi klinik dan rest kat rumah..

So sorry guys sebab aku tak larat nak update review tu... Doakan aku ni takde pape ye.. Silap makan ataupun darah turun agaknye...

p/s:gagahkan juga update sbb takut ada yang tertunggu..(perasan)

Monday, October 18, 2010

Hari mengambil Nokia N8...

Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu telah tiba.. bukan hari raya tapi hari sabtu 16hb okt iaitu hari mengambil Nokia N8 seMalaysia. Aku dah pun bayar deposit and pagi sabtu lepas aku berjaya mendapatkan Nokia N8 aku...Huish banggo den! Kami gerak dari ruamh kul 9.30 and sampai kul 10 pagi.. Ingatkan aku orang yang awal sebab kedai Nokia tu bukak pukul 10 tapi rupanya ada yang lebih awal lagi daripada aku.. Seorang pakcik berbaju merah yang dah sampai sejak pukul 8.45 lagi.. Memang TERBAIK!

Meh aku cerita kronologi peristiwa mengambil telefon baru hari itu...
Lokasi Nokia store The Gardens Midvalley... Masa: 10 pagi.

Sedang beratur menunggu giliran untuk mendapatkan handphone.. Nasib baik line tak panjang lagi... Tapi lepas pukul 11 line dah jadi panjang.. Bagus betul usaha aku nak sampai awal.

Letih betul nak kena beratur ni.. Tapi kerana N8 kuturutkan jua..hahaha

Sebahagian pembeli jakun macam aku yang sedang membelek telefon ...

Segala urusan jual beli telefon hanya selesai selepas pukul 11.30 pagi...Takpelah yang penting puas hati. Oh ya, disebabkan kami beli telefon kat the Gardens maka kami dapat keahlian The Gardens Club percuma untuk setahun.. Lepas daapt telefon kami terus ke kaunter The Garden Club untuk apply membership. Ahli Club dapat diskaun untuk shopping kat The Gardens. Selain tu dapat free parking untuk first 3hours. Boleh juga lepak kat area wifi dan dapat complimentary hot and cold water selain boleh guna komputer dan tandas ekslusif secara percuma.. Best tapi aku ni jarang-jarang masuk The Gardens tu.. Ntah guna ntah tak.

Kaunter The Gardens Club... Tandas kat sini memang terbaik...

Sementara menunggu kad keahlian siap, lepak2 dulu susukan anak... Tengokla aksi bapa mithali..ngehngehngeh...

Dapat jek kat terus menggunakan kemudahan yang ada. Suami ku terus online facebook dan youtube..

Kat sini ada wifi. boleh layan internet dgn telefon Nokia N8...Hanya ahli jek yang boleh masuk sini.
Sebelum balik mari kite tunjukkan kejakunan kite dengan mengambil gambar...ahaks

Kasyah tak mau pandang kamera sebab die lagi jakun daripada aku... asik tengok keliling sebab ade lampu cantik-canttik...

Berusaha untuk melepaskan diri daripada cengkaman mamanya yang nampak macam tak nak berhenti posing...hihihi

Lepas segala urusan selesai, kami terus balik rumah sebab banyak kerja rumah menanti.. Tapi sempat gak singgah makan kat The mines...

p/s: review pasal Nokia N8 akan aku upload kemudian sebab nak kena karang elok-elok supaya korang faham ape aku tulis...

Ada ke???

Ade ke yang tunggu review Nokia N8 daripada aku??? hehehe kejap lagi eh.sekarang dah nak lunch time..lepas lunch baru aku buat.. Stay tune!

Sunday, October 17, 2010

nfahk's GIVEAWAY

Aku telah di tag oleh Nora untuk join GA ni..Jom join sebab tarikh tamat tinggal 2 hari lagi..


Hadiah ditentukan oleh pemilik blog.. Apa tunggu lagi??? Klik sini

tag
Ezarn
Azue
Muzai

Friday, October 15, 2010

Saya Nak Beg Itu ~ Giveaway!

Join GA daripada MAMA ZAKWAN...



Syaratnya mudah sahaja..Kalau nak join boleh klik nama di atas..
Tarikh tutup 3/11/2010.. Mari join ramai-ramai

*nak menang..insyaallah*

Giveaway Kiszydolls

Harini mood join GA.. Kali ni nak join GA daripada blog selipar jepun pink.. Join GA ni sebab tersangatlah terpikat dengan dolls yang melampau comelnye ini.. Kalau ada rezeki boleh dapat dolls cute ni and bagi pada kasyah..




GA ni akan berlangsung hingga 10 Disember 2010.. Lama lagi so jom join. Nak join kategori 1 ye..

mintak-mintak menang sebab adore sgt kat kiszydolls ni..

Cik Anita Songeh Giveaway

Kali ni nak join GA cik Anita pulak..Ni pun kena tag dengan Nora.. Tarikh tutup 30.10.2010.. Marilah join ramai-ramai ye.



Hadiah belum diumumkan..
Kalau berminat nak join boleh klik sini

Tag
Nusha
Azue

1st GA dari Nusha

Jom join GA dari Nusha ni...Boleh klik sini




Tarikh tutup 8/11/2010
Hadiah menarik..tak tipu beb!
Jom join ramai-ramai

Tindakan Nekad...

Malam tadi aku ajak suami pergi Nokia Center kat The Gardens Midvalley.. Semangat ni nak pergi letak deposit untuk Nokia N8 yang aku dah booking.. Sebelum tu aku dah call dah and budak Nokia tu kata priority akan diberikan pada mereka yang letak deposit dulu.. So since aku memang serius nak beli N8 tu akupun decide untuk letak deposit and hari sabtu dah boleh ambil telefon tu... wiiiii..tak sabar beb!

Kami gerak lepas maghrib and kami sampai lebih kurang pukul 8.30 malam kat The Gardens. Masa tu suami aku kate dah lapar gila so nak settlekan hal deposit telefon cepat-cepatla.. Sampai kat sana aku dilayan dengan tersangatla baik oleh budak Nokia tu..(mestilah baik sebab kalau aku beli dapat komisen beb). Dah tengok-tengok dah belek-belek akupu setuju nak letak deposit..hehe kalau tak belek-belek pun mmg aku dah nekad nak beli.. Masa budak Nokia tu tanya aku nak beli guna kad or cash, die terus cakap diorang ada easy payment guna kad kredit.. Suami aku yang dengar tu terus tanya boleh ke kalau guna kad kredit hijau aku... Budak tu kate kalau ikut skim diorang tak boleh tapi kalau ikut bank boleh.. So terusla cerita gitu gini gedebak gedebuk kata boleh bayar bulan-bulan guna kad kredit aku... Budak tu kata kalau tak caya boleh call bank and die boleh tolong callkan sekarang jugak..

Suami aku yang tibe-tibe berminat terus suruh aku call untuk dapatkan confirmation bank.. Aku tanya nak buat apa? Rupa-rupanya die nak gak beli telefon tu tapi nak ngendeng kad kredit aku..huh hampeh betul! Alasan die, kad kredit die dah banyak guna and kredit limit kad aku tinggi.. Pastu buat muka tak bersalah terus cakap kat budak Nokia tu "kitorang nak booking dua ye"..huhuhu nekad betul. Aku ni terus pandang muka die macam tak percaya.. Serius ke??? Die dengan penuh konfidennye jawab " Seriuslah. Nanti abang bayarlah bulan-bulan kat sayang." Terus lupa pasal lapar.

So malam tadi dengan tak semena-mena aku booking dua Nokia N8.. Aku punya warna hijau and suamiku amik warna silver... Hari esok dah bolek amik dengan jayanya.. Wah,,seriusly aku tak sabar nak pergi amik tepon baru... Esok kena bangun pagi-pagi sebab nak jadi orang pertama sampai kat sana... Tak nak beratur sebab dengarnya ramai yang dah booking...Hari isnin aku cerita dengan riaknye ye... Sekarang tak mo riak lagi sebab belum dapat..hihihihi (ayat tak boleh blah)

(p/s: Izan silalah cemburu buta dengan aku...)

Thursday, October 14, 2010

Jangan jemu ye

Gambar saya lagi...Auntie2 dan uncle2 jangan jemu tengok gambar saya ye...

Saya suka sembur-sembur air liur sekarang..best

Saya bangun awal tapi mama saya tak nak layan saya..(mama busy nak siap2 pergi kerja la)

Mama ni tak nak main dengan saya tapi asik nak amik gambar saya...

Malasla pandang..

Kui..kui..kui..kui..pandai-pandai jek aku ni...Saje letak gambar Kasyah..masa ni tengah sibuk2 nak pergi keje..Sebelum gerak kenalah hantar kasyah ke Taska dulu..Layannn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...