Saturday, January 29, 2011

Artis dan botox

Aku bukan nak senaraikan nama-nama artis yang cucuk botox dengan vitamin c ni tapi aku nak komen sikit dengan sikap diorang yang pakai botox ni. Dah terang-teranglah muka korang tu dah lain tapi mesti taknak ngaku yang diorang cucuk botox. Bullshitlah.

Peminat bukan bodoh tak boleh nampak perbezaan muka korang dulu dan sekarang. Lagilah sekarang ni jaman internet. Senang-senang jek nak cari gambar2 lama korang untuk buat comparison. Dah tentu2lah nampak kebotoxan muka baru korang tu. Hish awatlah aku ni tetiba jek cerita pasal botox. Bukannya ape aku tengah layan drama sekarang ni and pelakon drama ni dah agak lama gak tak keluar tv so bile tgk muka die aku rasa lain macamlah pulak. Dok perati yang muka pelakon ni kembung sikit kat pipi. Lepas tu dagu die kemain panjang lagi sampai aku tengok pelik jek rupa die. Huh, dah sah-sah cucuk botox.

Lagi satu ade sorang penyanyi jaman 80an dulu yang cucuk botox tapi tak nak mengaku. Adeke die kate muka die nampak lain sebab teknik solekan. hek eleh ko ingat aku buta ke?? Takkanlah dengan umur ko yang dah separuh abad tu boleh tegang pipi dengan dagu. dahla tu bibir menjuih semacam jek. dulu tak macam tu okay. Lagi tak nak ngaku. geli aku. patutnye bile dah umur senja ni berubahlah pakai tudung ke tapi jangan harap. makin ligat pulak cucuk botox sana sini. Yang bestnye dengan anak2 die sekali layan botox. Seksi tak hengat bibir lak terjuih-juih. Aduhla very the pathetic ok.

So pada aku kalau muka tu dah camtu tak yah nak ubah-ubah. bukan makin lawa pun. makin pelik adela. bersyukurlah sikit dengan anugerah tuhan tu. Haish, confuse aku. Dahla malas aku nak membebel. daaaa....

1 comment:

kakngah said...

alamak! sape artis tu??
bagi clue sikit!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...