Saturday, January 29, 2011

Brownies Chewy Goey dan Mee Bandung Muar

Huhu..yummy! Yummy! Ini projek khamis malam jumaat. Patutnye aku update hari jumaat tp terlupa nak bawa kabel tepon nak transfer gambar ke komputer. Resepi brownies aku dah aim lama dah. Sejak terpandang kat blog Maklang Azie. Lepas tu baru-baru ni terpandang pulak kat fotopages kak rinnchan.. Wah ini tak boleh jadi.. Kena buat gak ni. Naka tak nak akupun mulakanlah projek brownies aku ni. Balik keje terus pergi kedai bakery kat Bangi. Sib baik sempat sebab masa aku pergi tu dah nak tutup.

Inilah rupanya brownies chewy goey ni.. Memang yummy sangat tau. Aku bawa pergi ofis semua kata sedap sebab rich dengan rasa cokelat. Kalau makan dengan aiskrim vanilla, pergh, memang mantap beb. Makan cam tu jek pun dah sedap...malaslah aku nak cerita banyak...

Ini pulak rupanya sebelum aku keluarkan dari loyang. Tekstur atas die agak crunchy sikit tapi dalam die memang moist sgtlah.. Adeke suamiku promote kat ofis kate aku terima tempahan. tak naklah aku. takut orang kate tak sedap walaupun ramai yang memuji..hihihh

Nak resepi ke???

Chewy Goey Yummy Brownies

Bahan A
250gm butter -potong kecil
400gm cooking coklat- potong kecil

Bahan B
6 biji telur
340gm Brown sugar
2tsp esen vanila
20gm coklat emulco

Bahan C
80gm tepung gandum
60gm serbuk koko
140gm kekacang walnut/pecan/macadamia - aku tak letak sbb takde stok kat kedai

cara
1. Double boil bahan A hingga cair. ketepikan dulu.
2.Pukul bahan B hingga gula hancur. Guna hand whisk je.
3.Tuangkan aduna coklat dlm bahan B. gaul sebati.
4. Masukkan tepung dan serbuk koko yg telah diayak. jgn gaul terlalu lama.
5.Tuang adunan dalam loyang dan bakar pada suhu 160 drjh celcius selama 50min -1 jam.

Sebelum aku mula dengan projek brownies, aku buat mee bandung muar untuk dinner. wallawei..sedap ooo..Jangn pulak korang ingat aku terer masak mee bandung ye.. aku guna rencah segera je. Rencah abu bakar hanifah yang aku beli masa MAHA haritu. Baru sekarang nak cuba. Memang sedap jadinya...So korang takyahla mintak resepi ye.. Beli jek rencah segera pastu korang leburlah apa korang nak masukkan dalam mee bandung tu...
Mee bandung muar yang original. Di pasti asli dan sedap.. Nak sikit?? Dah abis kutelan.

Okaylah..daaa....

2 Magic Words:

Mama Zharfan said...

me mengidam nak mn mee bandung tu :)
siyes my fav :)

jom join Heartbeat!

aizyan said...

baru ingat nak minta resepi kat ko.. dah lama ngidam nak makan ni.. alahai sedapnyeeee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...