Monday, January 24, 2011

Hah???Taska kena tutup seminggu???

Hari jumaat, balik dari keje seperti biasa kena amik Kasyah kat taska dulu. Tugas amik Kasyah memang suamiku punya sebab aku dah hantar masa pagi. Sampai kat kereta suamiku kata taska diarahkan tutup seminggu starting last fridayla..hah???terkejut beruklah aku tapi masih tetap mantain ayu gitu. Rupa-rupanya taska diarahkan tutup oleh pejabat kesihatan Putrajaya due tu ada kanak-kanak yang terkena jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut. Since penyakit tu berjangkit maka terpaksalah taska follow arahan penutupan tu.. Risau gak aku bile dengar 5 orang baby dah terkena jangkitan penyakit tu. Menurut penyelia taska orang pejabat kesihatan datang and cek sekali budak2 yang ada kat situ. Katanya Kasyah tak kena jangkitan.. Alhamdulillah. Tapi kalau nak ambil langkah berjaga-jaga elok kalau aku bawa kasyah ke klinik untuk buat pemeriksaan.

Dek kerana taska tutup seminggu takkanlah aku nak amik cuti seminggu pulak. Nak tak nak terpaksalah aku import baby sitter otai dari kampung.. Mak akulah tu..hehehe. Dan mak aku terpaksalah turut kata aku ni dek kerana kesian kat cucu.. Oh ya aku turut dibekalkan dengan risalah tentang penyakit tu. Penyakit ni memang menyerang kanak-kanak yang berumur di bawah 5 tahun. Macam mana ia berlaku? ada 2 sebab iaitu tidak bersih aka tidak menjaga kebersihan dan juga berada di tempat yang sesak dengan orang. So sebagai langkah pencegahan sesapa yang ada anak kecik tu silalah jaga kebersihan keluarga dan juga kurangkanlah bawa anak2 kecik kat tempat yang sesak aka penuh orang ye... Nak tahu lebih lanjut search jelah dalam google.

1 Magic Words:

armouris said...

lagi info tentang penyakit tangan, kaki dan mulut di SIHAT SELALU - Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...