Tuesday, January 18, 2011

Nak kena lempang????

Eiii, rasa nak melempang orang jek sekarang. Memang hangin betul aku dengan seseorang ni walaupun die dengan aku tiada talian darah aka takde kena mengena tapi dek kerana die tu ade kena mengena dengan seseorang yang aku kenal, akupun terasa kegeramannya. Tapi aku tak bolehlah nak cerita detail kat sini siapa kan. Tak eloklah kan.

Aku sungguh sungguh tak faham lagi confuse dengan sikap sesetengah manusia yang kononnya alim dan warak serta mengikut lunas-lunas agama tapi sebenarnye dalaman die tu adalah kosong. Seringkali menyatakan orang lain salah sedangkan diri sendiri tu lagi tak betul. Dah terang-terang ko tak jalankan tanggungjawab ko janganlah nak kate orang lain berkira sebab bayarkan untuk ko sedangkan sepatutnye itu tanggungjawab ko bayar tau tak. Dahla tu boleh lak ko tinggalkan anak bini ko bersendirian. Taulah ko ade tanggungjawab nak jaga adik dengan makcik ko tapi kalau bini pun ko tinggalkan itu dah tak balance dah. Adik ko pun bukannya budak kecik. dah tentu2lah dah 30an takkan nak kena jaga lagi. Bukannya adik ko tu OKU. Sihat walafiat jek aku tengok. Bini ko yang memang dah tentu sakit dalam pantang dengan kaki bengkak bernanah tu langsung ko tak jenguk ye. Takpe aku diamkan lagi.

Sekarang ni bile bini dah korbankan keluarga die sebab nak ikut ko pun ko boleh buat pasal lagi. Salah ker kalau duduk menyewa sendiri???? Bukan jauh pun dari rumah keluarga ko sampai ko tak boleh nak jenguk adik dengan makcik ko tu. Dah tentulah dekat. Pun tak boleh nak bertolak ansur lagi. Yang buat aku lagi hangin ni ko tu langsung tak nak balik rumah sebab mak dgn pak mertua ko datang nak jenguk anak cucu. Kurang ajar betul. Kecik ati orang tua tu diperlakukan macam tu tau. Terang-terang kedatangan diorang tu tak dialu-alukan. Jangankan nak balik nak salam tangan pun tak. macam ni ke perangai orang yang mengikut lunas agama??? Macam tu ke nak layan mak dengan pak mertua? Mak dengan pak mertua tu kan dah sama taraf dengan mak dengan bapak sendiri. Kalaupun tak suka jangan tunjuk. Hati orang tua nak kena jaga. Dahla ko amik anak die pastu nak kurang ajar pulak. memang nak kena pelempang dengan akulah tu.

Siap pulak ko boleh cakap selagi mak pak mertua ko ade ko takkan balik sebab selalunya akan ada benda yang buat ko tak suka bile mereka ada. Serius darah aku dah menyirap dah ni. Dahla ko berkurang ajar yang dah tentu2 salah di sisi agama pastu ko boleh cakap lak bini ko tak taat dan taknak dengar cakap ko. (Yang ni bukan main lagi ko pertahankan ikut agama yek) Abis selama ni tu ape? bukan ke dengar cakap ko bile setiap kali raya jek balik kampung ko sampai mak pak mertua ko kecik ati lagi. Sekarang ni bile bini ko stay kat rumah sewa layan mak pak die ko boleh kata bini ko tu tak taat. Hello, ajaran mana ko ikut ni? Abis tu bile ko tinggalkan anak bini ko selama berbulan2 tu bukan tak bertanggungjawab ke??? Konsep apa yang ko pegang bile dengan bangganyer ko bagitau sebagai isteri kena ikut cakap suami tapi bile bab nafkah zahir semua serah kat bini. Dahlah makan pakai anak bini yang tanggung pastu still lagi nak kata bini ko tu mengejar dunia dan mengejar kemewahan. Salah ke beli barang rumah sebab barang2 tu perlu. Takkanlah nak beli perabot dan barang elektrik tupun di kategorikan sebagai mengejar keduniaan???

Dahlah malas aku nak membebel. Buat aku sakit hati sesak dada jek. Aku tau kite takde kena mengena tapi selagi aku kenal ko aku taknak semua benda ni berlaku. Kalau ko rasa ko dah betul sgt, mari sini jumpa aku. Biar aku basuh kepala otak ko yang dah penuh lumut tu. Kalau takpun aku kasi pelempang jek. Biar keluar batu besar yang dok tercongok kat dalam kepala otak ko tu.

7 comments:

ღnFashyaღ said...

uih, marah nya anne, takut aku,..

nusha said...

usih,sy pon jd skit hati ni..huhu..sbr yer kak!!

AnneRaini said...

Fashya: kalau ko dengar cite ni bukan setakat marah jek nak mengamuk sekali...tapi sebenarnye aku sebak bile dpt tau citer ni...

AnneRaini said...

nusha: memang terpaksa sabar..sebab bukan kena kat diri sendiri..tak bolehlah nak campur hal orang lain kan?? dapat memberi semangat dan nasihat jela wlaupun hati sakit.

Fieza79 said...

hadoi ni mrh giler ni...sabar2..tarik nafas dlm2 pastu hembuss ok..

LennMommaChubby said...

Dunia... Dunia... Banyak sangat ragam manusia... Naik pening kalau hendak difikirkan....

manggosteen said...

lempang je laju2..ahahhaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...