Monday, February 14, 2011

Air panas oh air panas

Siapa sangka anak sekecil Kasyah sudahpun merasai 'kehangatan' air panas??? Ye, akupun tak sangka yang perkara yang aku takuti setiap kali aku mengisi air dalam flusk akan terjadi juga pada Kasyah. Mesti korang tertanya2, "Oh, Kasyah kena air panas ke?" "Air panas tumpah atas badan die ke?" Jawapannya ye memang Kasyah kena air panas tapi bukan tertumpah atas badan..

Kejadian berlaku lebih kurang pukul 10.30 malam tadi. Sewaktu aku berkira-kira untuk tidur since esoknye kena kerja dan terpaksa bangun awal sebab nak kena bawa kete sendiri. Suamiku pula cuti jadi die memang belom nak tido waktu tu. Kasyah pula sedang galak bermain. Mungkin sebab die tido lama dan hanya bangun bile maghrib tiba. Suamiku pula memang habitnya minum air panas waktu malam. So seperti biasa die buat air dan satu perkara yang aku tak suka adalah die suka letak air tu kat rak tv. Senang nak minum sikit2 sebab air tu kan panas. So akupun cakap dengan suamiku yg aku nak tido. Aku biarkan Kasyah main dengan die.

Kasyah yang memang tengah galak bermain terus panjat rak tv and pangggg air tu tumpah mengenai tangan dan kakinye. Astarghfirullah halazim, aku terus cakap kat suamiku, "bang air panas tu bang." Suamiku terus angkat Kasyah yang dah menangis semahunya ke sinki untuk jirus air sejuk pada tangan dan kakinya. Situasi pada masa tu memang agak kelam kabut. Yang ada di fikiran aku adalah rasa risau dan kasihan sebab aku tau Kasyah sedang rasa sakit yang amat. Aku pun pernah terkena air panas dan rasa pijar selepas kena air tu memang bertahan lama. Kalau aku yang dah dewasa ni rasa pedihnye bile kena air panas, inikan pula Kasyah yang baru berusia 8 bulan...

Macam nilah situasinya.. Kasyah berdiri dekat rak tv dan cawan air panas tu betul2 kat depan die.

Kasyah menangis dan terus menangis. Aku lihat tangannya dah mula merah. Ya Allah tuhan je tau perasaan aku masa tu. (Entah kenapa aku menangis sambil taip entry ni).

"Kenapa abang letak air kat situ? Dah tu bile adik panjat abang biar jek."
"Yang sayang tu sibuk nak tido kenapa? Tidokanlah adik dulu. Sibuk nak tido pulak."

Eh eh, jadi aku pulak yang salah. Dah tentulah memang aku nak tido dan aku dah mention utk tido dulu sbb aku keje. Tapi lepas suamiku cakap macam tu aku terus diam sebab aku tahu die tengah serabut dan sebenarnya die sedar itu salah die. Aku tahu die rasa bersalah sebab air tu air die dan die yang letak kat situ. Die rasa bersalah juga sebab die yang biar Kasyah panjat kat situ. Menyalahkan aku adalah satu cara untuk cover rasa bersalah diri sendiri. Bila tengok tangan Kasyah yang semakin merah dan membengkak, suamiku terus decide untuk ke klinik cari krim yang boleh mengurangkan kesan lecur.

Aku terus bersiap dan kami ke Bangi untuk cari klinik 24jam. Nampak satu klinik yang masih terang benderang. Terus kami kesitu. Malangnya klinik tu dah nak tutup. Bile aku beritahu anakku kena air panas, pembantu klinik tu terus tanya doktor if doktor tu nak tengok. But doktor tu keluar untuk cakap "sory ye, klinik dah tutup. Pergi tempat lain ye." Luluh hati aku dengar doktor tu cakap macam tu. Terus terfikir, menjadi doktor tu untuk berkhidmat untuk masyarakat ke atau sebab kerja semata2? Ke sebab duit je. Since bayaran hanya sampai pukul 11 so tak mau tengok pesakit lagi sebab masa kerja dah tamat. Ah, kenapa wujud doktor yang bukan doktor dalam erti kata sebenar????

Kami terus ke Serdang pergi ke klinik yang selalu aku pergi. Malang lagi bile klinik tupun tutup. Pilihan terakhir kami ke Equine Park Seri Kembangan. Kami memang tahu kat sini ada klinik 24 jam sebab dulu masa aku eksiden, aku dptkan injection kat sini. Sampai je kat klinik, cuma ada seorang je patient. So bile our turn, doktor tu tengok tangan dan kaki Kasyah yang dah membengkak tu. Alhamdulillah sebab doktor tu kata tak teruk. Luckily kami cepat bertindak basuh tangan Kasyah dengan air sejuk. So doktor pun bagi krim lecur dan juga ubat tahan sakit in case Kasyah rasa sakit or suddenly demam.

Dalam perjalanan pergi dan balik dari klinik, aku banyak mendiamkan diri. Apa je yang suamiku tanya, ku jawab sepatah sepatah. Bukannya apa. Hati aku terlalu marah dan geram. Tuhan je yang tahu betapa aku sakit hati dan juga sedih. Walaupun aku tak menangis sepanjang kejadian tapi jauh di lubuk hati aku ni, sarat dengan rasa marah yang membuak. So untuk tidak mengeruhkan keadaan, aku cuma berdiam diri. Lama-lama rasa marah tu akan reda dengan sendiri.

Agaknye disebabkan terlalu penat menangis, Kasyah cuma bangun sekali jek malam tadi untuk minum susu. Dan harini aku decide untuk ambik EL dan pantau keadaan Kasyah. Manalah tahu kalau tangan die tibe2 melepuh ke (mintak simpang) or apa2 ke. Sekurangnya aku dapat monitor sendiri if ada yang tak kena. Kebetulan pulak harini aku ada medical check uo provided by my office tapi aku lebih rela tak pergi medical check up tu and stay at home with Kasyah.

Sekarang Kasyah masih tido lagi. Kadang2 dengar die merengek mungkin seban pedih.. Aku harap things will getting better. Doakan moga tiada yang lebih teruk terjadi. Aku percaya setiap kejadian pasti ada hikmahnye. Mungkin Kasyah akan jadi seorang budak yang kuat dan berjaya untuk menyenangkan aku. Kepada kawan2 yang ada anak kecil, berhati-hatilah dan jangan panik. Kite memang tak boleh jangka apa akan berlaku.

Semoga kejadian ini tak berlaku lagi. daaaa...

4 comments:

eT said...

ish..ciannyer...
moga cepat baik tuh...

AkmaFaizal said...

Siannyer Kasyah. Semoga cepat sembuh.

nusha said...

alalala,cian kasyah..aunty simpati pe yg jd...xpe kak anne,kena lbh berhati2 coz ade anak kcik kan...

ezarn said...

anne...aku permah alami situasi dok xnak amik patient sbb dah abih waktu kejer.aku ckp baby demam panas pon dier xnak.dok melayu plak tuh.rasa nak nangis...

moga afham cepat sembuh.baca entri dengan suara aishah yg syahdu...sian afham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...