Thursday, February 17, 2011

Brownies Cis Bedebah

Cuti sempena Maulidur Rasul, aku tak kemana-manapun. Cume pergi beli barang dapur kat pasar malam Putrajaya. So hari tu akupun buatlah projek Marble Cheese Brownies. Dah lama gak terasa nak makan so time cuti macam nila baru aku boleh buat projek brownies. Aku panggil brownies ni brownies cis bedebah sebab rasanya yang sungguh yummy berkeju membuatkan kite rasa nak makan jek.. Lama-lama badan pun membolat. Dah la memang tengah kembang semamgkuk sekarang. Makan brownies cheese ni bertambah lemak tepu kat badan. Dah sah-sah la memang bedebah betul cis tu...Keranamu ku jadi begini..huhuhu.


Cer tengok..cer tengok gambar ni...Terliur tak???? ha, pada sesapa yang pregnant tu jangan tengok lama2 kang ngences pulak..aku tak tau eh...Acelikan brownies yg kat atas aku buat sebab ade orang tempah.. Ni semua gara2 suamiku buat onar lah ni..Dah tak pasal2 ade yang nak order.. Neves aku buat brownies ni takut tak jadi..huhuhu...

Yang ni brownies yang aku buat masa cuti tu.. Corak kat atas tu yang menyebabkan brownies ni dipanggil Marble Cheese Brownies. Aduhai, korang tu kalau ye pun terliur coverla sikit air liur tu dah meleleh dah..hahaha

Ini pulak yang dah siap dipotong.. Memang marveles..Nak resepi ke??? Okaylah.Okaylah aku bagi la ni..Resepi aku ambil kat Kak Jasmeen. Boleh gak ke fotopages kak Rinnchan untuk tengok step by step buat brownies ni...Mintak halal ye sy kongsikan di sini..

Marble Cheese Brownies aka Borwnies Cis Bedebah

Bahan2
250 gm Mentega
1 cawan serbuk koko
1 1/2 cawan gula castor
3 biji telur gred B
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan tepung gandum *ayak dengan serbuk penaik dan soda bikarbonat
1 sdt serbuk penaik
1 sdt soda bikarbonat
1 sdt esen vanila

Cara2
1. Cairkan mentega. Campurkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Pukul telur dan gula (guna whisk je) hingga sebati. Campurkan dengan mentega dan koko tadi. Kacau sebati.
3. Kemudian masukkan susu cair. Sebatikan.
4. Masukkan adunan tepung sedikit demi sedikit. Setelah sebati, akhir sekali masukkan esen vanila.
5. Panaskan oven 175c. Tuang adunan dalam loyang 10x10 yang telah dialas kertas minyak yang terjuntai. Ini untuk memudahkan kite keluarkan brownies nanti.
6. Jangan lupa tinggalkan lebih kurang sesudu besar adunan utk dibuat corak marble.
7. Bakar selama 20 minit (Aku bakar 35 minit sbb 20 min cair lagi)

Bahan Lapisan Cheese
250 gm Cream Cheese Philadelphia
1 cawan gula castor
1 biji telur

Cara2
1. Pukul cheese hingga gebu
2. Masukkan gula dan pukul sebati.
3. Akhir sekali masukkan telur dan pukul sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong. (Aku bakar lebih kurang 20-25 min lagi)

So pada sesiapa yang terliur dengan brownies ni bolehlah buat ye. Takpun order jek..

Okaylah..daaaa....

0 Magic Words:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...