Sunday, February 13, 2011

I love my school

Cuti Chinese New Year aritu aku berjaya gak balik kampung walaupun terpaksa ikut jalan jauh sebab jalan yang biasa aku lalu tu banjir. So since banjir dan banyak kedai tutup memang takde ape yang boleh dibuat kat kampung.. Hari Khamis tu kami just round2 bandar tengok banjir dan tengok orang mengemas rumah. Banyak barang terbuang.. Kesian gakla pada mangsa-mangsa banjir ni. Kebetulan mak mertuaku terpaksa bertugas kat salah satu pusat pemindahan banjir iaitu kat sekolah lama aku. Sekolah Tinggi Segamat. Kamipun ke sanalah jenguk-jenguk..

Lama giler tak pergi sekolah. Yelah dah sepuloh tahun dah aku abis SPM. Rindu giler kat sekolah ni. Banyak kenangan pahit manis aku sepanjang bergelar pelajar kat sini.. Seronoknye. Rasa macam nak kembali ke sekolah. Masuk-masuk dalam sekolah memang terkojut giler sbb banyaknye perubahan. Dah ada 2 bangunan baru 4 tingkat kat sebelah kantin. Bilik KH dah takde di sambung dengan bangunan baru tu. Bangunan Blok D pun dah takde. Kantin pun dah berubah...ade bangunan baru utk koperasi depan bilik guru. Siap ade student cafe lak tu... Bilik PBSM pun dah kena bukak...huhuhu..Dulu masa sekolah aku ni ahli PBSM tegar. Ape je aktiviti aku tak masuk?? cer citer..Kebanyakannya aku joined..Happening beb.. Boleh ponteng2 kelas..syok wooo..

Bangunan surau. Dulu ni bilik sukan. Dah direnovate jadi surau. Baguslah sebab surau lama dulu besar bilik kelas jek..

Adelah pondok ni kat depan padang. Ni mesti utk cikgu duduk kat perhimpunan so diorang semua tak kena panas.. Ngelat.. Dahla kalau assembly mesti tgh panas terik.. Student sume memang rentung kalau beratur...hehehe

Suamiku tak lepaskan peluang untuk bergambar.. Aceli suaamiku pun sekolah kat sini gak.. Tapi korang jangan ingat aku dah kenal suamiku since sekolah pulak... Memang aku tak kenal pun die masa sekolah.. Cume tau die budak sekolah tu jek... Bile aku pindah sekolah masa form 6 jek baru aku kenal dengan die... Ah malas la nak citer.. Kang lari tajuk lak...hehehe

Bangunan utama sekolahku.. Bangunan ni adalah bangunan lama zaman british dulu. Sekolah nipun dah dibuka since 1925... Lamakan..



Main Lobby sekolah. naik atas ni pejabat pentadbiran dengan pejabat pengetua. Pusing2 sekolah memang betul2 mengimbau kenangan. Betulla orang kata zaman sekolah memang paling best sekali...Aku betul2 rindu nak sekolah balik...

daaaaa.....

2 Magic Words:

myazuluv said...

>> STS STS STS sekolah tercintaaa...
>> waahh, rindu gakkk..
>> ramai gak yg kawen ngan satu skolah...aku pon sama..hehe

AnneRaini said...

kalau ramai yg terkejut tgk aku kawen dgn laki aku, aku lagi terkejut ko kawen dgn azhar..hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...