Thursday, February 17, 2011

Ikan Bakar Berlada

Menu makan malam hari rabu. Ada aku beli ikan cencaru. Tak tahu nak masak apa so suamiku kata bakar jek.. Tapi dah boring asik bakar bodoh jek (lumur asam jawa semata) tibe2 teringat my friend muzai ada bagi resepi ikan bakar dalam blognye. Akupun apalagi salin le resepi kat kepala otak. Menurut kata muzai ikan bakar ni sedap. Bile aku buat memang jadi sedap ler.. Terasa macam makan ikan pari bakar masa kat Umbai dulu.


Okaylah, pada sesapa yang nak cuba bolehlah ambil resepi ni..(muzai aku letak resepi kat sini ye)

Ikan Bakar Berlada (ini ikut cara aku ye)

Bahan2 paste
2 labu bawang besar*
5 ulas bawang putih*
1 inci halia*
3 batang serai* (kalau kecik letakle lebih)
1 inci lengkuas* (aku tak letak sbb stok lengkuas dah busuk rupenye)
1 helai daun limau purut*
3 sudu cili kering kisar
1 inci belacan*
garam
gula melaka (tapi aku letak gula pasir je)
air asam jawa

Cara2
1. Kisar semua bahan bertanda *.
2. Tumis cili kisar hingga pecah minyak. Masukkan bahan kisar tadi.
3. Bile hampir kering masukkan air asam, garam dan gula. Biar sehingga sedikit kering. Angkat.
4. Lumurlah paste ini pada ikan bakar yang korang suka. Bakarlah ikut cara anda. Boleh bungkus dengan aluminium foil dan bakar atas api or grill atas kuali. Boleh juga bakar dalam microwave ataupun electric oven.

Cubalah paste ikan bakar ni. Insyaallah tak mengecewakan.

daaaaaaaa.....

1 comment:

aizyan said...

hehehe..sedap kan??? aku skrg kalo nk bakar buat rencah dia banyak2.. next time leh guna lg..simpan dalam peti siap2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...