Tuesday, February 22, 2011

Kasyah demam lagi...

Hari ahad lepas Kasyah demam lagi. Semuanya start lepas Kasyah balik taska petang jumaat tu. Masa aku amik die tengok die batuk2 dengan selesema. Geram gak sebab 3 minggu duduk umah, batuk die semua dah hilang. Memang hantar taska tanpa apa2 simptom sakitpun. Alih-alih balik taska tengok hingus dah meleleh. Hari sabtu tu memang die batuk teruk sampai tidopun terganggu. Asik nak nangis jek sebab batuk tu. Petang sabtu tu aku dah mula rasa badan die panas. Cek suhu 37.6. Terus bagi ubat demam.

Hari ahad lak, badan die makin panas. Nasib baik kelas suamiku batal hari ni. Macam tau2 je. Tengahari cek suhu dah 38 dah. Bagi lagi ubat demam. Malas nak pergi klinik sebab nanti die bagi ubat demam gak. Petang tu lepas dia bangun tido aku rasa badan die lagi panas. Cek lagi suhu dah 39.9.. Panas woo..terus suamiku ajak pergi hospital putrajaya. Sampai kat kecemasan hospital, tunggu jap sebelum triage. Bile nurse cek, terus die soh aku mandikan Kasyah sebab suhu die tinggi and kalau cecah 40 die boleh kena sawan. Die kata sekali jek sawan akan buat otak jadi lembab. SO akupun terus gi toilet mandikan Kasyah. Mecabar betul sebab toilet tu bukan tempat nak mandikan budak. Nasib baik Kasyah tak banyak ragam. Lagi die nak main air adalah. Lepas siap mandi tunggu lagi sebelum jumpa doktor. Doktor bagi ubat demam pastu boleh balik.

Nasib baik hari Isnin demam die dah kebah. Cuma batuk dengan selesema tu yang ada lagi. Suamiku amik cuti semalam sbb last week aku dah cuti. harini terpaksa gak hantar Kasyah ke taska walaupun berat hati sbb takut die demam balik..

Tengoklah muka budak demam ni.. Kesian jek tengok. Die melentok je hari ni. Makan pun tak selera.


nampak betul muka budak sakit. Mata merah berair, bibir merah..Kesiannya..



daaaaaaaaaaa.....

3 comments:

FiZ said...

alahai...ciannye kasyah....muka comel yg tgh sakit...hehe

Fieza79 said...

sian kasyah..demam belum reda lg ye...ttp comel n chuby tu anne...

nusha said...

alahai,cumei..cian dia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...