Thursday, February 24, 2011

Mood Seram...

Sejak semalam mood seram dah melanda dah diri aku ni. Ni gara-gara terpandangkan artikel pasal rumah sewa RM50 kat Fb le ni.. Ade la sorang kakak tu kongsi kat FB pasal citer seram ni. Akupun gatal gi baca terus rasa semacam. Memang skeri weh citer tu.. yang aku seram sejuk sekarang ni dah kenapa???Choi betulla. Yang bestnye siap ada link untuk tengok gambar rumah tu lagi. Aku ingat nak kongsi kat sini tapi macam seram jek nak letak kat blog ni. Huhuhu. Korang nak ke aku letak citer tu kat sini????

So harini aku masih lagi dalam mood seram sebab gi baca lagi citer2 seram kat forum cari. Aku ni dahla kategori penakut. Memang terbayang beb. Malam tadi masa aku tengah mandi aku still teringat-ingat cerita seram tu. Ntah cemana aku boleh plak dengar suara pompuan jerat woo..woo..woo.. Alamak! Aku dah saspen dah ni.. Ape ke he nye nak menjerit pulak ni??? Masih lagi gamble and teruskan permandianku.. Siap mandi aku tanya suamiku "gol ke?" Die jawab "haah, gol" ooo..patutlah dengar pompuan menjerit. Rupanya diorang suke sebab Malaysia gol lawan pakistan...hahaha.. Saspen jek. hampagas betul.

Meh sini nak cerita asal usul aku jadi penakut ni.. Sebenarnye dulu masa aku sekolah aku ni memang kategori berani-berani takut. Berani sebab tak nampak hantu and takut kalau hantu muncul depan mata. Alah kalau setakat tengok citer hantu tu takde hal lah. Aku leh tengok citer hantu sensorang tengah2 malam. Tak takut pun. Siap cakap tak skeri pun citer hantu nih.. Akupun pernah sakat kawan baik aku Izan dengan citer hantu sebelum kitorang gi Bengkel Kerjaya Gemilang kat UKM. Sampai menangis Izan mase tu..huhu. Dah tahu die penakut lagi nak takutkan.. Pernah gak kitorang lepak dlm bilik PBSM tanpa bukak lampu dan fefeeling nak buat citer hantu..hihihi..Mangsanya Izan gak..Kesian Izan.

Nak dijadikan cerita masa aku form 5 ke form 6 (lupa plak) aku nak tido kat sofa sebelah tingkap rumah tengah. Umah aku ade 2 ruang tamu. Depan dengan tengah. Belakang dah tentulah dapur. Masa tu dah tengah malam lepas tengoh midnite movie. Baru aku nak tido tibe2 dengar bunyi pompuan macam menjerit sayup2. Aku dah skeri dah masa ni.. Aku dengarkan lagi... Suara tu macam sayu jek..Jeritan yang sayu okay. Bile makin lama aku dengar makin sayu bunyi jeritan tu terus aku angkut selimut masuk bilik mak aku terus baring tengah2 antara mak dengan abah aku.. Mak aku tanya kenapa.. Aku diam jek malas nak cerita terus tido. Esok pagi baru aku cerita kat maka aku. Mak aku kata, kalau benda tu bunyinya jauh sebenarnye benda tu dekat dengan kite.. Hallamak..seriau sey dengar. Aku rasakan sejak tulah tahap keberanian aku makin menurun.

Sejak tu aku dah tak berapa suka nak layan filem seram lagi. Tapi ade gak tengok. Yang membuatkan aku punya tahap keberanian drop terus adalah lepas aku tengok filem Jangan Pandang Belakang kat wayang. Lepas balik tengok citer tu terus semangat aku hilang. Sejak tu, memang aku tak nak tengok lagi filem seram. Kalau tengok pun mesti siang2. Sekarang ni kalau kuar iklan cerita seram kat TV pun aku trus tukar channel. Jangan harap aku nak tengok. Kalau khamis malam jumaat pulak aku dah haramkan tv aku tu tayang tv3. Aku takkan alih tv3 punya..Takut...( Filem khurafat pun aku tak plan nak tengok walaupun laki ku beria nak bawa balik cd)

Eh, aku ni dah cerita panjang pulak. Cadangnya nak cerita aku dalam mood seram je..Tetiba terciter sejarah kepenakutan aku pulak...

daaaa....

p/s: Nak ke aku kongsi citer seram yang aku baca tu kat sini???????

3 comments:

nusha said...

kat mane bc tu kak??

sy koje t kat pgklan ipoh..

Mamamya said...

betul seram ke anne?? citer bab hantu2 ni mmg jarang nak baca/tgk...tp kan skrg ni kat TV b'lumba2 lak citer hatu kuar...lg2 klu malam jumaat....haih...serammmmm...

AnneRaini said...

nusha: dlm fb lor

mamamya: memang seram sampai siang2 ni pun rasa bulu roma tegak jek...huwarghh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...